Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Thursday 19 May 2011

Boyz 3 Vs Alisya (3)


BAB 3

“Alisya cepatlah, awak buat apa tu lama sangat dalam toilet,” Alisya keluar dengan wajah berkerut melihat Camelia yang bersolek.
“Awak ni siap bersolek nak ke mana lepas tu wanginya,” tanya Alisya pelik. Camelia sudah ketawa kecil.
“Of courselah for my hero,” Alisya menggeleng kepalanya.
“Hai pelajar wanita masuk sini sebab Boyz 3 lah Alisya rasa,” Camelia sudah ketawa besar.
“Tahu tak pe, semua orang nak jadi gilrfriends Boyz 3,” jelas Camelia, Alisya mencemberutkan bibirnya sahaja.
“No komen,” Alisya sudah menyarung selipar.
“Hai berangan atas katil tu tak nak gerak pergi ke?” sakat Alisya.
“Eah jom-jom nanti lambat pula kang terlepas ruginya,” Camelia menarik tangan Alisya mengikuti langkahnya yang laju kerana pergerakan Alisya yang perlahan.
“Ya Allah jatuh tersungkur saya nanti, tak larinya hero awak tu,” Alisya meningkah manakala Camelia tersengih.
“Seminit terlepas je dah rugi tahu so we need be faster okey,” jelas Camelia.
“Kalau dah minat jangan di tanya kenapa lagi,” Alisya memerli sahabatnya itu.
“Wah awak lain pula bila pakai baju t-shirt dengan seluar selalu nampak pakai baju kurung aje,” Camelia berborak.
“Ye ke saya nampak macam biasa je,” sampuk Alisya.
“No…no…no awak nampak sempoi gitu, selalu nampak ayu kali ni nampak cool.”
Alisya menggeleng kepala sambil ketawa kecil, Camelia tersengih-sengih sahaja. Mereka sudah sampai di padang. Alisya memerhatikan sekelompok orang yang berada di gelanggang bola tampar.
“Hah janganlah mula lagi,” bicara Camelia membuatkan Alisya pelik…… apa yang jangan mula lagi???.
“Hah inilah permandangan yang mengasyikkan,” Camelia menunding jari ke satu arah. Lantas Alisya memerhati dan menggeleng kepalanya.
“Ya Allah, awak ni. Mabuk betullah sanggup cepat-cepat sebab nak tengok dia orang ni.”
“Mestilah bukan senang nak berada dekat dengan mereka taw,” Camelia sudah ketawa kecil. Kamera di tangan di tekan butang on dan beberapa shoot sudah diambil, Alisya hanya memerhati dari belakang sahaja.
Melihat Boyz 3 itu bermain bola tampar melawan group yang lain. Alisya memerhati lelaki yang bernama Danial itu, pandangannya mendapati lelaki itu nampak cool. Matanya terarah pula kepada Adryan yang nampak berlagak.. uhhh poyonya dia main bola tampar. Eksyen je lebih, Alisya menjuihkan bibirnya. Manakala memandang si Fakhry yang di minati Camelia… not bad patutlah Camelia suka lihatlah mudah tersenyum manis giler.
Perlahan senyuman Alisya terpamer. Matanya di biaskan terhadap peminat-peminat Boyz 3 di tepi padang yang memberi semangat. Tergeleng kepala aku tengok dia orang ni.
“Awwww,” jeritan seseorang membuatkan Alisya memfokuskan pandangannya. Dilihat Camelia sudah terduduk menekan perutnya, Alisya yang terkejut menghampiri dan membantu rakannya itu.
“Awak okey tak ni?” soal Alisya yang melihat Camelia menekan perutnya.
“Awak nak ke bilik rawatan ke?” soal Alisya lagi.
“You lain kali duduk jauh-jauh faham kalau tak nak kena,” satu suara sudah memberi arahan. Alisya mendongak kepalanya, di lihat Adryan menajamkan mata helangnya terhadap kami. Alisya mengetap bibirnya…. Bapak sombong giler mamat sekor ni, mentang-mentang anak orang kaya.
Adryan lantas mencapai bola dan melangkah pergi dengan langkah machonya. Uh betul-betul menimbulkan perasaan menyampah dalam hati Alisya. Lantas dia berdiri tegak mahu membela nasib sahabatnya.
“Hey awak,” panggilan pertama Alisya tidak mendapat perhatian.
“Hey awak!!!,” jerit Alisya lagi still tak dapat perhatian. Wajahnya sudah berubah merah langkah kaki di hala tehadap langkah lelaki itu.
“Hey saya panggil awaklah!,” jerit Alisya yang sudah berada di hadapan Adryan. Melawan pandangan lelaki itu.
“You panggil I ke???,” soal lelaki itu. Alisya mengeluh panjang…. Ish lampi betullah mamat sorang ni.
“Ye saya panggil awak,” jelas Alisya. Dia tahu semua mata di situ memandang dirinya dengan tajam terutama peminat mamat sekor ni.
“Yes..” hanya itu yang di ucapkan.
“Susah sangat ke awak nak minta maaf lepas dah buat salah hah… awak tak nampak ke dia tengah sakit???,” soal Alisya geram. Adryan ketawa perli.
“Awak tahu tak saya ni siapa?” soal Adryan berlagak. Alisya pula membalas ketawa perli.
“Anak orang kaya yang berlagak dan sombong, of course I know about that,” tingkah Alisya dan wajah Adryan berubah garang.
“Tak pernah orang cakap macam tu dekat aku tahu. Dengan senang hati aku boleh buat kau terkeluar dari kolej ni,” amaran lelaki itu.
“Awak ingat saya takut ke dengan ugutan awak tu. Ada saya kisah, sedarlah awak tu hanya guna duit mak bapa so tak payah nak berlagak sangat. Okey bro,” perli Alisya.
“You…” Adryan menunding jari kepada wajah Alisya. Danial dan Fakhry sudah menghampiri Adryan yang kelihatan marah.
“Lerk bro, jom kita mulakan perlawanan,” Fakhry pula menyampuk mahu memberhentikan pergaduhan itu.
“Tak payah nak tunding jari dekat muka saya okey,” Alisya menolak tangan yang berada di hadapannya itu.
“Perempuan ni memang nak cari pasal betullah,” Adryan sudah meningkah, Alisya hanya tersenyum kecil memerli tu namanya.
“Kenapa awak nak tumbuk saya ke?” soal Alisya saja mahu menaikkan bara api. Seronok cari gaduh dengan lelaki yang berlagak ni.
“Kau tu perempuan malas aku nak cari gaduh so better you get loss!!,” jerit Adryan. Alisya ketawa kecil.
“Macam nilah bro, kita lawan bola tampar dan kalau awak kalah so awak kena say sorry dan kalau saya yang kalah awak takkan nampak muka saya lagi,” Alisya tersenyum dan Adryan ketawa besar.
“Of course you will be a loser girl,” Alisya menjungkit bahu atas jawapan lelaki itu.
“Belum lawan kita belum tahu kan Senior Adryan???,” Alisya sudah ketawa kecil.
“Macam seronok je dekat sini?,” sampuk satu suara yang muncul. Alisya menaikkan keningnya.
“Hye wanita cantik I Tengku Iqram sepupu Tengku Adryan,” jelas lelaki itu. Alisya menjungkit keningnya.
“So awak nak buat sorakan peyokong ke untuk sepupu awak tu?” soal Alisya pula.
“Ala relax okey, lagi pun I dengan dia tak ngam la better I group dengan you so boleh juga balas dendam,” jelas Iqram dengan senyuman menawan.
“Nampak macam menarik juga, okey saya jadikan awak group saya,” Alisya tersenyum sambil bersalam tangan dengan lelaki itu.
“Ni kawan saya Kamil so dia juga akan jadi group kita,” Alisya yang mendengar sudah mengangguk kepalanya.
“Okey suka hatilah lagi pun memang tak ada orang pun,” jelas Alisya.
“Sebelum tu siapa nama you?” soal Iqram.
“Alisya,” ringkas dan padat.
Alisya bergerak ke tempat Camelia dan menyerahkan handphone serta beg duitnya.
“Awak janganlah teruskan bahayalah,” jelas Camelia.
“Jangan risau saya menuntut kemaafan dia kepada awaklah. Boleh pinjam getah rambut tak?” pinta Alisya.
“Nah, bukan nanti peminat-peminta akan marah,” jelas Camelia.
“I don’t care, awak jangan risaulah,” Alisya hanya tersenyum kecil.
“Thanks taw awak.”
Alisya melangkah kearah Iqram dan Kamil yang menanti dirinya di tepi padang, selipar di buka dan rambutnya di ikat ekor kuda. Matanya menangkap mata yang nampak tidak puas hati milik Adryan. Lantas dia memberi senyuman sakat sambil keningnya di naikkan mahu menaikkan baran lelaki itu.

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???