Thursday, 23 June 2011
Boyz 3 Vs Alisya (6)
BAB 6
Alisya yang sedang menuju ke lokernya segera memasukkan kunci dan membuka pintu loker terkejut beruk bila melihat lokernya yang penuh dengan sampah sarap. Bibirnya di ketap geram.
“Memang nak cari pasal betullah semua orang dekat sini.” Bebel Alisya kemudian meniup anak rambutnya.
“Relax, cool Alisya buat tak de pape je,” Alisya memberi semangat kepada diri sendiri. Tiba-tiba dirinya di tarik dari belakang, terpusing dirinya. Empat perempuan seksi memandang ke arah dirinya.
“Yes boleh saya bantu?” soal Alisya lembut.
“Heiii you..” seorang perempuan menunding jari ke wajahnya segera di tepis.
“Please respect me okey,” pinta Alisya lembut sambil tersenyum. Empat perempuan itu memandang dirinya atas bawah dengan sinis sekali.
“Respect perempuan kampung yang tak sedar diri macam kau ni,” seorang lagi menjawab.
“Boleh saya tahu.. cik..cik…cik dan cik ni siapa?” soal Alisya sambil menunjuk ke arah satu persatu antara mereka dengan ibu jari.
“Ops lupa pula nak kenalkan diri kami. Okey geng gets ready please,” seorang memberikan arahan.
“I’m chiki as a leader for fan Boyz 3,” perempuan itu meletakkan tangannya di pinggangnya sambil badan di lentokkan.
“I’m Maria,” perempuan itu mengelip-kelipkan matanya macam masuk habuk dengan tersenyum manja. Eyakssss geli geliman taw.
“I’m Nadea,” perempuan itu pula menjuihkan bibir bagaikan mahu mencium sahaja gayanya.
“Ang the last I’m Rania,” perempuan itu membuat flying kiss.
Alisya yang melihat membesarkan matanya pelik sambil menggeleng kepala.
“So you team… aaaa.. aaa apa tadi chiku ye,” perli Alisya.
“Hei Chiki okey,” tingkah perempuan itu geram sambil matanya di besarkan.
“Oh.. okey Chiki ada apa masalahnya sekarang?” soal Alisya pula geram betullah tengok all pompuan gedikss plus tak cukup sifat ni depan mata. Aduh hot spicy betullah.
“Oh you semalam buat kami peminat Boyz 3 berduka cita so kami nak tuntut keadilan bagi our hero Boyz 3,” tingkah perempuan yang sebagai ketua itu.
Alisya ketawa kecil meliat gelagat mereka kemudian mengesat dahi bagaikan ada peluh je.
“Apa yang saya dah buat dekat hero you all semua tu.. dukacita??? Heii tak fahamlah,” tingkah Alisya geram sambil memandang wajah itu satu persatu.
“Dengar ni ye pompuan tak sedar diri. Bila kau sakitkan hati hero kami maksudnya kami juga sakit hati tahu. Itu bermakna kau kena berhadapan dengan kami,” tingkah perempuan yang bernama Maria pula.
“Ooww kes semalam ke?. Awak semua ni sensitif sangatlah, relax la tu gurau namanya,” Alisya sudah ketawa kecil.
“Hey apa kau kata gurau??? Itu membuatkan Boyz 3 sakit hati tahu,” tingkah si Nadea pula. Alisya hanya tersenyum manis.
“Itu antara saya dan Boyz 3 tak ada kena mengena dengan awak semua faham!!!,” Alisya menaikkan sedikit suaranya.
“Oh my god… you ni tak faham bahasa ke?” Rania sudah menolak tubuh Alisya geram.
“Apa ni main kasar, relax la. Saya tak nak cari gaduh so awak semua tak payah nak susah-susahkan diri masuk campur masalah saya dengan si siapa tu… ohhh Adryan okey,” Alisya memberi nasihat.
“Hey sesuka hati je kau sebut nama dia. Tolong respect panggil dia dengan Senior di hadapan okey,” si Chiki memberi amaran.
“What ever,” Alisya menolak ke tepi tubuh yang menghalang laluannya.
“Heii kami tak habis lagi lah,” suara-suara sumbang yang menjerit tidak di endahkan oleh Alisya. Malah lamabaian di berikan saja mahu bagi dia orang hot sikit.
“Bye.”
……………………………………
Alisya yang sudah masuk ke kelas memandang Camelia di sebelahnya dengan senyuman manis.
“Macam mana dengan perut awak dah rasa okey?” soal Alisya ambil berat.
“Errm sikit je kena semalam janganlah awak risau,” Camelia membalas perlahan. Keluhan di keluarkan.
“Hye kenapa awak mengeluh ni?” soal Alisya pelik.
“Uhh saya rasa geram pula lah. Saya dah mula bencikan Boyz 3 mereka tu berlagak betullah,” Alisya tersenyum mendengar luahan hati si Camelia itu.
“Hye awak cakap macam tu macam saya tak percaya pula. Peminat setia dah beralih arah nampaknya,” sakat Alisya.
“Ala awak ni janganlah macam tu. Saya kesian dekat awaklah Alisya,” mendengar itu membuatkan Alisya mengerut dahi.
“Kenapa pula awak kesian dekat saya pula?” soal Alisya laju.
“Yelah dah jadi musuh pada fans Boyz 3 tu,” jelas Camelia membuatkan Alisya ketawa kecil.
“Saya tak heran lah tak buat saya rasa apa-apa punlah dengan dia orang tu. Awak tak payahlah amik tahu. Tak ada maknanya,” Camelia yang mendengar sudah tersenyum.
“Betul ke awak tak kisah dengan apa yang mereka akan buat. Saya minta maaf sebab saya awak dalam susah okey,” Camelia memegang tangan Alisya.
“Tak adalah saya kentallah mereka takkan dapat buat apa-apa dekat saya so sekarang awak jangan risau okey,” Alisya dan Camelia ketawa kecil.
Melihat pensyarah yang sudah melangkah masuk membuatkan semua menjadi senyap bagaikan malaikat lalu. Semua menumpukan perhatian kepada apa yang di berikan oleh pensyarah. Hampir tiga jam habis barulah semua melangkah keluar.
Alisya dan Camelia melangkah ke asrama mahu tidur kerana kelas mereka lagi satu pada belah petang nanti. So masa yang ada mereka mahu melelapkan mata mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment