Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Thursday 14 April 2011

KAU & AQ..: Boyz 3 Vs Alisya (2)

KAU & AQ..: Boyz 3 Vs Alisya (2)

Wednesday 13 April 2011

Boyz 3 Vs Alisya (2)


BAB 2

Keesokkannya Alisya sudah bersiap sedia mahu ke kelas, malasnya kalau di ikutkan tak ada maknanya dia mahu melangkah ke kolej yang pelik ni.
“Mak… ayah argh tensionnya,” bebel Alisya sendirian.
Sampai di ruang lobi yang besar Alisya mencari arah yang menunjuk ke arah kelasnya. Malas nak layan mata yang memandang dirinya lagi, suka hati mak tiri nenek akulah nak pakai baju ke apa ke. Kecoh argh dia orang ni main pandang-pandang pula.
“Boyz 3… Hahahah… Boyz 3,” jerit-jerit suara yang ada di situ. Alisya lantas melangkah ke arah yang berkumpul. Pelik noh macam jumpa artis je gayanya meh aku join sekaki kejap.
Tiga lelaki tampan, hot, macho melangkah masuk dari arah pintu. Sorang lelaki berjalan dahulu dengan sweather yang wow la…. memang nampak macho gaya rambut fuhhh macam korea tu. Yang dua lelaki di belakangnya juga sama kemeja yang di pakai siap dengan sweather, matanya tertancap satu wajah yang macam pernah ku lihat tapi di mana. Mulutnya di tutup dengan tangan ops bilik pelik semalam.
“Owh mamat tu team Boyz 3 ni rupanya. Gaya tak boleh nak blalah,” ucap Alisya perlahan.
Matanya di biaskan terhadap seorang gadis yang menghalang langkah team Boyz 3. Mata lelaki itu seperti helang memandang tajam ke arah gadis di hadapannya.
“Ni khas untuk senior Adryan,” ungkap gadis itu.
Hadiah yang berbalut di ambil oleh lelaki itu kemudian membaling ke lantai dan di pijak. Alisya yang melihat terkejut besar kenapa lelaki itu begitu biadap.
“Err teruknya berlagak je lebih,” Alisya membebel seoarang diri sambil mahu melangkah.
“Eeee aku yang tengok ni yang sakit hati memang berlagak tahap gaban. Ingat handsome tu boleh hancurkan hati orang sesuka hati je ke??.”
Alisya lantas melangkah masuk bila di lihat kelas yang sepatutnya di cari sudah di jumpai. Semua mata memandang dirinya, senyuman di berikan. Pelajar wanita memandang dirinya jijik yang lelaki pula tersenyum-senyum dan ada di antaranya memandang dirinya dari atas bawah. Ish nasib baik tempat baru kalau tak dah lama makan penumbuk sulung aku ni kang.
Alisya melangkah duduk di barisan belakang seorang gadis tersenyum melihat dirinya.
“Boleh saya duduk?” soal Alisya perlahan.
“Duduklah memang kosong pun,” jelas wanita cantik itu.
“Terima kasih,” Alisya lantas duduk sambil menghulurkan tangannya dan wanita itu mencapai.
“Saya Alisya.”
“Saya Camelia panggil je saya Leeya,” Alisya yang mendengar sudah tersenyum kecil.
“Awak baru daftar diri ke?” soal Camelia.
“Ha’ah semalam tu yang saya masuk kelas hari ni,” jelas Alisya.
“Awak dapat asmara no berapa?” soal Camelia.
“Erm 204.”
“Oww sebelah bilik saya jelah kalau macam tu, saya 205 taw nanti awak boleh datang bilik saya,” jelas Camelia.
“Insyaallah sempat saya datanglah nanti,” ramah Alisya menjawab.
Camelia mengenalkan seorang demi seorang di dalam kelas itu dan Alisya hanya menganggukkan kepalanya.
“So awak lah yang selamatkan Datin Hasnah?” soal Camelia dan Alisya hanya mengangguk kepalanya sahaja.
“Semua berlaku tanpa di sengajakan dan tak sangka pula sampai kena masuk Kolej ni,” jelas Alisya dengan senyuman kecil.
“Wah awak ni nampak lembut tapi ganas juga ye.”
“Kenapa pula saya ganas?” soal Alisya pelik.
“Yelah awak belasah lelaki-lelaki yang nak merompak Datin kiranya awak ni ganaslah juga.” Alisya ketawa manis.
“Ish awak ni saya tengah shopping masa tu dah saya nampak ada orang kena rompak saya tolonglah. Saya tak sangka pula yang saya tolong tu orang besar dah tu saya di tawarkan masuk kolej ni. Mulanya saya tak nak tapi mak dengan ayah angkat saya paksa masuk so saya terpaksa masuklah,” panjang lebar penerangan Alisya. Camelia terangguk-angguk.
“Jom,” tarik Camelia, Alisya mengerutkan dahinya pelik.
“Eah semua nak ke mana ni?” soal Alisya.
“Masa macam ni mereka semua ke kantin isi perut sambil memandang permandangan yang mendamaikan,” jelas Camelia.
“Mendamaikan?” Alisya sudah pelik. Langkah di ikut sahaja bila dah sampai kantin baru dirinya dapat tangkap. Boyz 3 tulah jawapannya semua ke kantin sebab ada Boyz 3. Oh my God all people in here are sick. Ada yang sanggup ambil gambar duduk memerhati sahaja.
“Parah semua patut masuk hospital sakit jiwa,” bebel Alisya sambil melangkah duduk di kerusi paling hujung sebab tak ada orang di situ semua sibuk nak lihat jejaka idaman malaysia ops salah jejaka idaman Iskandar High Collage only.
“Eah apa awak buat dekat sini tak nak tengok ke Boyz 3 tu?” soal Camelia.
“Saya tak minatlah tak apa awak pergilah saya makan dekat sini dulu ye,” jelas Alisya dan Camelia terus melangkah ke arah Boyz 3.
“Gila betul dari pandang baik makan lagi kenyang perut tapi agaknya mereka kenyang kot tengok hero mereka tu,” Alisya menaikkan bahunya tanda no komen for that answer.
Setelah Boyz 3 pergi barulah mereka melangkah mencari tempat duduk masing-masing dan berkumpul sibuk bercerita pengalaman yang baru di dapati.
“Hai baru lega nak makan lepas tengok hero tadi,” Camelia sudah mengambil tempat duduk di hadapannya. Alisya yang mendengar sudah ketawa kecil.
“Awak ni macam-macam lah ada sahajalah,” Alisya sudah menggeleng kepalanya. Lantas meneruskan suapannya dan Camelia tersengih-sengih.
“Awak nak tahu siapa anak kepada Datin tu tak?” Alisya mengangguk kepalanya.
“Adryan,” ringkas jawapan itu membuatkan Alisya tersedak.
“Ish awak ni sampai tersedak,” Camelia menghulurkan air lantas di sedut.
“Hah biar betul awak ni?” soal Alisya.
“Betullah kenapa ada masalah ke. Saya tengok sesuai dengan imej dia,” jelas Camelia.
“Really??.. I don’t thinks so, dia tu berlagak sangat. Uhh menyampah,” jelas Alisya.
“Shuuuu, slow sikit nanti peminat fanatik boyz 3 marah nanti,” jelas Camelia sambil jari telunjuk di bibirnya.
“Hah yang lelaki yang pakai sweather belah belakang tu nama dia Fakhry taw, dia tu playboy sikit tapi saya minat sikitlah dekat dia. Parents dia banyak buka hotel,” Alisya yang mendengar ketawa kecil melihat gelagat Camelia yang teruja menceritakan tentang Boyz 3 itu.
“Yang lagi sorang tu pula?” soal Alisya.
“Hah awak dah mula teruja eah?” soal Camelia.
“Tak lah saya nak dengar cerita awak sampai habislah, apalah awak ni,” sangkal Alisya. Camelia sudah ketawakan dirinya.
“Okey yang tu nama dia Danial taw family dia buka agensi guaman so dia pun ramai fan. Awak nak jadi fan dia ke?” soal Camelia mendapat ketawa dari Alisya.
“Tak delah saya tak berminatla. Awak ni jangan fikir bukan-bukanlah. Kelas dah habis jom kita balik asrama,” ajak Alisya mahu berehat.
“Jom tapi pukul 5 petang kita tururn balik tahu jangan lambat,” Camelia memberi arahan.
“Kenapa dengan pukul 5 kita nak ke mana?” soal Alisya pelik.
“Ni ambil angin petang sambil memandang permandangan yang mengasyikkan tahu. Jarang ada peluang macam ni,” Alisya sudah memegang kepalanya pening dengan si kawan barunya ini.
“Apa-apalah yang penting dalam kolej je kan so tak ada masalah,” Alisya menjawab sambil tersenyum manis.
“Awak nak tahu sesuatu tak?” soal Camelia dan Alisya menaikkan keningnya tanda di teruskan.
“Awak ni cantik sebenarnya tapi tersembunyi. Kalau awak solek ke dan selalu tersenyum mesti ramai terpikat. Lagi satu mungkin sebab pemakaian awak kot.Wajah awak pun putih bersih macam ada kacukan arablah awak ni,” jelas Camelia panjang jela.
“Wah awak tilik saya dari atas sampai bawah ye. Tak apa saya selesa macam ni juga kenapa awak malu ke nak kawan dengan saya?” soal Alisya.
“Ish awak ni tak adalah sebenarnya best lah kawan dengan awak ni banyak cakap. Lepas tu berbual pun seronoklah,” Camelia memegang kedua pipi Alisya sambil tersenyum.
“Pandailah awak ni nak amik (ambil) hati nampak,” Alisya pula memegang kedua belah pipi Camelia. Kedua mereka bergerak dan ketawa bersama.

Boyz 3 Vs Alisya


Sinopsis : Boyz 3 vs Alisya

Nur Alisya yang pertama kali melangkah masuk ke dalam Iskandar High Collage mengkategorikan sebagai tempat itu “pelik”. Susah nak cakap keadaan kolej yang baru di huninya itu. Dirinya yang dari insan biasa masuk ke dalam kolej khas untuk orang-orang kaya merasakan jauh perbezaannya.
Pertemuan dengan Boyz 3 yang di ketuai oleh Tengku Adryan anak kepada tuan punya kolej sudah di mulai dengan pergaduhan. Pantang bersua muka pasti ada sahaja yang tidak kena, kalau bab bergaduh memang bagaikan anjing dan kucing. Dua lagi orang di dalam group Boyz 3 adalah Danial dan Fakhry. Dengan dua orang ni Alisya tiada masalah cuma ada masalah mental dengan si Tengku Adryan sahaja. Alisya memang tak boleh sebulu dengan Tengku Adryan tapi boleh sebulu dengan si kawan Tengku Adryan pula.
Last-last Tengku Adryan tangkap cintan dengan Alisya setelah asyik perang dingin dengan gadis itu. Danial pula sentiasa di sisi Alisya untuk mententeramkan dirinya dan Fakhry sebagai abang long yang menjaga semuanya. Alisya keliru antara Danial dan Tengku Adryan dengan karakter yang berbeza. Akhirnya hatinya terukir nama Tengku Adryan jua.
Kehadiran daddy Tengku Adryan mengganggu hubungan mereka kerana berfikiran gadis itu tidak setaraf dengan mereka.Sedangkan Alisya menyembunyikan identitinya yang sebenar. Bermacam dugaan yang menimpa sehingga sampai di satu tahap Alisya pergi jauh membawa diri yang terluka.
4 tahun mengetemukan kembali mereka… tapi keadaan sudah berubah. Cinta antara mereka masih lagi kuat di dalam diri masing-masing dan hanya di pisahkan oleh keegoan yang wujud. Dapatkah Tengku Adryan bersama dengan Alisya sedangkan sudah ada kumbang yang menjengah bunganya itu………

Tuesday 12 April 2011

Boyz 3 Vs Alisya (1)


BAB 1

Nur Alisya memandang sekeliling dengan wajah berkerut. Pandangan terhadap satu papan tanda “Iskandar High Collage” membuatkan lantas tersenyum.
“Fuh jumpa juga, ingat sesat tadi,” lantas dahi di kesat kononnya berpeluh. Uhuhuh eksyen sikitlah penat tu berjalan jauh.
“Bismillahirahmanirahim….. fuh..,” Alisya terus melangkah masuk rambutnya yang di ikat di garu perlahan. Besarnya kolej ni macam mana nak cari pejabat????... baru masuk je persoalan dah muncul. Aduh trouble comes again.
Zupp sekali masuk je semua mata memandang ke arahnya dengan musykil. Lantas pandangan di biaskan terhadap diri sendiri dulu. Erm… ok baju kurung aku tak senget or koyak.. But the things now is why them seing me like that????.
“Ni aku tak suka ni tahulah aku ni muka baru, lerk argh jangan kekecoh sangat.” Dalam hati je mampu di luahkan.
Malas nak layan langkah di teruskan jua. Yang peliknya kenapa macam aku sorang je yang pakai baju kurung dekat “Iskandar High Collage” ni????. Tengoklah pakaian dia orang up to date wei. Mau terjojol biji mata lelaki kalau tengok, seksi jugalah.
“Ada aku kesah hak akulah, tahulah korang semua anak orang kaya,” bebel Alisya perlahan terus mencari jalan ke pejabat.
“Awak boleh tanya tak?” soal Alisya bila penat mencari last-last tanya je lah sesiapa bak kata pepatah “Malu bertanya sesat jalan” itulah yang terjadi kepada diri ku.
“Ya ada apa?” soal wanita yang memakai skirt paras lutut dengan baju kemeja.
“Boleh saya tahu dekat mana pejabat tak?” tanya Alisya lembut. Wanita itu menunding jari ke arah block di hadapannya kini.
“You boleh naik ikut lift tu ke tingkat 8 okey,” segera wanita cantik itu bergerak pergi dengan langkah lenggang-lenggok.
Kaki di teruskan sehinggalah jumpa jua pejabat yang sibuk di carinya sehingga mahu patah. Masalah yang terbesarnya adalah kenapa kolej ni besar sangat???. Aduh untuk anak-anak orang kaya je kan dan aku yang tak kaya ni terlepas masuk kandang. Hahahahah nasib badan nampaknya.
Siap urusan pendaftaran dia di beri kunci asramanya. Dah timbul satu masalahnya adalah where the block for asrama???.
Matanya sibuk mencari asrama sambil meneliti kolej khas untuk orang kaya sahaja. Tiba-tiba dia terpandang bilik khas yang depannya tulis “ Room Boyz 3”. Terasa macam interesting je bilik ni.
Tangannya menolak perlahan pintu besar itu. Matanya tertancap pada bilik yang macam rumahnya semua ada tv, radio, sofa, tempat makan, dan masalahnya siap ada snuker tu memang tak boleh bla betullah. Persoalan yang muncul ni rumah ke kolej????.
“Who are you?” soal satu suara di belakangnya.
“Haaahh,” Alisya menjerit terkejut. Tersenyum dengan sergahan itu lantas menggeleng kepalanya.
“Saya … saya cari … cari..,” lelaki handsome itu memandang wajahnya meminta di teruskan jawapan ku.
“Saya cari asrama,” fuh lega siot.
“So apa yang awak buat dekat sini pula?” soal lelaki itu.
“Saya tersalah masuk maaf saya orang baru dekat sini,” terang Alisya sambil melangkah pergi. Lelaki itu lantas masuk ke dalam.
Kaki yang lenguh terasa baik bila dah jumpa asrama, rasa nak menjerit je sekuat hati sekarang ni. Leganya hanya tuhan yang tahu. Segera di cari biliknya, menjengah nombor-nombor di pintu dan tersenyum bila apa yang di cari sudah di jumpai.
“That it’s,” salam di beri dan kaki melangkah masuk. Dua orang perempuan yang memakai tube dengan seluar pendek rancak berbual di atas katil yang di share memandang dirinya.
“Maaf saya Alisya pelajar baru dan saya dapat bilik ni,” terang Alisya berhati-hati.
“Owh okey tu katil you,” jelas salah satu wanita sambil menunding jari. Di liarkan matanya ke seluruh bilik. Hanya dua orang tapi boleh tahan besar bilik yang bakal di diami hanya untuk dua orang.
Alisya segera mandi di bilik air yang berada di dalam bilik. Selesai keluar terus di ambil telekung dan menunaikan tuntutan ilahi. Badannya yang letih minta di rehatkan segera mata di pejam sebaik kepala di bantal. Telinganya menangkap bicara ke dua gadis itu.
“Arghhhh Boyz 3 memang the best handsome tu… Adryan tu market,” salah satu suara. Lepas tu muncul lagi..
“Ish Danial pun sama tahu juga Fakhry…..”
“Ala tiga-tiga lah memang the best of heroes. Aku memang jadikan mereka idola akulah," Lepas tu mereka gelak-gelak.
“Uh mabuk betullah mereka ni,” luah Alisya di dalam hati.

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???