Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Thursday 3 January 2013

Assalammualaikum

Okey kepada pembace Boyz 3 Vs Alisya... Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Ermmm.. mcm mne nak cite eak... jap... eahhh...
okey mcm ni berkenaan beberape komen yang fieda terime mengenai novel ni yang meniru cite Boys Over Flower atau pun Meteor Garden...
Utk perkare berkenaan Fieda btol2 minta maaf...

Mcm mne fieda terpikir nak create novel ni pun lpas fieda ngok Boys Over Flower...
Ermmm cite tu pun fieda baru ngok kalo tak salah mase tahun 2010 kot...(errkk ketinggalan zaman ke tak eak???) uhuhuhu....
tu yang trus buat novel ni... Sbb saje nak wat koleksi sendiri....
ermmm dalam pertengahan bulan 2010 siaplah sepenuhnya Novel Boyz 3 Vs Alisya...
Then fieda pun dok bagi taw my sister yg fieda wat novel... so my sister pun sibuk kecoh2 kat kawan die... mula la dari situlah kwn2 die sruh test msukkan dekat penulisan2u... dlm pertengahan may 2011 x salah fieda start masukkan dalam penulisan2u..

So bile ade yg komen pasal cite ni same dan mintak tukar dan jangan ikut cite korea dan jepun tu... susah nak di buat kerana fieda dah siapkan novel penuh tu sejak tahun 2010 lagi... so bile fieda tukar yang awal2 nnt sampai habis fieda nak kne tukar...
So dekat sini fieda betul2 nak mintak maaf atas segalanya...
Bukan fieda tak nak tukar jalan cerita ni bila dah di komen dalam penulisan2u tapi sebab novel ni dah di siapkan sepenuhnya sebelum fieda masukkan dalam penulisan2u lagi...

Skarang ni terus terang fieda tak tahu sama ada nak teruskan lagi cite Boyz 3 Vs Alisya ni ke tak dekat sni.... bile dah banyak komen2 macam tu rasanya ada baiknya fieda stopkan cite ni... Entah la sebab hati fieda pun dah berbelah bahagi sama ada nak teruskan ataw tak sebab ade yg suke dan ada yang tak suka....

Pda "tanpa nama" yang mintak fieda say the reason... so sye dah bagi reason kenapa saya tak tukar cerita ni bile di komen sejak dari awal... mungkin reason saya ni masih tak cukup kuat... tapi trully fieda minta maaf...

Ni novel pertame yang siap sepenuhnya dan fieda saje share dengan kowang bile kawan my sister bgi cadangan... tapi tak tahu mcm ni pulak jadinyer... Minta maaf bebanyak atas apa yang berlaku...

Boyz 3 Vs Alisya Bab 44 & 45

BAB 44

Dato Tengku Suhaimi melemparkan gambar baru yang di terimanya. Kali ini kelibat anak sulungnya juga ada. Dia harus berfikir jalan untuk memisahkan terus mereka berdua itu sebelum keadaan menjadi semakin payah.
“Pengurus Kamil,” panggil Dato Tengku Suhaimi.
“Ye Pengarah,” sahut Pengurus Kamil sambil memandang wajah di hadapannya.
“Kamu dah telefon dengan wakil Rahim Holding mengenai perjumpaan kali ni?” soal Dato Tengku Suhaimi tegas.
“Dah Pengarah dan mereka akan setkan hujung minggu ni juga.” Dato Tengku Suhaimi sudah mengangguk kepalanya dan tersenyum senang.
“Pastikan perjumpaan kali ini tiada masalah. Kau tahu akibatnya kan?” tegas Dato Tengku Suhaimi berbicara.
“Baik Pengarah segalanya akan berjalan lancar,” jelas Pengurus Kamil.
“Suruh Natrah pulang ke sini secepat mungkin,” arah Dato Tengku Suhaimi.
“Jalankan strategi kita yang kedua ni,” arah Dato Tengku Suhaimi dan Pengurus Kamil mengangguk dan terus keluar.
“Kau degil lihatlah apa yang bakal berlaku atas kedegilan kau,” Dato Tengku Suhaimi sudah ketawa kecil.
Rasanya dirinya perlu melaksanakan stategi yang seterusnya dengan serentak supaya perempuan itu berambus dari hidup anaknya serta merta.

…………………………………………………
Tan Sri Kamarul yang di pejabatnya sibuk meneliti fail-fail di hadapannya dengan khusyuk. Kesibukannya terhenti bila Pengurus Sufian muncul dan menyerahkan sesuatu kepada dirinya.
“Ni orang-orang yang rapat dengan Cik Muda,” Tan Sri Kamarul melihat gambar-gambar yang di terima dengan anggukan.
“Nampaknya dia dah ada ramai kawan. Siapa mereka yang kelihatan sentiasa bersama anak saya ni?” soal Tan Sri Kamarul.
“Yang perempuan tu bernama Camelia dan merupakan kawan sekelas dengan Cik Muda. Hubungan mereka amat akrab sekali. Nampakanya macam kawan yang boleh di percayai.” Tan Sri Kamarul tersenyum melihat wajah gembira anaknya.
“Yang lelaki ni semua adalah senior Cik Muda dari group Boyz 3. Lelaki yang sentiasa bersama dengan Cik Muda ni adalah Tengku Adryan bin Tengku Suhaimi. Rasanya mereka mempunyai hubungan yang melebihi dari senior dan sahabat,” jelas Pengurus Sufian.
“Maksud kamu hubungan cinta?” Tan Sri Kamarul sudah ketawa senang dan Pengurus Sufian mengangguk kepalanya.
“Tan Sri… Tengku Adryan ni anak kepada Dato Tengku Suhaimi yang nak menjalankan kerjasama dengan kita. Cik Muda pun pernah tanya pasal Dato Tengku Suhaimi dekat Tan Sri,” jelas Pengurus Sufian.
“Tak apa….. biarkan dulu kalau hubungan mereka ni kalau serius rasanya tiada masalah kita nak bergabung sekali dengan syarikat Iskandar Holding tu,” Tan Sri Kamarul sudah tersenyum memandang wajah gembira milik anaknya.
“Erm yang sorang tu adalah Muhd Danial bin Hashim, keluarga menguruskan syarikat guaman yang agak besar.Kedua ibu bapa telah meninggal dan nenek beliau yang menguruskan. Nenek beliau bernama Dato Halimaton. Last sekali Fakhry bin Dato Jailni, keluarga beliau menguruskan hotel yang besar-besar dan memasuki pasaran antarabangsa.” Panjang lebar penerangan dari Pengurus Sufian.
“Macam mana dengan group Tuan Syed?” soal Tan Sri Kamarul pula.
“Pihak mereka ada menyerang Cik Muda di seven eleven hari tu tapi berjaya di halang oleh Cik Muda sendiri kemudian pengawal datang membantu. Yang menjadi tanda tanya pihak sana sudah mendiamkan diri,” jelas Pengurus Sufian.
“Rasannya mereka sedang membuat agenda yang kita tak jangka. Ketatkan kawalan Alisya tanpa anak saya tahu,” tegas arahan yang di berikan. Pengurus Sufian mengangguk kepalanya tanda faham atas arahan yang di berikan.
“Sentiasa perhatikan anak saya, kamu ada berjumpa Pengurus Anas dan bertanya kalau ada masalah?” soal Tan Sri Kamarul lagi.
“Dah Tan Sri dan nampaknya kehidupan Cik Muda berjalan dengan lancar.”
“Rasanya anak saya sedang bergembira sekarang ni.”
“Nampaknya begitulah Tan Sri.”
“Eah keluarga angkat anak saya tiada masalahkan?” soal Tan Sri Kamarul pula.
“Rasanya tiada masalah buat masa sekarang.”
“Baiklah kamu boleh keluar dulu.” Arah Tan Sri Kamarul.





BAB 45


Alisya sampai di rumah keluarga angkatnya dengan tangan yang penuh berisi barang. Senyuman mekar di bibirnya, terasa rindu pula dengan keluarganya ini.
“Pengurus Anas banyak sangat pula barang kita beli ni eak?” soal Alisya dan Pengurus Anas hanya tersenyum.
“Dah lama tak balik pula,” Alisya lantas mahu masuk ke rumah tapi terhenti bila perbualan keluarga menerjah telinganya.
“Tak apalah Raihan bukan rezeki kamu dekat syarikat tu nampaknya. Kamu cari jelah kerja di tempat baru,” suara Hasnah menerjah telinganya.
“Yelah mak, kenapalah syarikat tu berhentikan Raihan tiba-tiba je. Sebelum ni tiada masalah yang timbul pun,” suara abanganya pula menjawab. Alisya sudah mengerutkan dahinya pelik.
“Mak… ayah tu pula tengok macam sedih je kena berhenti kerja,” luah Raihan lagi.
“Tak apalah mungkin ada kebaikan lagipun ayah kamu tu boleh rehat awal.”
“Apalah masalah yang muncul ni mak. Semua berlaku serentak, Raihan di berhentikan kerja begitu juga ayah dalam masa yang sama,” rungut Raihan.
Alisya lantas memandang Pengurus Anas di belakangnya dengan wajah hairan plus pelik sikit. Selepas mengambil nafas baru dirinya melangkah masuk.
“Mak.. abang,” panggil Alisya. Kedua wajah di hadapannya kelihatan terkejut melihta kehadiran tapi bertukar senyuman gembira.
“Ayah mana?” soal Alisya.
“Ayah kamu keluar ambil angin katanya,” balas Hasnah.
“Ni hah barang Alisya beli untuk semua,” Alisya lantas meletakkan beg plastik yang penuh di tangannya dan juga tangan Pengurus Anas.
“Ya Allah membazir saja kamu ni Alisya,” Hasnah menepuk bahu anak perempuannya itu.
“Mana ada ni semua barang keperluan tak ada bazirnya taw,” Alisya lantas tersenyum manis.
“Mak dengan abang sihat tak?” soal Alisya dan mereka mengangguk kepala menjawab soalan dari Alisya.
“Alisya dengar perbualan mak dengan abang tadi. Bro relax taw… mesti abang dapat cari kerja lain punya. Adik yakin dengan abang.”
“Terima kasih dik… ni balik hujung minggu ni kenapa?” soal Raihan pula.
“Ala abang ni macam tak bagi adik balik je…….. rindulah dekat masakan mak.” Alisya menyandar manja di bahu Hasnah.
“Cis balik nak bermanja rupanya, dasar kanak-kanak ribena,” sakat Raihan dan Alisya hanya menjelir lidah sahaja.
Alisya kemudian membantu maknya memasak. Alisya memandang wajah abangnya yang tersenyum tapi tidak menghilangkan wajah kecewanya. Alisya mengeluh panjang, tengah hari itu Alisya makan bersama keluarga angkatnya bila ayah sudah balik dari keluar ambil angin. Pengurus Anas di paksa untuk makan bersama.

…………………………………………

Hampir sebulan berlalu dan Alisya meminta Pengurus Anas untuk mendapatkan info terbaru mengenai abanganya itu Jawapan hampa di berikan bila abangnya masih tidak bekerja.
Alisya menggigit bibir memikirkan sebab utama atas segalanya. Alisya lantas menelefon Pengurus Anas untuk mengambil dirinya di kolej. Alisya hanya menanti di bangku sambil otaknya sibuk berfikir.
“Cik Muda kita dah boleh gerak sekarang.” Alisya lantas memandang wajah Pengurus Anas yang tegak berdiri di sisinya.
“Pengurus Anas boleh duduk dulu. Ada beberapa perkara yang bermain di fikiran saya sekarang ni,” pinta Alisya dan lelaki itu lantas duduk di sisi Alisya.
“Ada apa Cik Muda?” soal Pengurus Anas.
“Adakah sebab utama abang saya tak dapat kerja ada kena mengena dengan hubungan saya dan Adryan?” soal Alisya sambil memandang wajah Pengurus Anas.
“Naluri saya kuat mengatakan ini semua agenda dari Dato tu. Entah kenapa saya berperasangka buruk tapi itulah yang bermain di minda saya sekarang ni,” Alisya kembali menyambung dan mengeluh kecil.
“Dari hasil siasatan saya, ada sedikit campur tangan sehingga Encik Raihan tak dapat kerja. Tetapi siapa orang tu masih tidak di dapati,” Pengurus Anas mula memberitahu.
“Saya dah agak dah lagi pun siapa yang nak hancurkan hidup saya kecuali Dato Tengku Suhaimi tu,” Alisya sudah meraup muka kesal.
“Kenapa dia nak babitkan keluarga saya. Patutnya dia hanya buat dekat saya je,” Alisya sudah merintih kesal.
Alisya lantas berdiri tegak bila mendapat satu idea yang bernas. Pengurus Anas juga lantas berdiri.
“Pengurus Anas saya nak jumpa papa,” Alisya segera memberitahu.
“Tan Sri sekarang berada di office.”
“Tak apa bawa je saya jumpa papa.”
Lantas mereka bergerak untuk ke Damaisutera Cooperation. Alisya hanya tersenyum dan mengangguk kepalanya. Rasanya keputusan ni memang paling sesuai dengan keadaan yang tengah tak stabil ni.
Alisya lantas menaiki lif dan Pengurus Anas menekan anak butang yang bernombor 16. Alisya hanya menanti dengan sabar untuk sampai ke atas.
“Satu bangunan ni milik syarikat papa ke?” soal Alisya.
“Ya Cik Muda,” Alisya yang mendapat jawapan hanya mengangguk kepalanya sahaja.
“Dengar kata papa ada syarikat dekat Australia dan US?” soal Alisya lagi dan menerima anggukan dari Pengurus Anas.
“Ya Cik Muda, Tan Sri mempunyai beberapa syarikat di negara luar selain Australia dan US,” penerangan Pengurus Anas membuatkan mulut Alisya melongo.
“Habis siap yang uruskan syarikat papa dekat luar negara?” soal Alisya lagi.
“Beberapa orang kepercayaan Tan Sri,” jelas Pengrus Anas.
“ Oh I se,” Alisya mengangguk kepala sambil jauh berfikir. Ini bermaksud papanya mesti terlalu sibuk mana nak uruskan syarikat dalam negara lain ni dengan luar negara pula.
“Kita dah sampai Cik Muda.”
Alisya lantas melangkah keluar dan mengikuti langkah Pengurus Anas. Alisya nampak satu pintu yang ada nama papanya dan Alisya hanya tersenyum kecil.
“Tan Sri ada?” soal Pengurus Anas.
“Tan Sri masih belum keluar dari bilik mesyuarat lagi,” jelas wanita yang berumur 30 an itu.
“Kita masuk dululah Pengurus Anas boleh buat surprise sekali,” Alisya memberi cadangan dan menerima anggukan dari Pengurus Anas.
Baru je Alisya nak buka pintu nak masuk dirinya di halang oleh setiausaha papanya.
“Maaf cik… Tan Sri tiada jadi tak boleh masuk sebarangan.” Alisya yang mendengar sudah tersenyum. Alisya lantas menahan Pengurus Anas untuk memberitahu setiausaha itu tentang dirinya.
“Oww ye ke tak apa saya tunggu dekat luar,” Alisya lantas duduk di sofa yang tersedia. Hampir lima belas minit muncul wajah Pengurus Sufian. Lelaki yang sebaya dengan Pengurus Anas terkejut melihat dirinya. Lantas di tundukkan kepalanya kepada Alisya yang sedang duduk.
“Kenapa Cik Muda tak masuk?” soal Pengurus Sufian. Alisya hanya tersenyum kemudian Pengurus Sufian ke arah setiausaha dan berbincang sesuatu. Wajah wanita itu nampak serba salah dan bertukar pucat.
“Alisya???” Alisya lantas memandang wajah papanya yang terkejut melihat dirinya.
“Kan dah cakap mesti terkejut punya,” Alisya berbicara perlahan dengan Pengurus Anas dan lelaki itu hanya tersenyum kecil. Alisya lantas merapati Tan Sri Kamarul dan merangkul lengannya.
“Saya datang sini nak buat urus niaga sikit dengan Tan Sri Kamarul. Nampak macam buzy tapi urus niaga ni pun penting,” Alisya hanya tersenyum melihat papanya yang sudah ketawa.
“Kenapa tak masuk dalam bilik papa?” soal Tan Sri Kamarul sambil menepuk lembut tangan anaknya yang merangkul lengannya.
“Ala mana boleh terjah bilik Pengarah,” balas Alisya manja sambil melentokkan kepalanya di bahu papanya.
Alisya berjalan bersama papanya mahu ke bilik dan Alisya tersenyum melihat wajah setiausaha papanya yang serba salah.
“Maaf Cik,” ucap wanita itu.
“Eah tak apa… lagi pun tak tahukan… Saya tak kisah,” Alisya lantas memintas. Dia tidak mahu wanita itu tidak selesa dengan dirinya. Lagi pun memang wajar setiausaha papanya menghalang dirinya masuk.
Alisya melihat papanya yang duduk di kerusi Pengarah dan sedang membuka komputer di sisinya. Kemudian papanya menjawab panggilan yang masuk. Alisya hanya tersenyum melihat kesibukan papanya itu.
“Okey now you can told me,” arah Tan Sri Kamarul. Alisya sudah tersenyum manis memandang Tan Sri Kamarul.
“Papa ada kerja kosong tak?” soal Alisya terus dan Tan Sri Kamarul sudah ketawa besar.
“Lah anak papa nak kerja ke? Syarikat ni syarikat kamu tak payah nak pohon-pohon kerja,” Tan Sri Kamarul lantas menjawab. Alisya memuncungkan mulutnya.
“Papa ni, ni yang Alisya geram ni,” bebel Alisya.
“Lah betullah ni syarikat kamu juga nanti.” Tan Sri Kamarul suka melihat wajah manja anaknya serupa dengan arwah isterinya. Ya mereka memang sama sekali. Raut wajah mereka, senyuman mereka, perangai mereka, telatah mereka semuanya sama sekali.
“Sayang tengoklah anak kita ni, sama benar perangainya macam sayang,” gumam Tan Sri Kamarul di dalam hati.
“Bukanlah papa. Macam ni ceritanya, Abang Raihan di berhentikan kerja tanpa sebab then sekarang abang tak dapat tawaran kerja walaupun dah puas memohon,” Alisya memandang wajah papanya meminta pengertian. Tan Sri Kamarul yang mendengar suara anaknya terus tersentak dari lamunannya.
“Raihan di berhentikan kerja???. Kenapa Murad tak bagi tahu papa hal ni?” soal Tan Sri Kamarul terkejut besar.
“Mungkin ayah tak nak susahkan papa kot.” Ringkas dan padat jawapan yang di berikan menerima anggukan dari Tan Sri Kamarul.
“Ish mana ada susahkan kita dah macam family.”
“Jadi papa terima abang Raihan kerja di sini. Ala papa abang Raihan tu bagus taw, yakinlah arkitek terbaik punya,” Alisya lantas memprovokasi Tan Sri Kamarul.
“Amboi…. Mestilah papa bantu mereka sedangkan mereka dah banyak bantu papa selama ni.” Mendengar itu Alisya sudah tersenyum panjang kemudian melangkah kepada Tan Sri Kamarul dan merangkul leher papanya dari belakang.
“Sayang papa.” Alisya lantas memberi ciuman di pipi papanya.
“Papa pun sayang anak dara papa ni,” balas Tan Sri Kamarul mencium pipi Alisya juga.
“That la my papa.” Alisya tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.
Tan Sri Kamarul menekam interkom dan mengarahkan Pengurus Sufian masuk ke dalam. Lantas memberi arahan untuk memberi jawatan penolong ketua arkitek kepada Raihan. Alisya hanya mampu tersenyum senang sahaja. Abangnya akan mulakan kerja esok jadi segala masalah sudah selesai.
Alisya dan Tan Sri Kamarul keluar lunch bersama. Tan Sri Kamarul melihat wajah gembira milik anaknya lantas dirinya berasa lega yang teramat sangat. Senyuman Alisya mengingatkan Tan Sri Kamarul kepada senyuman arwah isterinya. Semua mengenai Alisya hampir sama menyerupai dengan Syarifah Munawarah. Semoga roh isterinya Syarifah Munawarah berbahagia di sana dan di cucuri rahmat.

Wednesday 2 January 2013

Boyz 3 Vs Alisya Bab 42 & 43

BAB 42




Adryan mengarahkan beberapa orang membantu membersihkan Alisya sementara dirinya memebersihkan diri juga. Adryan mengeluh mengenangkan dirinya itu. Semua yang berlaku kepada Alisya adalah sebab dirinya. Sepatutnya dia mendengar penjelasan dari gadis itu.
Zaihan yang datang di bawa oleh Pengurus Anas menceritakan segalanya membuatkan dirinya kesal dengan daddynya sendiri. Lelaki itu sempat di berikan dua das penumbuk darinya. Nasib baik Danial dan Fakhry membantu meleraikan kalau tidah sudah arwah lelaki itu di buatnya.
Adryan yang sudah siap membersihkan diri menanti Alisya di ruang tamu dengan sabar. Gelang yang di tempah khas di pandang dengan senyuman yang panjang.
“Ish apa yang lama sangat dekat dalam tu?” Adryan lantas memandang pintu bilik di mana Alisya berada.
Adryan yang dah tunggu lama segera melangkah dan tanpa mengetuk pintu di buka terus dari luar. Terlihat wajah terkejut dari Alisya bila dirinya meredah masuk.
“Eah awak ni mana boleh masuk macam tu je!!” marah Alisya.
“Apa yang lama sangat dekat dalam ni?” soal Adryan geram.
“Saya jawab call tadi,” balas Alisya.
“Jom lepak dekat ruang tamu kejap.” Alisya lantas mengikuti langkah Adryan. Alisya sudah duduk di sebelah Adryan.
“Dasar otak udang.” Alisya yang mendengar lantas memandang wajah itu dengan geram.
“Dah tahu nak kena serang tu kenapa tak lari?” soal Adryan sambil menjeling.
“Mereka ramai sangat, mana sempat nak lari,” tingkah Alisya.
“Otak ni ada guna tahu.” Adryan sudah menonjol kepala Alisya.
“Uhhh,” Alisya merengus kemudian memandang ke tempat lain. Buat sakit hati plus hot je pandang muka mamat selenga ni. Nasib baik muka ni lah yang aku sayang, gumam Alisya di dalam hati.
“Ishh susah ada aweks otak udang,” rungut lelaki itu lagi.
“Uhh rasanya yang otak udang tu peminat awak. Urmmm mungkin awak pun otak lembu sekali sebab ketuanya,” perli Alisya sambil tersenyum kecil.
“Dari awal masuk dah cakap kolej ni memang pelik sekarang memang dah terbukti dah. Bertambah Tuan Muda dia mereng plus selenga plus sakit jiwa dan seakatannya lah,” Alisya terus menembak lelaki itu dengan bicara beracunnya. Adryan mengecilkan matanya memandang wajah gadis yang sedang mengutuk dirinya secara terang-terangan.
“Uhhh kenapalah Tuan Muda ni menyukai seseorang yang cakap beracun lepas tu otak udang,” balas Adryan pula dan Alisya sudah tersenyum sahaja.
“Orang hot la katakan,” Alisya sudah mengibas tangan di wajahnya konon nak mengipas dirinya. Adryan sudah ketawa sambil menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.
“No..no..no sebab tak ada orang nak dan hanya Tuan muda yang macho ni je yang nak terima.” Alisya yang mendengar sudah membebel tanpa suara sambil menjeling Adryan di sebelahnya dengan geram.
“Adik….” Lantas Alisya dan Adryan memandang wajah itu.
“Eah ada tetamu ke?” soal wanita pertengahan 20 an yang kelihatan cantik dan bergaya.
“Eak akak kenapa datang tak nak bagi tahu dulu?” soal Adryan sambil berdiri dan berpelukan dengan kakaknya.
“Saja nak buat surprise tapi akak yang kena surprise. Wow tak pernah bawa perempuan datang tapi ni bawa mesti ada apa-apa ni,” serkap jarang itu membuatkan Adryan ketawa besar. Alisya hanya mampu tersenyum.
“Kak ini Alisya…. Ni akak Adryan panggil kak Natrah je,” Adryan memperkenalkan dan Alisya menyalami tangan itu dan menciumnya. Lantas tubuhnya di peluk oleh Natrah membuat Alisya terkejut.
“Eeee seronoknya tak rugi balik sebab ada cerita terbaru ni,” Natrah sudah menarik Alisya duduk di sebelahnya. Alisya memandang Adryan yang hanya tersenyum memandang dirinya.
“Dah berapa lama korang date ni?” soal Natrah.
“Hah kak mulalah nak korek rahsia ni,” Adryan lantas memintas.
“Mestilah budak kepala batu, hati batu, ego boleh jatuh cinta siapa tak nak tahu,” Natrah sudah ketawa. Adryan lantas membaling kakaknya bantal kecil.
“Alisya tahan pula dengan Adryan ni?” soal Natrah sambil menjeling Adryan yang sedang memandang tak puas hati.
“Ishhh akak ni pergi mandi sana, nanti kita borak-borak panjang lagi.” Adryan menolak Natrah supaya masuk ke biliknya.
“Okey… janji nanti cerita panjang. Esok ajak Danial dengan Fakhry datang sini sekali. Rindu dekat dua orang budak tu.”
“Yelah-yelah.” Adryan lantas melambai tangan kemudian menarik tangan Alisya menuju ke balkoni.
“Rindunya dekat Alisya,” bisik Adryan sambil memandang langit dan Alisya tersenyum kecil.
“Itulah orang tu balik je nak merajuk terus. Uhhh payah dapat pakwe kaki jelous ni,” balas Alisya bagaikan memerli.
“Yelah balik nak jumpa aweks tapi nampak benda yang tak patut.” Adryan sudah memandang wajah Alisya yang hanya tersenyum memandang dada langit.
“Adryan minta maaf sebab tak dengar penjelasan Alisya dulu.” Alisya lantas memandang wajah bersalah milik Adryan.
“Tak pe semuanya hanya salah sangka,” jelas Alisya.
“Tak sangka daddy sanggup guna cara kotor macam tu.” Adryan meningkah.
“Alisya… rasanya banyak lagi yang daddy akan lakukan lepas ni. Harap kita tabah hadapi bersama.” Alisya mengangguk kepalanya mendengar bicara lelaki itu.
“Tengok bintang yang bersinar tu.” Alisya lantas mencari bintang yang di maksudkan.
“Erm…”
“Tu mewakili Adryan yang sentiasa bersinar dan bulan tu pula mewakili diri Alisya,” bicara Adryan romantik. Alisya sudah ketawa kecil
“Kenapa Adryan bintang dan Alisya bulan?” soal Alisya pelik.
“Sebab bintang dan bulan sentiasa bersama. Di mana ada bulan di situ ada bintang, macam tu juga Adryan dan Alisya.”
“Tak sangka pakwe Alisya ni romantik sangat.”
“Taw tak pe, semua nak dekat Ryan tapi Alisya je yang dapat Ryan taw.” Adryan lantas mengeluarkan sesuatu dari kocek dan di halakan di depan Alisya. Gadis itu dengan pelik mencapai dan menilik.
“Apa ni?” soal Alisya.
“Ish kan dah cakap memang otak udang betullah. Takkan gelang pun tak tahu,” bebel Adryan. Alisya sudah merengus geram.
“Tahulah gelang tapi untuk apa?” soal Alisya pula geram lantas memijak kaki Adryan geram. Lelaki itu sudah ketawa di tepi telinganya.
“Untuk Alisyalah takkan untuk Adryan pakai.” Alisya yang mendengar sudah ketawa manja.
“Ye tak ye juga. Takkan untuk Adryan sah… sah gelang perempuan eak.”
Alisya memerhatikan gelang yang unik itu. Gelang berbentuk bintang kecil yang di lilitannya dan ada satu bulan yang tergantung di penghujungnya. Bintang yang bersangkutan antara satu sama lain kelihatan amat menarik. Gelang halus berwarna putih amat menarik di pandangannya.
“Cantik,” luah Alisya perlahan.
“Ermmm Adryan reka khas untuk Alisya. Ada satu je dalam dunia taw,” jelas lelaki itu dan Alisya mendongak kepalanya mencari wajah lelaki itu.
“Gelang emas putih khas untuk Alisya. Adryan tempah untuk Alisya supaya Alisya dah tak boleh lari lagi dari Adryan. Ni tanda Alisya milik Adryan.” Alisya yang mendengar ungkapan lelaki itu lantas memandang gelang itu semula.
“Jaga gelang ni baik-baik. Kalau hilang siaplah Adryan kerjakan.”
“Ugut nampak,” Alisya sudah ketawa kecil.
“Memanglah gelang ni mahal lepas tu tanda cinta kita, mana boleh hilang. Tengok belakang ni.” Adryan menunjukkan sesuatu di belakang gelang yang berbentuk bulan itu.
“Alisya love Adryan,” jelas Adryan di sebalik huruf A, simbol love dan huruf A kembali. Alisya lantas menggenggam gelang itu sambil melihat dada langit bersama Adryan dengan senyuman gembira.
“Bukan Adryan love Alisya?” soal Alisya manja dan Adryan memberi senyuman lebarnya mengakui soalan itu.
Tanpa di sedari satu mata memandang mereka. Natrah yang melihat kemesraan dan mendengar perbualan itu lantas tersenyum senang. Adiknya sudah menemui cinta sejati, adiknya telah berubah kepada seseorang yang lain. Nampak matang sekali pada pandangannya.



BAB 43







Natrah turun ke ruang makan dan tersenyum panjang bila di lihat orang yang ingin di jumpainya.
“Uhhh adik-adik akak ni nampak macam happy je?” sapa Natrah sambil duduk di tempatnya.
“Kak Natrah….. happy sangat bila dua orang tu dah berbaik semula kalau tak kami yang tension,” Fakhry membalas sambil meneguk air menghilangkan dahaga.
“Iye… hah lama tak jumpakan,” Natrah memandang wajah Fakhry dan Danial.
“Yelah kak Natrah sibuk dekat US sana mana nak ingat dekat kami.” Danial mengangguk kepala mendengar bicara Fakhry.
“Tak apa nanti kita topup balik masa kita yang dah terbuang.” Fakhry lantas menaikkan ibu jarinya.
“Hah cepat makan semua, Pengurus Halim tambah makanan lagi,” arah Natrah sambil tersenyum kepada semua orang.
Mereka makan hidangan di depan mata. Kemudian beberapa minit tambahan hidangan di hidangkan lagi.
“Alisya makan banyak sikit bagi ada tenaga rasanya kita perlukan tenaga yang banyak lepas ni,” Natrah memandang wajah itu.
“Erm..” balas Alisya. Sebenarnya memang pelik bila Kak Natrah begitu baik terasa segan pula. Almaklum lah baru pertama kali jumpa.
“Kali ni makan pakai sudu pula,” Adryan berbisik di telinga Alisya sambil tersengih. Alisya mengetap gigi dan membuka sedikit mulutnya tanda tak puas hati.
“Awak ni nak kenakan saya eah?” soal Alisya geram.
“Rasanya?” nakal Adryan menjawab dengan senyuman tampannya.
“Tak ada main rasa-rasa, ingat ada garam dengan gula ke?” balas Alisya sambil menjeling.
“Dungu,” Alisya yang mendengar lantas memijak kaki Adryan di bawah meja kuat.
“Aduh,” Alisya menaikkan kening sambil tersenyum menang.
Alisya mengangkat kepalanya da melihat ketiga-tiga wajah di depannya memandang ke arah mereka berdua dengan wajah yang pelik. Alisya hanya tersenyum kemudian menunduk kembali dan menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Natrah yang melihat lantas tersenyum kecil. Fakhry sudah ketawa besar melihat gelagat keduanya manakala Danial hanya menggeleng kepalanya sahaja.
“Korang jangan nak mulakan lagi, penat otak kami fikir pasal korang je taw,” Fakhry sudah merungut.
“Kak Natrah mereka memang selalu macam ni, memang pelik kalau mereka ni tak bergaduh satu hari,” sambung Fakhry sambil menggeleng kepalanya.
“Dah siap makan jom kita gerak sekarang,” ajak Natrah sambil berdiri dan menarik tangan Alisya. Kemudian mereka berjalan dahulu di ikuti ketiga-tiga lelaki itu.
“Alisya naik kereta dengan akak eah…. Banyak cerita yang akak nak tahu,” mendengar itu Alisya hanya mengangguk kepalanya. Adryan hanya tersenyum melihat gelagat kakaknya itu.
Di dalam pemanduan Natrah hanya tersenyum memandang Alisya di sebelahnya. Radio yang di pasang kuat di perlahankan supaya senang mereka mahu berbual.
“Alisya rasa tertekan ke bersama dengan Adryan?” soal Natrah ramah.
“Errrm… taklah,” balas Alisya sambil tersenyum.
“Akak tak sangka adik akak tu akan bercinta. Sebelum ni dia hanya dengan group dia Boyz 3, jarang dia terima orang lain.” Alisya yang mendengar hanya tersenyum.
“Adryan tu memang ego sikit tapi bila Alisya kenali dia yang sebenarnya rasanya dia tu bertimbang rasa,” ungkap Natrah memandang Alisya yang mengangguk kepalanya.
“Akak tak pernah nampak dia seserius macam ni sekali. Nampaknya kali ni dia nekad sekali. Adik akak tu sebenarnya kesunyian, kami sekeluarga jarang berkumpul bersama. Lihatlah akak dekat US, parents akak dekat KL.”
“Akak uruskan apa di US?” soal Alisya pula.
“Syarikat kami ada di sana lagi pun husband akak pun dekat sana.” Alisya yang mendengar sudah memandang dengan wajah terkejut.
“Janganlah terkejut sampai macam tu sekali,” Natrah sudah ketawa kecil.
“Kak Natrah nampak macam muda lagilah.”
“Erm umur 21 tahun akak terpaksa kahwin demi pergabungan syarikat kami,” Natrah sudah mengeluh. Alisya memandang dengan wajah simpati sahaja.
“Dah dekat 3 tahun kami berkahwin tapi akak tak rasa kebahagiannya. Kami banyak buat hal sendiri, keluarga kami tak tahu yang sebenarnya kami ni duduk lain-lain rumah,” Natrah memberitahu rahsianya sambil tersenyum kelat.
“Adryan tahu?” soal Alisya lantas menerima gelengan Natrah.
“Jangan bagi tahu dia, akak tak nak dia mengamuk lagi. Cukuplah masa pernikahan akak dulu.”
Alisya memandang Kak Natrah yang mengesat air matanya. Lantas tangannya menggenggam tangan itu bagaikan memberi semangat.
“Daddy akak memang tak boleh di jangka tindakannya, cukuplah percintaan akak yang di rosakkan. Akak tak nak Adryan terima nasib yang sama macam akak. Alisya janji akan pertahankan hubungan korang walau apa pun yang akan menimpa,” Natrah menagih janji dari Alisya.
“Alisya janji.”
“Terima kasih rasanya tak rugi Adryan pilih Alisya.”
Banyak yang di borakkan dan Alisya mula berasa selesa dengan wanita elegan itu. Nasib yang menimpa wanita itu amat menyayat hati. Sampai hati seorang bapa merosakkan hubungan anak perempuannya hanya kerana pergabungan syarikat.
Adakah hubungannya dengan Adryan akan menerima nasib yang sama?? Alisya bertekad yang dia akan memepertahankan hubungan antara mereka walau apa pun yang berlaku.
Mereka sampai di gelanggang menembak dan Alisya hanya terkebil-kebil melihat mereka menembak. Alisya sesekali bersorak untuk Kak Natrah yang berlawan dengan Adryan.
“Sini,” panggil Adryan.
“Tak nak lah, Alisya tak retilah,” tolak Alisya siap geleng kepala macam nak teleng kepala di buatnya.
“Errrsshhh…. Tak reti belajarlah. Sinilah Adryan ajar,” Alisya lantas bergerak menghampiri Adryan. Alisya melihat gaya dan ajaran dari Adryan cara memegang kemudian melepaskan tembakan.
“Nah…” Adryan menghulurkan senapang dan Alisya mengambil dengan ragu-ragu. Senapang di pegang dengan cara yang di ajar. Adryan yang melihat cara itu salah lantas menghampiri dan membetulkan cara pegangan Alisya. Tembakan Alisya pertama tidak kena lantas wajahnya bertukar muram.
“Cubalah lagi macam ni,” Adryan berada di belakang Alisya dan membantu. Alisya berasa amat gugup sebab kedudukan mereka memang hampir. Lelaki ni nak ambil kesempatan ke????? Ishhh malulah sikit depan kakak dia tu. Jangan ingat aku nak diamkan diri, bebel hati Alisya.
Alisya melepaskan tembakan dengan Adryan membantunya lantas terkena pada sasaran piring terbang. Alisya sudah tersenyum bila target mengena, Adryan menolak kepalanya.
“Adryan yang tolong tahu,” Lantas Adryan melepaskan lingkaran tangannya dan membiarkan Alisya menembak sendiri.
Alisya yang melepaskan tembakan lantas menepuk tangan tanda berjayalah juga dia melepaskan tembakan. Adryan sudah bercekak pinggang sambil menggeleng kepalanya.
“Yang tepuk tangan kenapa? Bukannya kena pun. Dasar otak udang betul,” Adryan sudah menggaru kepalanya pula.
“Eah biarlah kiranya saya baru nak belajar dapat lepaskan tembakan ni pun kira okey taw,” balas Alisya sambil memandang wajah itu tidak puas hati.
“Uhhh low standart betullah. Kita mesti nak capai target tahu, macam tak ada wawasan,” rungut Adryan.
“Amboi sedapnya bahasa, owhh dah tambah macam-macam rencah eah?” perli Alisya geram lantas memijak kaki lelaki itu geram.
“Bla…bla..blaa.. cakap banyak bayar kurang,” Adryan tak mahu kalah.
“Awak ni cuba mengalah sikit, ishhh geramnya,” Alisya lantas meletak senapang kemudian menarik telinga Adryan. Tak cukup badan lelaki itu di cubit geram.
Natrah memandang dengan wajah pelik kemudian sudah ketawa bila di lihat adiknya di “buli” oleh Alisya.
“Kak Natrah memang ini kewajipan mereka. Ishhh bertelingkah aje,” Fakhry sudah membebel. Danial menepuk bahu Fakhry dan ketawa kecil.
“Nampaknya Alisya mampu wujudkan mood happykan?” soal Natrah dan kedua lelaki itu lantas mengangguk kepala.
“Itu memang tak boleh di pertikaikan lagi. Sejak Alisya ni datang rasanya Boyz 3 dah tak sunyi malah dapat pesaing yang hebatkan Danial.”
“Ha’ah….. rasanya mood Adryan bila dengan Alisya pun happy,” balas Danial.
“Tapi boleh bertukar hormon juga, jangan lupa tu.”
Natrah yang mendengar sudah ketawa kecil lantas berdiri di antara dua lelaki itu dan memaut bahu dengan senyuman mesra.
“Rasanya akak tak rugilah balik kali ni?” soal Natrah.
“Erm kali ni conferm tak rugi malah berbaloi sangat,” balas Fakhry dan mereka bertiga sudah ketawa besar.
“Kita lihat macam mana tuan muda tu kena buli ye….” Natrah hanya menggeleng kepala.
Mereka hanya melihat pergaduhan Alisya dan Adryan yang tidak habis-habis lagi. Agenda pukul memukul dari Alisya kemudian Adryan membalas dengan menarik rambut Alisya. Nampaknya gadis itu tidak berdiam diri malah menendang kaki Adrayn. Natrah tersenyum melihat gelagat mereka dengan gembira.

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???