Thursday, 16 June 2011
Boyz 3 Vs Alisya (5)
BAB 5
Adryan yang di dalam bilik khas Boyz 3 hanya duduk mengetap bibirnya geram. First time dalam hidup di malukan oleh seseorang yang bernama wanita. Tangan di genggam geram.
“Woit relax la bro kelat sangat muka kau tu,” Fakhry sudah memerli sambil ketawa kecil di ikuti Danial.
“Diamlah kau, aku tengah bengang tahap gaban ni. Kurang asam betullah perempuan tu,” Adryan sudah memandang geram wajah Fakhry.
“Ala lerk lu tapi seronok argh tengok pompuan (perempuan) tu cari pasal dengan kau,” Fakhry menyakat lagi. Adryan membaling bantal kecil ke wajah Fakhry.
“Kau tu seronok aku ni sakit hati kau tak fikir,” Adryan meneguk air mineral di hadapannya. Terimbau wajah cantik yang bermulut agak celupar, arghhhh geramnya.
“Ala ni baru namanya game seronok, buku bertemu ruas,” Danial pula menjawab.
“Eah tapi minah tu comellah, yang peliknya tak pernah nampak pun sebelum ni?” soal Fakhry pelik sambil mengurut dagu bagaikan berfikir.
“Dia tu student barulah,” sampuk Danial. Serta merta dua pasang mata memandang wajah Danial pelik.
“Apasal korang tengok aku macam tu pula?” soal Danial pelik.
“Macam mana kau boleh tahu dia student baru?” soal Fakhry dan Adryan hanya mengangguk kepalanya tanda soalan itu juga bermukim di kepala otaknya saat ini.
“Dua hari lepas dia termasuk bilik ni so masa tu aku tanya dia,” balas Danial selamba.
“What dia masuk bilik ni?” soal Adryan kuat.
Fakhry sudah ketawa kuat melihat tingkah laku Adryan dan keberanian wanita itu melangkah masuk ke bilik khas mereka yang selama ini menjadi larangan student lain.
“Berani betullah perempuan tu tak pernah ada lagi yang berani masuk. Memang nak kena dengan aku ni,” Adryan merungut geram.
“Relax la dia kan student baru so dia sesat masa tu. Kau ni macam tak tahu je yang kolej ni besar,” Danial pula menyampuk.
“Cuitttt,” pangkah Fakhry.
“Hoiii ape kau ni cuit…cuitt,” bebel Adryan.
“Aku rasa aku dah dapat tangkap siapa minah ni,” Fakhry sudah tersenyum tampan.
“Siapa?” soal Adryan laju.
“Laju je kau ni nak tahu takkan dah minat dekat budak tu kot?” sakat Fakhry dan balasannya botol air terbang kena kepalanya.
“Woi lerk argh jangan ganas sangat kau ni macam tak tahu je yang wajah ni aset aku,” tingkah Fakhry geram.
“Ada aku kisah ke, cepatlah,” Adryan menyanggah.
“Ala kau ingat tak heboh-heboh nak masukkan budak yang selamatkan mum kau tu,” Adryan cuba menangkap maksud itu. Kemudian jari di petik bila sudah menangkap maksud itu.
“Maksud kau dia ni ke budak yang selamatkan mummy aku tu?” soal Adryan tanda tak percaya langsung lah wei.
“Yelah aduii kau ni lambat betullah.” Fakhry memerli Adryan diap di geleng kepalanya lagi. Apa nak jadilah kawan aku ni slow sangat.
“Tak mungkinlah,” sangkal Adryan.
“Kenapa kau cakap tak mungkin pula?” soal Danial.
“Takkanlah pompuan tu boleh lawan perompak kot?” soal Adryan pelik. Macam tak caya je tapi bila fikir-fikir balik macam boleh jadi juga. Kuatnya pukulan bola yang kena kepalanya sendiri tadi menunjukkan kekuatan gadis itu.
“Oww kau nak cakap pompuan secantik tu takkan ganas sangat eah?” perli Fakhry.
“Kau rasakan kau nak hilang tak kepala kau tu?” soal Adryan geram. Danial dan Fakhry tergelak kuat.
“La kau nak hilangkan kepala aku ni pehal pula. Tahulah kepala kau dah kena hempuk dengan bola yang perempuan tu smash. Taoyai bila fikir balik kelakarlah macam nak terurai isi perut aku ketawa ni,” bebel Fakhry dengan ketawa besarnya, Danial turut ikut ketawa.
“Kau orang berdua ni saja nak sakitkan hati aku ke. Tak tahu ke kepala aku dengan hati aku sekali terasa sakit taw. Buat malu aku je. Arghh geramnya aku dengan perempuan tadi tu. Siaplah dia kalau aku jumpa dia lagi. No chance anymore,” balas Adryam penuh dendam.
“Ala relax la tapi kau kena layan dia baik-baik sebab dah selamatkan mum kau,” Danial pula memberi pendapat.
“Uhh pompuan tu bukan aku nak layan baik tapi aku nak buat sampai dia keluar kolej ni kau tahu. Buat sakit hati je, kau tengoklah apa yang dia dah buat dekat aku tadi,” Adryan meluahkan rasa ketidak puasan hatinya.
“Tapi kau jangan lupa dia dah selamatkan mum kau tu,” Fakhry memperingatkan.
“Tu lainlah dan dia dah dapat masuk kolej ni kira tu balasan dia dekarang aku nak buat dia menderita pula berada di kolej ni,” Adryan tersenyum kecil.
“Wei kau ni,” Danial menyanggah.
“Any idea?” soal Adryan.
“Apa kata kau biarkan dulu aku rasa kita punya peminat dah bersiap sedia nak kenakan pompuan tu esok,” Fakhry sudah memberi idea.
“Aku pun terasa macam tulah,” Adryan ketawa besar bersama Fakhry. Danial menggeleng kepala dan tersenyum kecil melihat telatah temannya itu.
“Suka hati koranglah tapi ingat benci-benci lama-lama jatuh sayang taw,” Danial memeperingatkan sambil melangkah ke bilik air.
“Hah better kau hati-hati Adry,” peringat Fakhry dengan ketawa kecil.
“Apasal aku pula?” tingkah Adryan.
“Sebab kau yang berkemungkinan besar tengoklah kau kan benci pompuan tu sesangat,” Fakhry sudah ketawa besar. Adryan lantas menguatkan volume televisyen plasma malas mahu melayan ketawa si Fakhry yang menyakitkan hatinya.
“Marah ke?” sakat Fakhry lagi tak mahu kalah dengan Adryan.
“Diamlah kau ni saja nak buat aku marahlah ni,” Adryan membaling botol kosong di atas meja ke arah Fakhry yang sedang ketawakan dirinya.
“Alalalalal comelnya Adry marah. Ceh ingat jangan benci-benci nanti last-last tangkap cintan. Masa tu kita orang akan gelak gila-gila,” Fakhry memberi amarannya sambil menaikkan kening ke arah Danial yang hanya tersengih-sengih melihat gelagatnya.
“Sorry sikit not my taste!” tingkah Adryan laju.
“Sekarang bolehlah cakap not my taste nanti lama-lama ohhhh she my taste. Time tu baru sibuk nak kita orang tolong kau,” Fakhry masih menyakat tanda tak mahu kalah.
“Arghhh tension la kau ni,” Adryan lantas melangkah ke dalam bilik sambil memberi jelingan maut lagi taw. Fakhry dan Danial ketawa besar melihat gelagat Adrryan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment