Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Monday 15 August 2011

Boyz 3 Vs Alisya (18 & 19)

BAB 18

Alisya yang malas hendak masuk ke dewan lantas ke kolam renang. Lantas melabuhkan dirinya di tepi kolam sambil kepalanya di letakkan di lutut. Alisya menaikkan keningnya cuba berfikir sebab otaknya macam tak nak berfungsi.
Air kolam yang tenang di sentuh kemudian bibirnya tersenyum kecil. Keluhan di keluarkan bila air kembali tenang. Kepalanya yang tidak gatal di garu bagi menghilangkan resah.
Bicara Pengurus Anas membuatkan dia geram sampai tak sangka dia memarahi orang yang berumur itu. Lantas dahinya di tepuk perlahan menyesali perbuatannya.
“Saya tak peduli lah mereka yang encik katakan tu. Dengar sini saya tak suka kehidupan saya di kawal oleh orang, faham. Eah awak semua ni muncul tiba-tiba lepas tu nak kawal-kawal saya pula. Benci lah!!!” Alisya mengingati jeritannya tadi kemudian kepalanya di geleng.
“Bodohlah kau ni Alisya. Tak patut marah orang tua tahu… ishhh,” Alisya membebel perlahan. Kepalanya di ketuk perlahan menyesal dengan bicaranya tadi.
“Uhh nampak macam kita ni berjodohkan,” satu suara itu membuatkan Alisya lantas memandang. Alisya menaikkan kening kemudian memandang ke kolam semula.
“Ha..ha..ha.. aku ingat nak relax dekat luar tapi ternampak kau pula,” Adryan menyambung kembali. Alisya masih membuat tidak tahu malaslah nak layan.
“Tak sangka pula lepas kejadian dekat lif tadi mulut kau terus bisu,” ungkapan itu membuatkan Alisya teringat kembali kejadian petang tadi. Matanya di pejam mahu menghilangkan tapi peristiwa itu kembali terlayar di matanya. Alisya lantas berdiri memandang Adryan geram.
“Sewel,” Alisya mengetap gigi geram. Adryan ketawa besar sambil menggeleng kepalanya.
“Uhh ke kau yang sewel sebab dah kena…,” Adryan menyentuh bibirnya sambil tersenyum sinis. Alisya yang memandang sudah hangin satu badan.
“Eeeee geramnya,” Alisya lantas menolak kuat tubuh Adryan. Tanpa di sangka Adryan terjatuh ke dalam kolam. Alisya yang pada mulanya mahu terus bergerak terus ketawa melihat tubuh lelaki itu di dalam kolam.
“Ini balasan untuk awak senior Adryan,” Alisya menaikkan kening sambil ketawa besar. Tak lama lepas tu Alisya menaikkan kening melihat Adryan yang terkapai-kapai bagai minta tolong.
“Tolong….”
“Awak tak payah nak tipu saya okey. Jangan harap saya nak tolong awak,” Alisya mahu pergi tapi di lihat Adryan semakin hilang dari permukaan kolam.
“Dia ni betul-betul ke mainkan aku,” Alisya membebel sendirian.
“Adryan… Adryan… Adryan..” Alisya yang melihat Adryan tiada lantas terjun ke dalam kolam. Alisya menyelam mencari Adryan, bila sudah dapat segera di kaut dan di bawa naik ke atas. Sampai di tepi Alisya di bantu oleh Pengurus Anas untuk membawa naik Adryan. Alisya juga di tarik oleh Pengurus Anas.
Alisya melihat tubuh kaku Adryan di tepinya lantas di hampiri. Dada lelaki itu di tekan seperti yang di pelajari di sekolah dahulu.
“Adryan bangun… awak jangan nak takutkan saya okey,” Alisya sudah cemas. Pipi Adryan di tampar beberapa kali. Alisya yang cemas tidak sedar pelajar Iskandar High Collage yang lain sedang memerhatikannya.
“Adryan… jangan ingat awak nak mati senang tahu. Kejadian dekat lif tu awak kena bertanggungjawab,” Alisya sudah menumbuk dada Adryan. Alisya yang cemas tidak tahu apa yang di ucapkan.
Fakhry dan Danial menaikkan kening antara satu sama lain. Camelia sudah ketakutan melihat apa yang terjadi.
“Rasanya kena CPR ni,” Pengurus Anas sudah memberitahu Alisya.
Alisya mulanya memandang Pengurus Anas kemudian lantas memberi bantuan CPR kepada Adryan. Keadaan yang mencemaskan membuatkan Alisya tidak memikirkan benda lain kecuali selamatkan lelaki ini.
Alisya berhenti bila Adryan sudah terbatuk-batuk kecil. Mata lelaki itu terbuka kecil, Alisya lantas melepaskan keluhannya. Matanya memandang ke arah Danial dan Fakhry yang tersenyum memandang dirinya. Alisya melihat kembali Adryan yang sedang cuba duduk.
“Uhh nampak je ganas tapi tak reti berenang,” bebel Alisya geram lelaki itu membuatkan dirinya cemas.
“Uhh rasanya kau cemaskan,” Adryan sudah memandang wajah Alisya yang kebasahan dan wajah itu nampak sungguh cantik di matanya.
“Habis takkan saya nak biarkan awak mati depan mata saya,” marah Alisya.
“Sebab kau takut aku mati nanti tak ada orang bertanggungjawabkan,” Adryan sudah ketawa kecil. Alisya mengerutkan dahinya tidak dapat tangkap apa yang di maksudkan.
“Kan kau tadi suruh aku bertanggungjawab..erm pasal dekat lif yang kita…,” Adryan yang tidak sempat menghabiskan bicaranya lantas mulut di tekup Alisya.
“Ishh apa ni..” Alisya lantas menumbuk dada lelaki itu geram. Adryan ketawa kecil melihat telatah cemas Alisya. Fakhry sudah ketawa melihat gelagat Alisya dan Adryan.
“Oww kau malu okey aku simpan rahsia tapi kau kena bertanggungjawab juga,” Alisya mengerutkan dahinya lagi. Adryan mendekatkan dirinya kemudian berbisik.
“CPR kau dekat depan orang ramai. C untuk Ciuman, P untuk Paling, R untuk Romantik,” wajah Alisya sudah bertukar kemudian dia menolak keras tubuh Adryan menjauhinya.
“Gila,” Alisya lantas berdiri dan melangkah pergi di ikuti Pengurus Anas dan orang-orangnya.
“Ish patutnya aku biarkan je dia mati lemas baru padan muka,” bebel Alisya geram. Kakinya di hentak kuat, kepalanya di ketuk beberapa kali.
Pengurus Anas hanya tersenyum melihat Cik Muda Alisya kemudian berundur bila gadis muda itu sudah selamat sampai di bilik hotel.
Alisya yang sudah siap menyalin pakaian terus baring di atas katil. Bibirnya di gigit menghilangkan rasa gundah gelananya. Bayangan di dalam lif dan juga di kolam bermain-main di matanya.
“Alisya!!!!” jerit Camelia membuatkan Alisya terus terduduk.
“Alisya ceritalah apa kejadian dekat lif tu?” Camelia sudah memegang tangan Alisya sambil menggoyangkan.
“Err.. tak ada apa-apa..” Alisya menjawab gugup sambil menggaru kepalanya kemudian ketawa kecil.
“Ala saya tahu ada apa-apa ni,” Camelia mendesak lagi. Alisya menguap beberapa kali.
“Errr ngantuknya, saya tidur dulu eah. Good ninght,” Alisya lantas membaringkan dirianya dan memejam matanya. Camelia sudah menarik muka masam.

…………………………………
“Takkan nak rahsiakan dekat kita orang kot?” Fakhry sudah menepuk bahu Adryan sambil menaikkan kening. Danial duduk di sofa sambil melunjurkan kakinya.
“Tak ada apa-apalah,” Adryan menjawab sambil tersenyum kecil. Fakhry mengerutkan dahinya.
“Mustahil tak ada apa-apa kalau tak kenapa sejak tadi kau tersengih lepas tu senyum sorang-sorang,” Fakhry masih lagi mencuba nasib mahu mengorek rahsia.
“Saja je aku nak senyum sorang-sorang,” balas Adryan selamba. Fakhry yang geram lantas membaling bantal ke wajah Adryan geram.
“Cakap kita ni macam adik beradik tapi rahsia makan sorang-sorang,” Fakhry sudah menggunakan tricknya. Danial yang mendengar sudah tersenyum kecil.
“Ishh..” Adryan merengus perlahan.
“Aku rasa Alisya sukakan aku,” Adryan sudah menaikkan jari telunjuknya ke kanan lepas tu ke kiri dengan sengihan.
Fakhry sudah memandang Danial meminta pendapat. Fakhry lantas ketawa besar mendengar luahan Adryan dan Danial hanya menanti bicara Adryan.
“Kau jangan nak buat lawak okey Adry,” Fakhry sudah menggeleng kepalanya.
“Ish.. cuba kau fikir baik-baik ada ke musuh nak selamatkan musuh dia macam apa si Alisya buatkan untuk aku tadi?” soal Adryan sambil menaikkan kening.
“Eah kan tadi dia cakap takkan nak tengok kau mati depan mata dia?” Fakhry menjawab pula. Adryan ketawa kecil.
“Tu cara dia nak lepaskan dirilah. Perempuan mana nak cakap depan-depan… malulah tu,” Adryan sudah menggoyangkan kepalanya ke kiri ke kanan.
“Lagi pun CPR tu kenapa tak minta korang buat tapi dia nak buat sebab tu kenangan dia nanti,” Adryan menyambung lagi .
“Budak ni betul-betullah. Rasanya kau punya otak ni boleh pakai juga eak?” Fakhry sudah ketawa.
“Of courselah kalau tak jangan lah namakan aku Tengku Adryan,” Adryan sudah berdiri mahu masuk ke bilik. Bibirnya menyanyi girang.
“Danial kau rasa macam mana?” soal Fakhry sambil tersenyum.
“Rasanya kita patut lihat dulukan apa lepas ni bakal terjadi,” Danial sudah memejamkan matanya.
“Tapi rasanya macam kelakar kalau dia orang tu betul-betul couple,” Fakhry menggelengkan kepalanya.
“Teori mamat tu boleh pakai jugalah,” Fakhry membebel lagi. Di lihat wajah Danial yang mendiamkan diri. Dengan geram bantal kecil di baling ke muka sahabatnya itu.
“Oww ni nak cari gaduh ke apa ni?” tingkah Danial sambil meletakkan bantal yang di baling di belakang kepala.
“Aku cakap kau tidur pula. Ish geramnya.. dahlah malas nak layan kau. Baik aku masuk dalam tidur tak pun chat dengan aweks,” Fakhry sudah melangkah masuk ke dalam bilik.
Danial melihat langkah Fakhry yang sudah masuk ke dalam bilik. Fikirannya menerawang kembali ke bicara Adryan kemudian dia menggeleng kepala.
“Just wait and see,” Danial lantas memejam matanya. Sekejap dirinya sudah tertidur di sofa panjang.









BAB 19

Alisya yang di dalam dewan memicit kepalanya perlahan. Kepalanya terasa pening-pening lalat. Sekejap-sekejap dirinya bersin.
“Alisya awak okey ke?” soal Camelia memandang Alisya di sebelahnya.
“Okey je,” lemah sahaja Alisya menjawab. Camelia menghulurkan tisu kepada Alisya.
“Ish awak ni nak demam kot,” Camelia lantas memberitahu dan Alisya menggeleng kepalanya tanda tak setuju. Lagi pun dirinya jarang sakit.
“Tak lah mungkin aircond ni kuat sangat kot.”
“Ish takkanlah sebab aircond. Awak ni nak buat kelakarlah.” Alisya yang mendengar sudah tersenyum kecil.
“Hah saya tahu ni mesti sebab awak selamatkan senior Adryan semalam. So awak kesejukan kot,” Camelia menggosok dagunya.
“Rasanya kot. Ish kenapa sejuk sangat dalam dewan ni,” bebel Alisya sambil menggosok lengannya.
“Ish saya nak keluar kejap taw amik (ambil) udara hangat,” Alisya lantas bangun dan menuju ke luar. Mata Alisya meneliti kemudian melangkah ke kerusi yang di sediakan di belah luar dewan. Alisya melabuhkan punggungnya dan matanya di tutup untuk merehatkan dirinya.
“Are you okey?” soal satu suara. Alisya mengangguk kepala tanpa mahu membuka matanya malas pula di rasakan.
Alisya terasa ada tangan di dahinya lantas matanya di buka. Terkejut melihat Adryan di hadapannya secara automatiknya dirinya berdiri.
“Eah apa ni,” Alisya menolak tubuh Adryan di hadapannya.
“Badan awak ni panas,” Alisya mengerut dahinya mendengar bicara lelaki itu. Langkahnya di undur ke belakang.
“Ish lain betullah, dahlah nak masuk dewan,” Alisya mahu mengatur langkah tetapi terhenti bila lengannya di tarik.
“Arghh.. ehh apa ni?” Alisya sudah meninggikan suara. Mamat ni memang suka buat aku hot lah.
“Awak demam ni Alisya. Nah pakai ni.” Adryan membuka sweathernya dan memberi kepada Alisya.
“Eahh tak payahlah dan tak payah nak buat baik dengan saya rasa lain macam betullah,” Alisya meningkah. Adryan mengecilkan matanya memandang wajah Alisya.
“Ish sarung ni, rasanya badan awak tak boleh lagi nak terima aircond dekat dewan tu,” Adryn lantas menyarungkan sweather di badan Alisya.
Alisya terkedu melihat lelaki itu menyarungkan sweather, di lihat lelaki itu menarik zip sehingga ke atas kemudian cap kepala di sweather yang berbulu di tarik menutup kepalanya. Kemudian lelaki itu ketawa kecil melihat dirinya.
“Ha..ha..ha.. nampak comel lah pula,” Adryan memandang wajah Alisya.
“Awak ni memang tak sesuai buat baik tahu,” bebel Alisya sambil menarik cap sweather dari kepalanya. Habis terburai rambutnya atas tindakan yang keras itu.
“Ish sini Adry tolong,” lantas lelaki itu menurunkan sedikit zip dan membetulkan cap sweather di belah belakang. Alisya berasa gugup bila kedudukan mereka hampir dan yang paling pelik perangai lelaki ini. Oh my Godness my heart will go on.
“Adry???” Alisya menyebut pelik sambil matanya mencari jawapan. Lelaki itu ketawa kecil sambil menonjol dahi Alisya.
“Alisya kalau suka cakap jelah. Adry tak kisah pun, lagi pun kita memang patut bersama lepas dua kejadian lepas,” jawapan dari Adryan membuatkan Alisya makin gugup.
“Uhh awak ni memang suka buat lawak. Suka???,” Alisya sudah ketawa kecil tapi tu ketawa perli. Adryan tersenyum memandang dirinya.
“Jangan nak perasan okey,” Alisya menjerit perlahan menyambung bicaranya.
“Ha..ha.. ha.. Adry tahu Alisya malu nak mengaku tapi tak apa. I understand it’s.” Alisya yang mendengar sudah tak tahu nak jawab apa lagi yang dia tahu mamat ni memang gila betullah.
Adryan membetulkan anak rambut Alisya yang serabut dari kesan tarikan tadi. Alisya memandang wajah Adryan yang dekat dengan dada berdebar. Tangannya lantas memegang dadanya yang berdebar itu.
“Erm baru betul sikit rambut ni. Rasanya kita sama-sama perlu bertanggungjawab macam yang Alisya nak tukan,” Adryan sudah memandang wajah Alisya di hadapannya.
“Ehem… amboi korang ni orang sibuk dengar ceramah dekat dalam korang main cintan pula eah.” Alisya lantas memandang kemudian menggeleng kepalanya.
“Bukan.. bukan macam tu.”
“Kenapa kalau kami main cintan kau jeles ke?” Adryan lantas memaut bahu Alisya rapat dengan dirinya.
“Tak delah. Kami rasa terharu kan Danial,” Fakhry memandang Danial di sebelah.
“Erm,” ringkas jawapan Danial. Kemudian Fakhry menangkap gambar Alisya dan Adryan dalam keadaan begitu.
“Dah jom masuk,” Adryan lantas menarik Alisya masuk ke dewan bersama dirinya. Adryan mengetatkan lagi kedudukan mereka walaupun Alisya cuba melepaskan dirinya.
Alisya yang sudah masuk ke dewan menundukkan mukanya sahaja. Tahu semua pelajar sedang memandangnya geram dan tak puas hati sekarang ni. Sebab utamanya adalah “Sweather Adryan”.
“Wahhh ni sweather senior Adryan kan?” soal Camelia dan Alisya mengangguk lemah.
“Erm baguslah nampaknya awak dengan senior Adryan dah makin rapat dan mungkin ke hubungan yang serius kan.” Alisya yang mendengar luahan Camelia lantas meletakkan kepalanya di atas meja.
“Lah kenapa ni?” soal Camelia laju.
“Awak.. saya rasa ni petanda tak baik tahu,” Alisya memandang wajah Camelia.
“Lah kenapa pula?” soal Camelia lagi.
“Uhh yang pertama adalah sebab senior kesayangan awak tu ingat saya suka dekat dia,” Camelia lantas ketawa kecil.
“Baguslah awak dengan senior Adryan lepas ni bersama mesti sweetkan,” Camelia menepuk bahu Alisya lembut.
“Masalah saya tak nak macam tu. Dan masalah yang kedua adalah peminat fanatik Boyz 3 lepas ni takkan lepaskan saya pasal sweather ni,” Alisya sudah memandang bagaikan meminta simpati. Camelia menggaru kepalanya.
“Ala senior akan melindungi awak punya, kalau tak percaya awak tengoklah nanti,” Camelia menaikkan ibu jarinya.
“Arghh tensionnya rasanya sayamemang dah demam betul-betul sekarang ni,” Alisya menyandar badan lemah sambil memejam matanya.
“Awak relax je eah,” Camelia membalas dan Alisya hanya mengangguk kepalanya sahaja.


p/s: komen please

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???