Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Monday 25 July 2011

Boyz 3 Vs Alisya (11) &(12)


BAB 11

“Macam mana dekat kolej tu okey tak?” soal ayah sebaik duduk di sofa. Alisya hanya memandang keluarganya dan keluhan di keluarkan.
“Hai siap ada keluhan lagi macam tak best je?” soal mak pula.
“Rasanya adik abang dah jadi bisu masuk kolej orang kaya ni ayah.. mak,” sakat Raihan pula.
“Ala jangan nak nak sakat-sakat time ni. Mak… ayah… abang kolej tu tak best dan pelik sangatlah,” bebel Alisya mengadu. Semua mata memandang wajahnya pelik.
“Apa yang peliknya?” soal serentak. Alisya sudah menggaru kepalanya yang tak gatal tu.
“Macam ni Alisya rasa tu bukan kolej untuk belajar tapi kolej untuk kelab peminat fanatiklah,” beritahu Alisya.
“Ish tak fahamlah mak ni di buatnya kamu Alisya,” Hasnah sudah membebel pula.
“Macam ni dia orang kat kolej tukan ada tubuhkan satu kelab peminat bagi team Boyz 3 so dia orang ni macam peminat tahap gaban la,” jelas Alisya dengan berianya.
“Ish adik ni siapa pula si Boyz 3 ni, cuba jelaskan dengan lebih terang,” pinta Raihan.
“Boyz 3 ni anak Datin yang adik selamatkan dan juga dua orang lagi rakan dia. Kalau abang nak tahukan mamat dalam team ni agak kepoyoan lah juga. Semua bajet hensem (handsome) konon,” tingkah Alisya dengan mengherotkan bibirnya.
“Masalahnya mereka tu handsome ke tak?” soal Murad pula. Alisya yang mendengar pertanyaan ayahnya mendongak bagaikan memikir jawapannya.
“Masalahnya dia orang tu hemsem sangat, macho, cool tapi …” belum sempat habis cakap seisi keluarganya sudah ketawakan dirinya.
“Ala kamu ni sendiri dah cakap handsome so patut pun ada peminat lagi pun kan dia anak pemilik kolej tu,” Murad memberi pendapat.
“Ala dengarlah dulu Alisya nak cakap apa ni.” Muka sudah bertukar mahu merajuk kononnya.
“Okey-okey teruskan cerita anda,” Raihan pula menyampuk.
“Masalahnya di orang tu kerek tahap dinosour lah, memang hot je kalau tengok.” Luah Alisya dengan wajah yang geram.
“Kalau nak tahu yang dua orang tu tak sangat tapi si anak Datin Zakiah tu memang rasa nak tibai je. Suka nak cari pasal dengan adik taw,” bebel Alisya panjang leber.
“Siapa namanya?” soal Hasnah pula saja nak ambil hati anak angkat kesayangannya itu.
“Adryan… err Tengku Adryan,” Alisya memberitahu.
“Dah sudah jom kita makan bagi hilang kamu punya geram tu ye,” Murad memaut bahu anak angkatnya itu sambil melangkah bersama ke arah dapur.
“Hah tulah makan lagi baik dari ingat mamat poyo tu. Kalau ayah nak tahu kalau makan ingat mamat tu terus mati selera tapi kalau bayangkan makanan tu dia rasa makin selera sebab macam makan dia je,” Alisya sudah ketawa manja. Yang lain sudah ketawa mendengar luahan itu.
“Kamu ni macam-macam lah, kira kamu minat dia lah sanggup makan dia,” sakat Murad membuatkan muncung Alisya muncul.
“Ala apa ni ayah ni yang hilang mood nak makan ni,” bebel Alisya saja mahu bermanja.
“Alalala merajuk pula anak ayah ni. Dah jom makan ish kamu ni makin kuat merajuk pula jadinya,” ketawa Murad memerhatikan gelagat anaknya itu.
………………………………………..

Alisya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu sambil menjamah buah potong yang di sediakan mak angkat tersayangnya. Walaupun dia mengetahui dia hanya anak angkat tapi dia sudah redha dan dia tidak mahu bertanya mana perginya kedua orang tuanya. Buat apa di tanya pada orang yang sudah membuang dirinya.
“Alisya mak nak cakap sikit ni,” mata Alisya yang pada mulanya hanya pada televisyen sudah memandang ke arah maknya itu.
“Nape (kenapa) mak?” soal Alisya.
“Macam mana kalau keluarga kamu yang sebenarnya tu nak jumpa kamu?” soalan yang di tanya membuatkan Alisya mengerutkan kening.
“Kenapa nak cakap macam tu pula?” soal Alisya pelik.
“Mak nak kamu tahu walau apa pun yang terjadi lepas ni kami semua sayang kamu tahu,” luahan Hasnah sambil mengesat tubir matanya. Alisya menghampiri maknya dan di peluk kuat.
“Walau apa pun yang terjadi keluarga ni tetap keluarga Alisya takkan ada keluarga lain selain keluarga ni mak,” luah Alisya.
“Jangan macam tu sayang. Kami keluarga yang di amanahkan menjaga kamu bila keluarga asal Alisya nak Alisya balik mak mesti serahkan semula,” Hasnah mengusap lembut rambut gadis comel di hadapannya itu. 20 tahun menjaga anak itu sudah membuatkan dia jatuh sayang dan menganggap itu sebagai anaknya apatah lagi dia tidak boleh mengandung selepas melahirkan Raihan.
“Kenapa mak cakap macam tu. Mak nak buang Alisya ke?” soal Alisya sambil memandang wajah itu.
“Tak sayang mak tak pernah nak buang Alisya tapi nanti bila keluarga Alisya minta kamu, mak terpaksa serahkan,” jelas orang tua itu lembut.
“Tak nak lah mak, cukuplah Alisya di samping keluarga ni je.”
“Mama dan papa Alisya tu kawan baik mak dan ayah sayang,” jelas Hasnah sedikit sebanyak.
“Alisya tak peduli bila mereka serahkan Alisya dekat orang lain bermaksud mereka dah buang Alisya dan sekarang nak tuntut Alisya. Mereka ingat Alisya ni patung ke?” luahan kesal Alisya geram.
“Jangan cakap macam tu sayang, mereka ada sebab yang tersendiri,” sangkah Hasnah tidak mahu anak itu memasang dendam terhadap kedua ibu bapanya yang terdesak atas ke hendak takdir.
“Sebab apa mak selama 20 tahun Alisya tak kenal siapa orang tua Alisya sendiri. Itu dah cukup membuktikan meraka tidak memerlukan Alisya sebagai anak mereka.”
“Sayang dengar cakap mak ni, kamu kena hormat orang tua kamu walau apa pun tahu. Mak tak nak kamu jadi anak derhaka, mereka ada sebab sendiri dan biarlah mereka yang menjelaskan nanti,” Hasnah memandang wajah itu bagaikan meminta di fahami kehendaknya.
“Alisya malas nak fikirlah mak. Kita tukar topik ye?” pinta Alisya sambil mengeluh. Hasnah mengangguk walau pun timbul kesal di hatinya.
“Mak… Alisya malas nak join pergi lawatan tulah mak,” Alisya memandang wajah tua di hadapannya.
“Lah kenapa pula ini peluang kamu sayang. Pergilah berjalan-jalan ambil angin tenangkan fikiran kamu tu,” Hasnah memberi pendapat.
“Banyak wang yang akan di gunakan lah mak… membazir je taw, dia orang anak orang kaya tak apalah,” luahan Alisya.
“Kamu pun ada wang juga, tu nanti kamu tengoklah bank islam tu ada berapa banyak ye. Ada bonus untuk kamu tahu, shoppinglah dekat sana jangan lupa ole-ole untuk mak, ayah dengan abang kamu sudah.” Hasnah mencuit lembut hidung anaknya itu.


BAB 12

Alisya yang baru menjejakkan kaki ke Kolej terkejut bila di sergah oleh seseorang dari belakang membuatkan beg yang di jinjing terlepas.
“Hoiiiii.”
“Ish, Leya awak ni nak buat saya jalan dulu ke?” Alisya sudah menepuk-nepuk bahu Camelia yang terkekek-kekek ketawakan dirinya.
“Ala itu pun nak terkejut. Saya geram tahu tak janji nak balik bila?” soal Camelia dengan jelingan manjanya.
“Ops sorrylah saya ada hallah. Keluarga saya tu sampai tak sampai hati pula nak tinggalkan.” Camelia yang mendengar alasan yang di berikan hanya menaikkan keningnya.
“Cuba cerita sedikit boleh?” soal Camelia. Alisya sudah menggosok bahunya sambil tersenyum.
“Ala awak ni kan saya dah balik ish banyak tanyalah. Nah tolong saya bawa beg ni berat taw,” bebel Alisya sambil tersenyum dan memulakan langkah. Camelia masih lagi memerhatikan lepas tu berlari mengejar si Alisya yang semakin menjauh.
“Suka main simpan-simpan rahsia, cakap kita kawan,” rungut Camelia tidak berpuas hati.
“Ala susahnya kawan dengan anak orang kaya ni manja sangat lepas tu kuat touching la,” balasan Alisya membuatkan cubitan hinggap di lengannya.
“Auuwwww.”
“Hah itu namanya balasan. Uwekss,” Camelia berlari sambil di kejar oleh Alisya yang geram.
Alisya yang sdah berhenti berlari ketawa kecil melihat perangai Camelia. Anak orang kaya yang manja tapi dia berasa seronok berkawan dengan Camelia tidak seperti anak orang kaya lain yang sombong sangat.
Alisya sebenarnya tiada hal di rumah hanya terasa rindu jadi rasanya tiada masalah untuk dirinya ponteng sehari. Alisya menaiki lif untuk ke bilik asramanya, di lihat Camelia sudah menunggu di hadapan pintu sambil bercekak pinggang.
“Ala awak ni lambat lah dekat satu jam saya tunggu awak taw.” Rungut Camelia dengan menjeling manja. Alisya hanya tersengih sahaja.
“Banyak lah awak punya satu jam, lima minit pun tak sampat,” Alisya menyakat dan Camelia ketawa kecil.
Alisya yang sudah masuk di ikuti oleh Camelia di belakangnya. Belum Alisya duduk di atas katil, Camelia sudah menerbangkan dirinya ke atas katil milik Alisya.
“Sebab awak buli saya so saya rembat dulu katil awak ni.”
Alisya yang mendengar ungkapan Camelia hanya menggeleng kepalanya sahaja sambil mula menyusun baju-bajunya. Esok adalah hari untuk mereka mula lawatan yang pertama. Alisya mahu segalanya siap tanpa ada barang yang tertinggal.
Camelia yang duduk di atas katil membebel cerita yang macam-macam kepada Alisya yang sedang mengemas barang. Sekejap-sekejap suara mereka mengilai, lepas tu jeritan kecil. Camelia menceritakan harinya yang di lalui tanpa Alisya sepanjang dua hari.
Alisya menjadi peneman setia mendengar “rungutan” dari mulut Camelia yang macam bertih jagung. Dia seronok mendengar bebelan temannya itu.
“Eah saya ni dah banyak cakaplah sejak kenal awak. Ahahak tapi tak dapat lawan mulut machine gun awak taw Alisya,” Camelia sudah ketawa dengan bicaranya.
“Hai macam nak kutuk saya je bunyinya,” Alisya sudah menajamkan matanya memandang wajah Camelia.
“Awak rasa?”
“Saya terasa macam iyew la.”
“Hah iye lah tu. Jangan marah just joke okey,” Alisya yang mendengar sudah menaikkan bibirnya.
“Uhh nak marah tapi susah sebab nanti awak tu sekejap je buat drama air mata,” Alisya memerli temannya.
“Wah…wah..wah kutuk nampak.”
“Biase bro.” Alisya yang tidak bersiap sedia sudah di geletek oleh Camelia yang geram.
“Eah awak dah tengah malam lah, janganlah,” Alisya cuba memberhentikan tingkah Camelia.
“Taw geli buatlah lagi.” Camelia memandang jam di tangannya kemudian dia membesarkan matanya. Alisya sudah memandang pelik.
“Kenapa?” soal Alisya terus.
“Bukan tengah malam tapi pagi dah.” Alisya yang terkejut bicara Camelia terus memandang jam di tangannya.
“Ya Allah dah pukul empat pagi dah. Awak lah ni asyik membebel sampai tak perasan dah pukul berapa,” Alisya sudah merungut. Camelia hanya tersengih kecil mengerti perlian si sahabatnya itu.
“Awak pun layan saya membebel siapa suruh kan dah pagi.” Camelia mencapai bantal dan membaling di muka comel milik Alisya.
“Aduh.”
“Uhh saya nak pergi tidur kalau tak nanti esok tak bangun naya kita tahu tak,” Camelia sudah mahu melangkah pergi. Alisya hanya melambai tangannya kerana dirinya sudah terasa letih pula kerana tidak berehat. Bahunya di urut perlahan. Baring sahaja kepala di bantal terus matanya tertutup.

……………………………

Alisya yang tersedar pagi lantas membuka matanya di lihat jam sudah menunjuk pukul 6.30 pagi lantas dia bangun menuju ke bilik air mahu mandi dan menunaikan ibadat fardu. Seusai itu dia mula bersiap-siap.
Kain yang bertingkat labuh di gabungkan dengan baju jenis berkain kait di pandang dengan senyuman. Siap simple je sudah, kemudian rambut lepas paras bawah bahu di sisir kemudian skraf di pakai agar rambut lebih tersusun.
Di lihat jam menunjukkan pukul 8 pagi barulah dia bergerak ke bilik Camelia yang tidak memunculkan diri sedari tadi lagi dia menanti. Pintu bilik Camelia di buka dan matanya membulat besar terkejut melihat si Camelia yang masih tidur di atas katil.
Segera langkah di lajukan sambil menggoyangkan badan sahabatnya itu. Agak gabra jugalah bas nak gerak pukul 8.30 pagi. Si Camelia ni kalau mandi mahu makan satu jam.
“Leya bangun lah… Camelia.. oh leya,” tubuh itu yang mulanya bergerak diam kembali.
“Leya … awak bangunlah,” mata Camelia pada mulanya terbuka kemudian tertutup kembali.
“Camelia!!!,” suara di tinggikan lagi sambil menepuk badannya. Barulah mata itu terbuka luas.
“Apa awak ni kacau jelah saya tidur,” bebel Camelia dan Alisya hanya tersenyum dan menunjukkan jam yang tergantung di dinding.
“Dah pukul 8 pagi dan bas akan bergerak pada pukul 8.30 pagi dan sekarang awak masih di atas katil dan tanpa mandi dan berkemungkinan besar kita akan tertinggal bas,” Alisya menggunakan banyak perkataan “dan” uhh ada aku kisah biarlah bahasa aku.
“Haaaaahhhhh,” jerit Camelia kuat dan Alisya menutup telinganya yang bingit dengan tapak tangan.
“Kenapa awak tak kejut saya dari tadi,” kelam kabut si Camelia melangkah ke bilik air dan Alisya menggeleng kepalanya.
“Camelia… Camelia..,” Alisya hanya mampu mengeluh.
Tak sampai sepuluh minit si Camelia sudah keluar dari bilik air dan Alisya mengerutkan dahinya pelik.
“Cepatnya awak mandi Leya?” soal Alisya dan Camelia hanya mampu tersengih.
“Urgent ni namanya nanti dah sampai saya mandi lah lama-lama,” Alisya yang mendengar sudah ketawa terkekek-kekek.
“Macam-macamlah aduhaii.”
Camelia yang sudah menempel bedak dan make up segera memakai skraf rambut dan menarik si Alisya berlari agar mereka tidak tertinggal bas.
Sampai sahaja di sana Alisya dan Camelia sudah tercungap-cungap kepenatan. Alisya mengurut dadanya yang terasa berombak kuat. Mereka mahu melangkah ke bas yang di belakang dan mereka di hadanga oleh Si Chiku… opss Chiki gediks.
“Sory girl.. Full booking,” jari telunjuknya di tayangkan di hadapan muka keduanya. Alisya hanya menggeleng kepalanya sahaja.
“Ohh tak apalah bas depan lah,” Camelia sudah menarik tangan Alisya. Baru je mereka nak naik mereka di hadang oleh si Nadea team Chiki.
“Lah kenapa pula ni,” tingkah Camelia geram.
“Fullah tapi ada satu je kosong. Kalau you Camelia nak naik bolehlah tapi minah kampung ni tak bolehlah.” Si Nadea sudah menahan tangan di pintu.
“Tak apalah kalau gitu. Apa kata Leya naik jelah saya tak pergi pun tak kisah,” Camelia sudah tersenyum. Lagi bagus taklah sakit hati kalau pergi pun, bisik hati Alisya.
“Tak naklah saya nak pergi dengan awak. Tak apa jom jumpa Puan Dahlia kat sana tu,” si Camelia segera pergi mengadu.
Puan Dahlia menaiki kedua bas untuk melihat setelah memastikan kedua bas penuh segera dia melangkah ke bas di belah hadapan. Hampir sepuluh minit baru di lihat kelibat Puan Dahlia menuju ke arah mereka.
“Kamu boleh naik bas di belah hadapan tapi pastikan taw kamu tak buat masalah,” peringat Puan Dahlia dan Camelia mengangguk.
“Kenapa tak boleh buat masalah?” soal Alisya berbisik.
“Tu bas yang tak boleh share dengan orang lain,” bisik Camelia juga menjawab.
“Uhh ada ke bas yang tak boleh share dengan orang?” soal Alisya lagi.
“Adalah nanti awak dah naik baru tahu sebabnya so just wait and see,” Camelia sudah mengenyit mata dan Alisya mengerut dahi.
“Cepatlah jangan buat dia orang marah nanti tak pasal-pasal tak bagi tumpang pula,” tegas Camelia.
“Ish macam orang besar lah pula padahal budak kolej juga.” Bebelan Alisya mendapat ketawa dari Camelia tapi langkah kaki diteruskan jua.
Awak ni membebel je. Jom nanti awak tahulah kenapa sebabnya,” Camelia mendahului langkah Alisya.
Alisya segera mengangkat beg dan bergerak pergi mengikuti langkah Camelia yang mendahului dirinya itu.

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???