Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Wednesday, 13 April 2011

Boyz 3 Vs Alisya (2)


BAB 2

Keesokkannya Alisya sudah bersiap sedia mahu ke kelas, malasnya kalau di ikutkan tak ada maknanya dia mahu melangkah ke kolej yang pelik ni.
“Mak… ayah argh tensionnya,” bebel Alisya sendirian.
Sampai di ruang lobi yang besar Alisya mencari arah yang menunjuk ke arah kelasnya. Malas nak layan mata yang memandang dirinya lagi, suka hati mak tiri nenek akulah nak pakai baju ke apa ke. Kecoh argh dia orang ni main pandang-pandang pula.
“Boyz 3… Hahahah… Boyz 3,” jerit-jerit suara yang ada di situ. Alisya lantas melangkah ke arah yang berkumpul. Pelik noh macam jumpa artis je gayanya meh aku join sekaki kejap.
Tiga lelaki tampan, hot, macho melangkah masuk dari arah pintu. Sorang lelaki berjalan dahulu dengan sweather yang wow la…. memang nampak macho gaya rambut fuhhh macam korea tu. Yang dua lelaki di belakangnya juga sama kemeja yang di pakai siap dengan sweather, matanya tertancap satu wajah yang macam pernah ku lihat tapi di mana. Mulutnya di tutup dengan tangan ops bilik pelik semalam.
“Owh mamat tu team Boyz 3 ni rupanya. Gaya tak boleh nak blalah,” ucap Alisya perlahan.
Matanya di biaskan terhadap seorang gadis yang menghalang langkah team Boyz 3. Mata lelaki itu seperti helang memandang tajam ke arah gadis di hadapannya.
“Ni khas untuk senior Adryan,” ungkap gadis itu.
Hadiah yang berbalut di ambil oleh lelaki itu kemudian membaling ke lantai dan di pijak. Alisya yang melihat terkejut besar kenapa lelaki itu begitu biadap.
“Err teruknya berlagak je lebih,” Alisya membebel seoarang diri sambil mahu melangkah.
“Eeee aku yang tengok ni yang sakit hati memang berlagak tahap gaban. Ingat handsome tu boleh hancurkan hati orang sesuka hati je ke??.”
Alisya lantas melangkah masuk bila di lihat kelas yang sepatutnya di cari sudah di jumpai. Semua mata memandang dirinya, senyuman di berikan. Pelajar wanita memandang dirinya jijik yang lelaki pula tersenyum-senyum dan ada di antaranya memandang dirinya dari atas bawah. Ish nasib baik tempat baru kalau tak dah lama makan penumbuk sulung aku ni kang.
Alisya melangkah duduk di barisan belakang seorang gadis tersenyum melihat dirinya.
“Boleh saya duduk?” soal Alisya perlahan.
“Duduklah memang kosong pun,” jelas wanita cantik itu.
“Terima kasih,” Alisya lantas duduk sambil menghulurkan tangannya dan wanita itu mencapai.
“Saya Alisya.”
“Saya Camelia panggil je saya Leeya,” Alisya yang mendengar sudah tersenyum kecil.
“Awak baru daftar diri ke?” soal Camelia.
“Ha’ah semalam tu yang saya masuk kelas hari ni,” jelas Alisya.
“Awak dapat asmara no berapa?” soal Camelia.
“Erm 204.”
“Oww sebelah bilik saya jelah kalau macam tu, saya 205 taw nanti awak boleh datang bilik saya,” jelas Camelia.
“Insyaallah sempat saya datanglah nanti,” ramah Alisya menjawab.
Camelia mengenalkan seorang demi seorang di dalam kelas itu dan Alisya hanya menganggukkan kepalanya.
“So awak lah yang selamatkan Datin Hasnah?” soal Camelia dan Alisya hanya mengangguk kepalanya sahaja.
“Semua berlaku tanpa di sengajakan dan tak sangka pula sampai kena masuk Kolej ni,” jelas Alisya dengan senyuman kecil.
“Wah awak ni nampak lembut tapi ganas juga ye.”
“Kenapa pula saya ganas?” soal Alisya pelik.
“Yelah awak belasah lelaki-lelaki yang nak merompak Datin kiranya awak ni ganaslah juga.” Alisya ketawa manis.
“Ish awak ni saya tengah shopping masa tu dah saya nampak ada orang kena rompak saya tolonglah. Saya tak sangka pula yang saya tolong tu orang besar dah tu saya di tawarkan masuk kolej ni. Mulanya saya tak nak tapi mak dengan ayah angkat saya paksa masuk so saya terpaksa masuklah,” panjang lebar penerangan Alisya. Camelia terangguk-angguk.
“Jom,” tarik Camelia, Alisya mengerutkan dahinya pelik.
“Eah semua nak ke mana ni?” soal Alisya.
“Masa macam ni mereka semua ke kantin isi perut sambil memandang permandangan yang mendamaikan,” jelas Camelia.
“Mendamaikan?” Alisya sudah pelik. Langkah di ikut sahaja bila dah sampai kantin baru dirinya dapat tangkap. Boyz 3 tulah jawapannya semua ke kantin sebab ada Boyz 3. Oh my God all people in here are sick. Ada yang sanggup ambil gambar duduk memerhati sahaja.
“Parah semua patut masuk hospital sakit jiwa,” bebel Alisya sambil melangkah duduk di kerusi paling hujung sebab tak ada orang di situ semua sibuk nak lihat jejaka idaman malaysia ops salah jejaka idaman Iskandar High Collage only.
“Eah apa awak buat dekat sini tak nak tengok ke Boyz 3 tu?” soal Camelia.
“Saya tak minatlah tak apa awak pergilah saya makan dekat sini dulu ye,” jelas Alisya dan Camelia terus melangkah ke arah Boyz 3.
“Gila betul dari pandang baik makan lagi kenyang perut tapi agaknya mereka kenyang kot tengok hero mereka tu,” Alisya menaikkan bahunya tanda no komen for that answer.
Setelah Boyz 3 pergi barulah mereka melangkah mencari tempat duduk masing-masing dan berkumpul sibuk bercerita pengalaman yang baru di dapati.
“Hai baru lega nak makan lepas tengok hero tadi,” Camelia sudah mengambil tempat duduk di hadapannya. Alisya yang mendengar sudah ketawa kecil.
“Awak ni macam-macam lah ada sahajalah,” Alisya sudah menggeleng kepalanya. Lantas meneruskan suapannya dan Camelia tersengih-sengih.
“Awak nak tahu siapa anak kepada Datin tu tak?” Alisya mengangguk kepalanya.
“Adryan,” ringkas jawapan itu membuatkan Alisya tersedak.
“Ish awak ni sampai tersedak,” Camelia menghulurkan air lantas di sedut.
“Hah biar betul awak ni?” soal Alisya.
“Betullah kenapa ada masalah ke. Saya tengok sesuai dengan imej dia,” jelas Camelia.
“Really??.. I don’t thinks so, dia tu berlagak sangat. Uhh menyampah,” jelas Alisya.
“Shuuuu, slow sikit nanti peminat fanatik boyz 3 marah nanti,” jelas Camelia sambil jari telunjuk di bibirnya.
“Hah yang lelaki yang pakai sweather belah belakang tu nama dia Fakhry taw, dia tu playboy sikit tapi saya minat sikitlah dekat dia. Parents dia banyak buka hotel,” Alisya yang mendengar ketawa kecil melihat gelagat Camelia yang teruja menceritakan tentang Boyz 3 itu.
“Yang lagi sorang tu pula?” soal Alisya.
“Hah awak dah mula teruja eah?” soal Camelia.
“Tak lah saya nak dengar cerita awak sampai habislah, apalah awak ni,” sangkal Alisya. Camelia sudah ketawakan dirinya.
“Okey yang tu nama dia Danial taw family dia buka agensi guaman so dia pun ramai fan. Awak nak jadi fan dia ke?” soal Camelia mendapat ketawa dari Alisya.
“Tak delah saya tak berminatla. Awak ni jangan fikir bukan-bukanlah. Kelas dah habis jom kita balik asrama,” ajak Alisya mahu berehat.
“Jom tapi pukul 5 petang kita tururn balik tahu jangan lambat,” Camelia memberi arahan.
“Kenapa dengan pukul 5 kita nak ke mana?” soal Alisya pelik.
“Ni ambil angin petang sambil memandang permandangan yang mengasyikkan tahu. Jarang ada peluang macam ni,” Alisya sudah memegang kepalanya pening dengan si kawan barunya ini.
“Apa-apalah yang penting dalam kolej je kan so tak ada masalah,” Alisya menjawab sambil tersenyum manis.
“Awak nak tahu sesuatu tak?” soal Camelia dan Alisya menaikkan keningnya tanda di teruskan.
“Awak ni cantik sebenarnya tapi tersembunyi. Kalau awak solek ke dan selalu tersenyum mesti ramai terpikat. Lagi satu mungkin sebab pemakaian awak kot.Wajah awak pun putih bersih macam ada kacukan arablah awak ni,” jelas Camelia panjang jela.
“Wah awak tilik saya dari atas sampai bawah ye. Tak apa saya selesa macam ni juga kenapa awak malu ke nak kawan dengan saya?” soal Alisya.
“Ish awak ni tak adalah sebenarnya best lah kawan dengan awak ni banyak cakap. Lepas tu berbual pun seronoklah,” Camelia memegang kedua pipi Alisya sambil tersenyum.
“Pandailah awak ni nak amik (ambil) hati nampak,” Alisya pula memegang kedua belah pipi Camelia. Kedua mereka bergerak dan ketawa bersama.

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???