Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Thursday 23 June 2011

Boyz 3 Vs Alisya (6)


BAB 6

Alisya yang sedang menuju ke lokernya segera memasukkan kunci dan membuka pintu loker terkejut beruk bila melihat lokernya yang penuh dengan sampah sarap. Bibirnya di ketap geram.
“Memang nak cari pasal betullah semua orang dekat sini.” Bebel Alisya kemudian meniup anak rambutnya.
“Relax, cool Alisya buat tak de pape je,” Alisya memberi semangat kepada diri sendiri. Tiba-tiba dirinya di tarik dari belakang, terpusing dirinya. Empat perempuan seksi memandang ke arah dirinya.
“Yes boleh saya bantu?” soal Alisya lembut.
“Heiii you..” seorang perempuan menunding jari ke wajahnya segera di tepis.
“Please respect me okey,” pinta Alisya lembut sambil tersenyum. Empat perempuan itu memandang dirinya atas bawah dengan sinis sekali.
“Respect perempuan kampung yang tak sedar diri macam kau ni,” seorang lagi menjawab.
“Boleh saya tahu.. cik..cik…cik dan cik ni siapa?” soal Alisya sambil menunjuk ke arah satu persatu antara mereka dengan ibu jari.
“Ops lupa pula nak kenalkan diri kami. Okey geng gets ready please,” seorang memberikan arahan.
“I’m chiki as a leader for fan Boyz 3,” perempuan itu meletakkan tangannya di pinggangnya sambil badan di lentokkan.
“I’m Maria,” perempuan itu mengelip-kelipkan matanya macam masuk habuk dengan tersenyum manja. Eyakssss geli geliman taw.
“I’m Nadea,” perempuan itu pula menjuihkan bibir bagaikan mahu mencium sahaja gayanya.
“Ang the last I’m Rania,” perempuan itu membuat flying kiss.
Alisya yang melihat membesarkan matanya pelik sambil menggeleng kepala.
“So you team… aaaa.. aaa apa tadi chiku ye,” perli Alisya.
“Hei Chiki okey,” tingkah perempuan itu geram sambil matanya di besarkan.
“Oh.. okey Chiki ada apa masalahnya sekarang?” soal Alisya pula geram betullah tengok all pompuan gedikss plus tak cukup sifat ni depan mata. Aduh hot spicy betullah.
“Oh you semalam buat kami peminat Boyz 3 berduka cita so kami nak tuntut keadilan bagi our hero Boyz 3,” tingkah perempuan yang sebagai ketua itu.
Alisya ketawa kecil meliat gelagat mereka kemudian mengesat dahi bagaikan ada peluh je.
“Apa yang saya dah buat dekat hero you all semua tu.. dukacita??? Heii tak fahamlah,” tingkah Alisya geram sambil memandang wajah itu satu persatu.
“Dengar ni ye pompuan tak sedar diri. Bila kau sakitkan hati hero kami maksudnya kami juga sakit hati tahu. Itu bermakna kau kena berhadapan dengan kami,” tingkah perempuan yang bernama Maria pula.
“Ooww kes semalam ke?. Awak semua ni sensitif sangatlah, relax la tu gurau namanya,” Alisya sudah ketawa kecil.
“Hey apa kau kata gurau??? Itu membuatkan Boyz 3 sakit hati tahu,” tingkah si Nadea pula. Alisya hanya tersenyum manis.
“Itu antara saya dan Boyz 3 tak ada kena mengena dengan awak semua faham!!!,” Alisya menaikkan sedikit suaranya.
“Oh my god… you ni tak faham bahasa ke?” Rania sudah menolak tubuh Alisya geram.
“Apa ni main kasar, relax la. Saya tak nak cari gaduh so awak semua tak payah nak susah-susahkan diri masuk campur masalah saya dengan si siapa tu… ohhh Adryan okey,” Alisya memberi nasihat.
“Hey sesuka hati je kau sebut nama dia. Tolong respect panggil dia dengan Senior di hadapan okey,” si Chiki memberi amaran.
“What ever,” Alisya menolak ke tepi tubuh yang menghalang laluannya.
“Heii kami tak habis lagi lah,” suara-suara sumbang yang menjerit tidak di endahkan oleh Alisya. Malah lamabaian di berikan saja mahu bagi dia orang hot sikit.
“Bye.”

……………………………………

Alisya yang sudah masuk ke kelas memandang Camelia di sebelahnya dengan senyuman manis.
“Macam mana dengan perut awak dah rasa okey?” soal Alisya ambil berat.
“Errm sikit je kena semalam janganlah awak risau,” Camelia membalas perlahan. Keluhan di keluarkan.
“Hye kenapa awak mengeluh ni?” soal Alisya pelik.
“Uhh saya rasa geram pula lah. Saya dah mula bencikan Boyz 3 mereka tu berlagak betullah,” Alisya tersenyum mendengar luahan hati si Camelia itu.
“Hye awak cakap macam tu macam saya tak percaya pula. Peminat setia dah beralih arah nampaknya,” sakat Alisya.
“Ala awak ni janganlah macam tu. Saya kesian dekat awaklah Alisya,” mendengar itu membuatkan Alisya mengerut dahi.
“Kenapa pula awak kesian dekat saya pula?” soal Alisya laju.
“Yelah dah jadi musuh pada fans Boyz 3 tu,” jelas Camelia membuatkan Alisya ketawa kecil.
“Saya tak heran lah tak buat saya rasa apa-apa punlah dengan dia orang tu. Awak tak payahlah amik tahu. Tak ada maknanya,” Camelia yang mendengar sudah tersenyum.
“Betul ke awak tak kisah dengan apa yang mereka akan buat. Saya minta maaf sebab saya awak dalam susah okey,” Camelia memegang tangan Alisya.
“Tak adalah saya kentallah mereka takkan dapat buat apa-apa dekat saya so sekarang awak jangan risau okey,” Alisya dan Camelia ketawa kecil.
Melihat pensyarah yang sudah melangkah masuk membuatkan semua menjadi senyap bagaikan malaikat lalu. Semua menumpukan perhatian kepada apa yang di berikan oleh pensyarah. Hampir tiga jam habis barulah semua melangkah keluar.
Alisya dan Camelia melangkah ke asrama mahu tidur kerana kelas mereka lagi satu pada belah petang nanti. So masa yang ada mereka mahu melelapkan mata mereka.

Thursday 16 June 2011

Boyz 3 Vs Alisya (5)


BAB 5

Adryan yang di dalam bilik khas Boyz 3 hanya duduk mengetap bibirnya geram. First time dalam hidup di malukan oleh seseorang yang bernama wanita. Tangan di genggam geram.
“Woit relax la bro kelat sangat muka kau tu,” Fakhry sudah memerli sambil ketawa kecil di ikuti Danial.
“Diamlah kau, aku tengah bengang tahap gaban ni. Kurang asam betullah perempuan tu,” Adryan sudah memandang geram wajah Fakhry.
“Ala lerk lu tapi seronok argh tengok pompuan (perempuan) tu cari pasal dengan kau,” Fakhry menyakat lagi. Adryan membaling bantal kecil ke wajah Fakhry.
“Kau tu seronok aku ni sakit hati kau tak fikir,” Adryan meneguk air mineral di hadapannya. Terimbau wajah cantik yang bermulut agak celupar, arghhhh geramnya.
“Ala ni baru namanya game seronok, buku bertemu ruas,” Danial pula menjawab.
“Eah tapi minah tu comellah, yang peliknya tak pernah nampak pun sebelum ni?” soal Fakhry pelik sambil mengurut dagu bagaikan berfikir.
“Dia tu student barulah,” sampuk Danial. Serta merta dua pasang mata memandang wajah Danial pelik.
“Apasal korang tengok aku macam tu pula?” soal Danial pelik.
“Macam mana kau boleh tahu dia student baru?” soal Fakhry dan Adryan hanya mengangguk kepalanya tanda soalan itu juga bermukim di kepala otaknya saat ini.
“Dua hari lepas dia termasuk bilik ni so masa tu aku tanya dia,” balas Danial selamba.
“What dia masuk bilik ni?” soal Adryan kuat.
Fakhry sudah ketawa kuat melihat tingkah laku Adryan dan keberanian wanita itu melangkah masuk ke bilik khas mereka yang selama ini menjadi larangan student lain.
“Berani betullah perempuan tu tak pernah ada lagi yang berani masuk. Memang nak kena dengan aku ni,” Adryan merungut geram.
“Relax la dia kan student baru so dia sesat masa tu. Kau ni macam tak tahu je yang kolej ni besar,” Danial pula menyampuk.
“Cuitttt,” pangkah Fakhry.
“Hoiii ape kau ni cuit…cuitt,” bebel Adryan.
“Aku rasa aku dah dapat tangkap siapa minah ni,” Fakhry sudah tersenyum tampan.
“Siapa?” soal Adryan laju.
“Laju je kau ni nak tahu takkan dah minat dekat budak tu kot?” sakat Fakhry dan balasannya botol air terbang kena kepalanya.
“Woi lerk argh jangan ganas sangat kau ni macam tak tahu je yang wajah ni aset aku,” tingkah Fakhry geram.
“Ada aku kisah ke, cepatlah,” Adryan menyanggah.
“Ala kau ingat tak heboh-heboh nak masukkan budak yang selamatkan mum kau tu,” Adryan cuba menangkap maksud itu. Kemudian jari di petik bila sudah menangkap maksud itu.
“Maksud kau dia ni ke budak yang selamatkan mummy aku tu?” soal Adryan tanda tak percaya langsung lah wei.
“Yelah aduii kau ni lambat betullah.” Fakhry memerli Adryan diap di geleng kepalanya lagi. Apa nak jadilah kawan aku ni slow sangat.
“Tak mungkinlah,” sangkal Adryan.
“Kenapa kau cakap tak mungkin pula?” soal Danial.
“Takkanlah pompuan tu boleh lawan perompak kot?” soal Adryan pelik. Macam tak caya je tapi bila fikir-fikir balik macam boleh jadi juga. Kuatnya pukulan bola yang kena kepalanya sendiri tadi menunjukkan kekuatan gadis itu.
“Oww kau nak cakap pompuan secantik tu takkan ganas sangat eah?” perli Fakhry.
“Kau rasakan kau nak hilang tak kepala kau tu?” soal Adryan geram. Danial dan Fakhry tergelak kuat.
“La kau nak hilangkan kepala aku ni pehal pula. Tahulah kepala kau dah kena hempuk dengan bola yang perempuan tu smash. Taoyai bila fikir balik kelakarlah macam nak terurai isi perut aku ketawa ni,” bebel Fakhry dengan ketawa besarnya, Danial turut ikut ketawa.
“Kau orang berdua ni saja nak sakitkan hati aku ke. Tak tahu ke kepala aku dengan hati aku sekali terasa sakit taw. Buat malu aku je. Arghh geramnya aku dengan perempuan tadi tu. Siaplah dia kalau aku jumpa dia lagi. No chance anymore,” balas Adryam penuh dendam.
“Ala relax la tapi kau kena layan dia baik-baik sebab dah selamatkan mum kau,” Danial pula memberi pendapat.
“Uhh pompuan tu bukan aku nak layan baik tapi aku nak buat sampai dia keluar kolej ni kau tahu. Buat sakit hati je, kau tengoklah apa yang dia dah buat dekat aku tadi,” Adryan meluahkan rasa ketidak puasan hatinya.
“Tapi kau jangan lupa dia dah selamatkan mum kau tu,” Fakhry memperingatkan.
“Tu lainlah dan dia dah dapat masuk kolej ni kira tu balasan dia dekarang aku nak buat dia menderita pula berada di kolej ni,” Adryan tersenyum kecil.
“Wei kau ni,” Danial menyanggah.
“Any idea?” soal Adryan.
“Apa kata kau biarkan dulu aku rasa kita punya peminat dah bersiap sedia nak kenakan pompuan tu esok,” Fakhry sudah memberi idea.
“Aku pun terasa macam tulah,” Adryan ketawa besar bersama Fakhry. Danial menggeleng kepala dan tersenyum kecil melihat telatah temannya itu.
“Suka hati koranglah tapi ingat benci-benci lama-lama jatuh sayang taw,” Danial memeperingatkan sambil melangkah ke bilik air.
“Hah better kau hati-hati Adry,” peringat Fakhry dengan ketawa kecil.
“Apasal aku pula?” tingkah Adryan.
“Sebab kau yang berkemungkinan besar tengoklah kau kan benci pompuan tu sesangat,” Fakhry sudah ketawa besar. Adryan lantas menguatkan volume televisyen plasma malas mahu melayan ketawa si Fakhry yang menyakitkan hatinya.
“Marah ke?” sakat Fakhry lagi tak mahu kalah dengan Adryan.
“Diamlah kau ni saja nak buat aku marahlah ni,” Adryan membaling botol kosong di atas meja ke arah Fakhry yang sedang ketawakan dirinya.
“Alalalalal comelnya Adry marah. Ceh ingat jangan benci-benci nanti last-last tangkap cintan. Masa tu kita orang akan gelak gila-gila,” Fakhry memberi amarannya sambil menaikkan kening ke arah Danial yang hanya tersengih-sengih melihat gelagatnya.
“Sorry sikit not my taste!” tingkah Adryan laju.
“Sekarang bolehlah cakap not my taste nanti lama-lama ohhhh she my taste. Time tu baru sibuk nak kita orang tolong kau,” Fakhry masih menyakat tanda tak mahu kalah.
“Arghhh tension la kau ni,” Adryan lantas melangkah ke dalam bilik sambil memberi jelingan maut lagi taw. Fakhry dan Danial ketawa besar melihat gelagat Adrryan.

Thursday 2 June 2011

Boyz 3 Vs Alisya (4)


BAB 4

Masing-masing sudah mengambil posisi dan Alisya yang memulakan tamparan bola dahulu. Senyuman sinis di berikan oleh Adryan bagai meragui kemampuan Alisya. Lelaki ni memang berlagak la harap jerk muka hensem…. Ops terngaku la pula ihihih… tapi perangai semedeng (selenge) je. Uhh not my taste. Hate you okey.
Tamparan pertama yang di berikan dan Adryan membalas, saling berbalas kemudian mata menjadi milik group Alisya. Permainan di teruskan dan Alisya hanya mampu tersenyum kemudian jarinya di naikkan ke atas dahi menunjuk tanda L iaitu loser.
Sorakan yang di berikan hanya untuk team Boyz 3 almaklumlah peminat dia ramai dekat sini. Tapi itu tak mematahkan semangat Alisya.
Satu part time Alisya melompat tinggi untuk smash bola tajam tak di sangka bola terus menuju tepat ke arah kepala Adryan. Pada mulanya Alisya membeliakkan mata terkejut tak sangka.
“Hoi ko nak balas dendam ke? Tak guna punya perempuan!” jerit Adryan geram. Alisya yang mendengar terasa hot jerk.
“Sakit ke Senior Adryan?” perli Alisya lantas ketawa kecil, di ikuti dengan Tengku Iqram dan Kamil membuatkan Adryan bertambah bengang.
“Kau perli aku ke perempuan?” soal Adryan kasar memang tak puas hati betullah kalau di lihat dengan wajah Adryan dah macam udang kena bakar.
“What do you thinks?” balas Alisya dengan ketawa kecil.
“Kau!!!!” tingkah Adryan. Alisya lantas bergerak ke gelanggang sebelah sambil bercekak pinggang.
“Kalau rasa macam jambu sangat duduk tepi padang jadi penyorak macam yang sekalian tu…” Alisya menuding jari ke arah penyorak yang berada di sekeliling mereka.Baru Adryan nak balas satu tepukan di bahunya mematikan perbalahan mereka berdua.
“Sudahlah tu mari kita teruskan perlawanan ni okey.”
“Kau tunggu jelah time kau akan kalah!” tingkah Adryan.
“Kita lihat je siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah. Time tu jangan tak nak ngaku pula yew,” balas Alisya dengan senyuman kecil. Baru je berjalan lantas Alisya berpusing kembali menghadap Adryan.
“Main baik-baik eah, kepala tu jaga jangan samapai kena hentam dengan bola lagi. Malulah sebab ramai yang tengah saksikan, almaklumlah popular lah sangat,” Alisya mengusap perlahan kepala Adryan sahaja mahu menyakat lelaki itu. Kemudian berpaling semula dengan senyuman kecil. Adryan sudah membesarkan matanya manakala Fakhry dan Danial sudah ketawa kecil.
Perlawanan di teruskan sehingga ke rubber set. Alisya bermain dengan sepenuh semangat demi menuntut sebbuah kemaafan manakala Adryan berhempas pulas demi sebuah keegoaanya dan dendaman terdap wanita itu
Akhirnya kemenangan milik Alisya, senyuman kemenangan terpamer di bibirnya. Semua mata di luar gelanggang bagaikan tidak berpuas hati dengan dirinya. Dia orang tak tahu aku ni dah lah mewakili negeri masa sekolah dulu dalam bola tampar.
Langkah di hala menghampiri Adryan, sampai di hadapan lelaki itu dia tersenyum manis. Adryan terpaku tapi segera menghalau rasa yang bertamu melihat senyuman wanita itu.
“Awak dah kalah so say sorry to my friends please,” pinta Alisya. Adryan hanya memandang dirinya membuatkan Alisya segera mahu melangkah pergi. Baru satu langkah je suara lelaki itu menyakitkan hatinya.
“Never,” bisik lelaki itu di telinganya. Alisya segera memalingkan wajahnya ke arah lelaki itu dan serta merta getah rambut yang mengikat rambutnya terlurut. Rambutnya yang lembut keperangan semulajadi paras lepas bahu itu melurut. Anak rambut yang menutup matanya di tiup geram. Adryan tergamam melihat kecantikan wanita itu.
“What?” soal Alisya mahukan kepastian.
“I say never ever and forever to say sorry,” lelaki itu berbisik perlahan di telinganya. Kedudukan mereka begitu hampir membuatkan Alisya tergamam sebentar.
“Tu maksudnya awak mungkir janji,” tingkah Alisya geram melihat Adryan yang tak menepati janjinya. Ni yang buat beta rasa nak hempuk je kepala mamat selenge ni. Bikin hot je taw. Arghh tension betullah.
“I don’t care about that,” senyuman sinis di berikan membuatkan Alisya geram yang teramat sangat. Wajahnya berubah merah macam makan cili 5 mangkuk.
“Awak ni orang yang paling teruk saya pernah jumpa kalau awak nak tahu,” jelas Alisya sambil menolak ketepi anak rambutnya yang mengganggu pandangannya.
“Dan kalau awak nak tahu juga, yang you ni perempuan paling teruk I pernah jumpa,” Adryan menyakitkan hati wanita itu. Alisya memejam matanya beristifar sebentar di dalam hatinya melawan rasa sakit hati yang muncul ini. Adryan meliarkan matanya memandang wajah di hadapannya serta merta jantungnya berdegup laju.
“Apa-apa pun saya tunggu kemaafan awak dekat kawan saya tahu,” tingkah Alisya mematikan lamunan Adryan. Masih tak nak mengaku kalah taw. Sorry ni Alisya okey dahlah buat janji tak nak tunai memang bikin panas dalam taw.
“Just wait to see what are will be happen to you,” Alisya mengerut dahi pelik mendengar bicara lelaki itu.
“What do you means?” soal Alisya geram sambil bercekak pinggang.
“You sedar tak yang you dah masuk kandang harimau, so just wait and see,” Adryan melangkah pergi di ikuti sahabatnya yang dua orang itu dengan senyuman.
“Heiiii…” jerit Alisya geram bila lelaki itu bla gitu jerk. Memang kurang kesopanan betullah mamat tu. Tak pergi kelas tatatusila betullah anak-anak orang kaya ni.
Alisya hanya menggigit bibirnya geram yang teramat sangat saat dan ketika ini. Terasa macam nak guna je silat yang di pelajari dari ayah kawannya itu. Arghhhh tension betullah sekarang ni.
“Erm Iqram thanks ye awak dengan kawan awak dah tolong saya lawan sepupu awak tadi,” Alisya berbasi-basi.
“Erm no hallah so jomlah kita pergi minum-minum dulu hilangkan haus tekak kira macam seleberate kita dah menang,” Alisya hanya tersenyum kecil memandang wajah di depannya. Ewah dah nampak ayat bunga-bunga sikit ni. Baik aku buat ayat nak bla dulu. Bahaya ni tak pasal-pasal masuk kandang buaya pula.
“Owh tak bolehlah. Maaflah bukan nak sombong tapi saya nak bawa kawan saya pergi bilik rawatan. Errr maaaf ye, byee,” laju je Alisya melarikan diri siap melambai lagi.
Alisya terfikir kembali wajah Adryan yang amat berlagak, buat hati parah plus sakit jiwa jerk. Dasar mamat sewel otak mereng agaknya urat saraf tercabut enam belas tu lah perangai nauzubillah. Uhhh buat sakit hati je . Alisya lantas bergerak pulang ke asrama bersama dengan Camelia.

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???