Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Wednesday 26 December 2012

Boyz 3 Vs Alisya Bab 40 & 41

Bab 40

 Adryan yang sudah balik ke bilik Boyz 3 mengamuk besar, semua barang di hadapan matanya di campak kasar. Adryan duduk di sofa dengan kasar kemudian merenung ke sesuatu arah. “Rasanya kita patut ambil penjelasan Alisya dulu,” Fakhry sudah menggenggam bahu Adryan memberikan pendapat. “Kau nampakkan semua tu tadi. Gambar tu tak menipu dan sekarang aku yang tertipu” Adryan membalas kasar. “Mungkin Alisya terperangkap,” sambung Fakhry dan Danial hanya mendiamkan diri berfikir. “Jangan cakap pasal perempuan tu lagi,” Adryan sudah meningkah. Fakhry memandang wajah Adryan dengan gelenggan. Adryan lantas menjerit dan melangkah masuk ke bilik dengan menghempas pintu kuat. Fakhry lantas memandang wajah Danial yang mendiamkan dirinya dari tadi. “Kenapa kau tak nasihat dia?” soal Fakhry. “Tak ada guna, dia tengah marah sangat tu,” balas Danial. “Dia suka buat keputusan tanpa berfikir dulu.” Fakhry menggaru kepalanya yang tak gatal. “Ish apa nak jadilah dengann dua orang ni…. Pening kepala aku,” sambung Fakhry lagi. “Argggghhhhh!!!!.” Fakhry dan Danial berpandangan bila mendengar jeritan itu. Lantas keduanya menggeleng kepala. “Emosi dia terganggu betul kali ni,” jelas Fakhry. Adryan mengajak Fakhry dan Danial bermain golf. Lantas keduanya mengikuti Adryan yang hampir seminggu berkeadaan seperti itu. Fakhry memandang Danial bila melihat pukulan bola dari Adryan yang kuat walaupun lubang dekat sahaja. Adryan memukul bola dengan kuat menghilangkan kegeramannya. Kemudia kayu golf di baling keras ke tanah. Fakhry lantas menghampiri Adryan dan memegang bahu lelaki itu. “Kau okey ke tak ni?” soal Fakhry mengambil berat. “Errrshh jangan sibuk,” balas Adryan kasar. Fakhry hanya mampu menggelengkan kepalanya. Danial dan Fakhry memukul bola dengan baik walaupun selama ini hanya Adryan yang sentiasa menjuarai bab bermain golf. Selesai bermain Fakhry dan Danial mengikuti langkah Adryan yang laju berjalan di depan. “Nak pergi makan dulu ke?” soal Fakhry kepada Danial. “Boleh juga,” balas Danial. “Adry….” Panggil Fakhry. Adryan lantas membuka kunci pintu kereta dan menghidupkan enjin. Fakhry hanya menggeleng melihat tingkah Adryan itu. Kemudian Adryan terus meluncurkan kereta dengan laju tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. “Rasanya dia dah makin teruklah,” Fakhry hanya memandang kereta Adryan yang hilang dari pandangannya. “Ermm… makin parah,” Danial pula menyambung. “Rasanya kita kena tolong kali ni kalau tak nak tengok sesiapa terkorban sia-sia,” Fakhry memandang wajah Danial meminta pendapat. Danial mengangguk kepalanya mengiakan. “Jom kita follow dia.” Lantas Danial dan Fakhry memandu kereta sendiri-sendiri sambil mencari kereta Adryan. …………………………………………. Alisya tidak menghiraukan makan dan minumnya lepas apa yang berlaku. Yang pentingkan mencari Zaihan untuk mendapat kebenarannya. Alisya cuba berbincang dengan Adryan tapi lelaki itu banyak mengelak dari menjumpai dirinya. Alisya memegang kepalanya mencari idea, rasanya kepalanya kalau di hentak dekat batu pun dah tak nak berfungsi lagi dah. Seminggu Adryan tidak mengendahkan dirinya, Alisya betul-betul rasa tertekan. Alisya berjalan mengikuti langkah kakinya, bila terlihat bilik muzik lantas dirinya melangkah masuk. Kelihatan seseorang sedang bermain piano dan Alisya asyik mendengar dan kakinya melangkah menghampiri. Danial memandang dirinya setelah mengahabiskan satu lagu, lantas Alisya tersedar. Senyuman di berikan dan dirinya berpusing mahu melangkah pergi. “Tak nak test power ke?” soal suara itu sambil menekan tone piano. Alisya memandang wajah itu dan Danial tersenyum memandang dirinya. Alisya menghampiri dan duduk di sebelah Danial. “Senior tak marahkan saya ke?” soal Alisya. “Rasanya patut dengar penjelasan Alisya juga,” Danial memandang wajah gadis itu. Alisya tersenyum kemudian bermain piano. “Kalaulah dia pun berfikiran macam senior,” Alisya lantas tersenyum kelat. “Dia tertekan dengan apa yang di lihat,” Danial lantas membalas. “Apa yang berlaku sebenarnya?” soal Danial terus bila melihat Alisya mendiamkan diri sambil merenung jauh. “Alisya tak tahu bila dia ambil gambar tu, yang Alisya tahu dia kena belasah dengan sekumpulan lelaki ni. Lepas Alisya tolong tu nak bawa Zaihan ke klinik tapi lepas masuk dalam kereta je Alisya di tekup dari belakang. Dan lepas tu sedar-sedar je Alisya dah dekat bilik asrama,” jelas Alisya sambil menggaru kepalanya. “Tak cuba cari Zaihan?” soal Danial. “Alisya dah cuba cari tapi masih tak jumpa lagi. Dia menghilangkan diri gitu je,” Alisya sudah mengeluh kasar. “Tak pe nanti Danial dengan Fakhry akan tolong Alisya. Rasanya Adryan ada peratus tinggi nak membunuh orang dengan situasinya sekarang ni,” Alisya lantas ketawa kecil mendengar bicara Danial itu. “Terima kasih senior,” ucap Alisya sambil tersenyum memandang wajah bersih lelaki itu. “Selalu cakap terima kasih.” Danial mengusap kepala Alisya lembut. “Tak sangka jadi macam ni,” Alisya mengesat air mata di tubir matanya. “Alisya relax je mesti segalanya akan terbongkar pada akhirnya,” Danial memberi semangat kepada Alisya. BAB 41 Sedang Alisya berjalan-jalan mengambil angin di depan laut Danga Bay. Matanya memandang alam ciptaan tuhan yang luas terbentang. Segalanya amat kusut sekarang. Alisya memandang pula kelibat manusia yang sedang berjalan-jalan. Alisya memandang satu kelibat yang di kenali bersama seorang perempuan kelihatan mesra. Alisya yang melihat kelibat Zaihan lantas mengejar laju. Bahu itu di tepuk dari belakang kasar. Lelaki itu cuba melarikan diri lantas Alisya menangkap lelaki itu menggunakan tenaganya. “Kita perlu berbincang,” tegas Alisya dan lelaki itu hanya tersenyum sinis lalu menolak dirinya. Alisya yang terlalu mahu mendengar segalanya terduduk bila di tolak kuat oleh lelaki itu. “Cik Muda tak ada apa-apa ke?” soal Pengurus Anas yang muncul membantu Alisya berdiri. “Tak, saya okey… Pengurus Anas tolong dapatkan lelaki tadi,” arah Alisya sambil menunding jarinya. Lantas Pengurus Anas mengangguk kepala dan mengarahkan orang-orangnya mendapatkan lelaki itu. “Cik Muda nak tunggu ni sini atau di rumah?” soal Pengurus Anas pula dan Alisya berfikir. “Di rumah,” balas Alisya terus. Alisya yang sudah sampai di rumah hanya menanti kelibat Zaihan yang memang di tunggu. Dia harus mendapatkan penjelasan dari lelaki itu. Hubungannya dengan Adryan rosak kerana lelaki itu. “Cik Muda… orang tu sudah ada di bawah,” Alisya lantas memandang wajah Pengurus Anas dengan senyuman dan kemudian melangkah turun. Alisya melihat wajah lelaki itu yang terkejut melihat dirinya di situ. Alisya hanya memandang dan mempersilakan lelaki itu duduk di kerusi yang tersedia di luar rumah. “Saya nak tahu segalanya yang berlaku….. saya keliru,” sapaan dari Alisya terus dan lelaki itu hanya ketawa kecil sinis. Alisya menanti penuh sabar melayan kerenah lelaki itu. “Kau rasa????” dolak dalih lelaki itu. “Saya tak tahu Zaihan……. Saya tak tahu niat awak. Tolong jelaskan kepada saya hari ni juga,” pinta Alisya. “Siapa yang nak lihat hubungan kau dan Adryan hancur selama ni?” soal Zaihan. Alisya sudah mula berfikir dan memandang wajah Zaihan dengan terkejut. Pengurus Anas yang mendengar hanya melihat wajah Cik Muda terkejut. “Jangan berteka-teki dengan saya.” “Dato Tengku Suhaimi…… bapa kepada Tengku Adryan sendiri yang menghantar aku untuk rosakkan hubungan korang,” lelaki itu sudah ketawa besar dan Alisya sudah memicit kepalanya yang berdenyut. “Cik Muda tak apa-apa ke?” soal Pengurus Anas kemudian Alisya menggeleng kepalanya. “Aku tak tahu kenapa Dato tu nak sangat hubungan korang hancur sampai membayar aku dengan harga yang tinggi. Nak di ikutkan nampaknya kau ni kayakan.” “Habis yang belasah Zaihan hari tu?” soal Alisya meminta pengertian. “Orang-orang Dato tu…. Semua tu hanya lakonan sahaja. Bila kau masuk ke dalam kereta dah ada orang yang menanti di dalam. Kami pengsankan kau lepas tu beberapa gambar aku tangkap supaya Adryan percaya yang kau ada hubungan dengan aku di belakang dia. Nampaknya segala berjalan dengan lancar sekali.” Panjang lebar penerangan lelaki itu dan Alisya hanya mengetap bibir menahan amarah. “Alisya….. kau terlalu baik sampai aku tak sampai hati untuk rosakkan macam yang di suruh oleh Dato tu.” Mendengar itu Alisya lantas memandang dengan wajah terkejut. “Kau terkejutkan….. tapi jangan risau hanya gambar-gambar je yang aku ambil nak buat bukti kita ada hubungan.” “Ya Allah….” Alisya sudah menangis kecil. “Nampaknya aku dah habis cerita semuanya di sini. Boleh aku pergi sekarang,” Zaihan sudah berdiri. “Nanti,” Alisya lantas memintas. “Pengurus Anas tolong hantar Zaihan ke rumah Adryan,” arah Alisya. “Saya nak minta awak ceritakan segalanya pada Adryan kalau tak saya akan buat laporan polis,” ugut Alisya dan lelaki itu memandang dengan wajah yang pucat. “Pengurus Anas pastikan dengar apa yang di ceritakan supaya tak bercanggah dengan yang di ceritakan. Lepas tu bagi dia Rm 10, 000 sebagai balasan,” arah Alisya tegas. “Baik Cik Muda,” Pengurus Anas menundukkan kepalanya. “Saya nak ke kolej sekarang juga. Pengurus Anas selesaikan masalah ni dulu okey, saya akan ke kolej dengan driver,” Alisya terus berdiri dan melangkah ke kereta yang tersidai di porch. Sampai di kolej Alisya melangkah masuk ke dalam sambil mengeluh. Alisya kembali ke asrama untuk mengambil buku ke kelas. Camelia sudah tersenyum memandang dirinya di depan pintu. “Awak okey ke Alisya?” soal Camelia dan hanya anggukan yang di berikan. “Okey je Cuma saya kecewa sangat kenapa Adryan tak nak percayakan saya,” ungkap Alisya perlahan. “Err saya tak tahu nak cakap macam mana tapi mungkin Senior Adryan keliru sebab balik je dari KL dengar semua cerita ni,” Camelia menepuk bahu Alisya. “Awak nak tahu Zack akan percayakan saya walau macam mana pun keadaannya sebab apa, awak nak tahu sebab kepercayaan tu penting dalam sesuatu perhubungan.” “Dah lah jangan pening-peningkan kepala lagi. Tak lama lagi semuanya akan terbongkar juga, kalau awak berada di pihak yang benar tak payah takut.” Mendengar itu membuatkan Alisya tersenyum manis. Ya segalanya akan terbongkar selepas ini Camelia. Alisya dan Camelia yang menuruni tangga untuk ke balkoni pejalan kaki sambil berborak. Tanpa di sedari Alisya di tolak dari belakang dan membuatkan dirinya jatuh dari tangga. “Alisya!!!!” jerit Camelia terkejut lantas berlari membantu Alisya. “Hah padan muka kau…. Sakit tak?” soal satu suara itu sambil bercekak pinggang. “Chiki apa ni….. awak tahu tak Alisya boleh cedera dengan tindakan awak tu,” marah Camelia. “Kau diam…. Semua keluar,” arah Chiki dan dalam sekelip mata Alisya dan Camelia di kerumuni oleh sekumpulan pelajar. “Korang… rasanya kita nak lepaskan ke orang yang dah sakitkan Boyz 3?” soal Chiki lantang. “Takkkkkk!!!!,” jerit semua di situ. Alisya memandang sekeliling. “Tarik perempuan tu ke tepi,” arah Nadea. Kemudian dua orang menarik Camelia ke tepi kemudian Chiki menghampari Alisya yang di kerumuni. “Ini balasan kau ambil senior Adryan dan sakitkan senior Adryan,” Alisya melihat perempuan itu menaikkan kening kemudian berundur. “Serang,” Chiki memberi arahan dan Alisya di simbah dengan air bewarna dalam beberapa baldi. Baju kurung Alisya yang bewarna putih habis bertukar warna. “Alisya!!!!!” jerit Camelia. Alisya lantas mengelap wajahnya yang basah di simbah air. Camelia sudah menangis melihat Alisya di buli sebegitu. “Aku memang benci kau sejak dari kau masuk sini lagi. Sedarlah diri tu sikit dahlah miskin ada hati nak dengan Adryan. Kalau aku yang kaya ni pun tak dapat apa lagi kau ni,” Chiki lantas menonjol kepala Alisya tanpa sempat Alisya menghalang. “Jangan ingat dah selesai…. Serang.” Kali ini Alisya di simbah dengan sebaldi tepung di atas kepalanya. Alisya lantas terbatuk-batuk bila tepung memasuki hidung dan mulutnya. Lantas Alisya terduduk bila matanya terasa pedih. Camelia lantas melepaskan pegangan dari dua orang yang mengawalnya. Tangannya mencari handphone di dalam beg lantas di dail nombor Fakhry. “Senior…senior di mana?” soal Camelia cemas bila panggilan di angkat. “Saya dekat rumah Adry… kenapa?” soal Fakhry pula. “Senior cepat datang kolej…… Alisya kena serang dengan mereka.” “Serang… mereka… siapa?” soal Fakhry satu persatu. “Errrrr peminat Boyz 3.. Cepat senior… cepat,” Camelia lantas menutup panggilan dan mendekati Alisya yang sedang terduduk itu. Muka Alisya di kesatkan. “Awak… awak okey tak ni?” soal Camelia dan Alisya hanya mengangguk kepalanya sahaja. Sambil mengibas bajunya yang kotor. “Apa yang korang semua buat ni?” tingkah Camelia keras. “Ish kau ni menyibuk betullah…. Memang nak kena juga budak ni. Baling….” Arah Chiki. Kemudian telur di baling ke arah mereka. Camelia yang berada di sebelah Alisya juga turut di kenakan. “Sebab kau kawan diakan dan kau pun sama busuk dengan perempuan tak guna ni,” Chiki sudah ketawa besar. “Leya pergi…. Biar saya tanggung sendiri,” Alisya menolak tubuh Camelia. Tapi gadis itu memeluk dirinya kuat. “Korang tuang air lagi.” Kali ini air sabun pula di simbah kepada mereka. “Ermm biar korang harum sikit.” Semua di situ sudah ketawa besar melihat keadaan mereka. “Berhenti!!!!!” jerit satu suara. “Alisya senior dah datang,” Camelia sudah tersenyum. Adryan yang datang dengan langkah lajunya lantas mencapai baldi air dan menyiram kepada pelajar yang berada berhampiran dengannya. Kemudian baldi tepung di tendangnya kuat sehingga terkena di kaki Chiki. “Alisya are you okey?” soal Adryan cemas sambil menilik keadaan wanita itu. Alisya cuba membuka matanya tapi sukar. Adryan melihat keadaan Alisya yang teruk di kenakan oleh mereka lantas mata helangnya meliar marah meneliti satu persatu wajah di situ. “Adryan…” panggil Alisya perlahan. “Erm… maaf…. Adryan minta maaf sebab tak percayakan Alisya,” Adryan lantas mengusap rambut Alisya. Kot di buka kemudian di sarung ke tubuh Alisya yang berbaju kurung putih dan nampak susuk badannya bila basah. Fakhry menghampiri Camelia yang terduduk di sebelah Alisya. Danial memandang setiap wajah yang menyerang kemudian memandang wajah Alisya. “Leya okey ke?” soal Fakhry dan Camelia mengangguk kepalanya. “Kau bawa Leya pergi bersihkan diri,” arah Danial. “Adry rasanya Alisya pun nak kena bersihkan diri sekarang,” Danial menepuk bahu Adryan. Lantas Adryan membantu Alisya berdiri dan membawa Alisya ke keretanya. Danial pula menyelesaikan masalah di situ. “Alisya boleh bertahankan?” soal Adryan cemas di dalam kereta yang di pandu drivernya. “Awak percayakan saya Adryan?” soal Alisya pula tanpa menjawab. “Jangan cakap lagi hal tu.” Adryan menguatkan lagi pelukan ke tubuh Alisya. “Awak percayakan saya ke tak Ryan?. Sampai hati awak,” soal Alisya lagi dengan nada yang di tekan. “Percaya… Adryan percayakan Alisya. Adryan minta maaf,” pinta lelaki itu dan Alisya lantas menangis kecil. “Awak patut percayakan saya dari awal lagi Adryan. Setiap perhubungan tu mesti di sertai kepercayaan oleh pasangan. Tindakan awak betul-betul buat saya rasa tak di hargai,” luah Alisya. “Adry minta maaf, I know I do a mistake. Please forgive me this time. Adry akan percayakan Alisya walau apa pun yang berlaku lepas ni,” luah Adryan sambil menggenggam jari jemari Alisya. * sowyyyy fieda trus masuk bab 40 dan 41... kalo nak bce bab sbelumnye sila ke penulisan2u... ni atas permintaan ramai tu yg fieda msukkan trus dkat sni... so sila komen ye.... hope bnyak komen untuk ke bab sterusnyer... tq kat pembce.. sowy atas mslah2 sblum ni ye...

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???