Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Monday 25 July 2011

Boyz 3 Vs Alisya (13)


BAB 13

Alisya yang melihat Camelia sudah menaiki bas lantas menyimpan beg di tempat simpan beg di belah bawah. Dia kemudian naik ke tangga bas, matanya yang melihat handphone di tangan yang baru menerima mesej.
“Uhhh nampaknya harimau yang tumpang kita,” satu suara itu membuatkan Alisya memandang ke arah suara itu terus.
“Ini… err bas Boyz 3?” soal Alisya pelik memandang wajah Camelia di sisinya.
“Erm.. ni bas khas si senior Adryan dan jarang orang boleh naik kecuali mereka bertiga. Kira kita ni bernasib baik,” ungkapan bisik Camelia membuatkan Alisya membesarkan matanya.
“Ini bukan nasib baik tapi bala awak tahu tak,” bisik Alisya sambil menggaru kepala.
Adryan tersenyum sambil berdiri melangkah menghampiri musuhnya itu. Wajahnya di dekatkan ke wajah Alisya.
“Nampaknya terpaksa menumpang so nak tumpang kami ni ada syaratnya,” Alisya memandang wajah ‘jahat’ Adryan. Kening di naikkan tanda macam tak takutlah.
“Mesti mengucapkan terima kasih setiap kali sampai tempat berhenti,” sakat Adryan.
“Uhh,” dengus Alisya sambil menjeling dan menyilangkan tangannya di dada.
“Penumpang harus mengikuti arahan okey, jangan biadap sangat,” Adryan memerli.
“Nampanya musuh terpaksa beralah sebab last-last ternampak makan budi juga,” Alisya yang geram lantas menolak tubuh Adryan ke tepi.
“Dengar ni saya terpaksa okey so tolong jangan nak buat darah saya mendidih,” tingkah Alisya geram sambil mengeluh keras. Adryan tersenyum perli.
“Huh kenapa darah dah mendidih nampaknya masa aku dah sampai untuk kenakan kau,” bisik Adryan.
“Okey langkah pertama sila say good morning kepada kami semua,” arah Adryan. Alisya membesarkan matanya macam tak percaya.
“Erm memandangkan kau orang baru sila lihat Camelia ni buat dulu okey.” Arah Adryan lantas mengambil tempat.
Camelia dengan rela hati pula tu membuat apa yang di suruh.
“Good Morning senior Adryan, senior Fakhry and senior Danial,” lembut sahaja bicara Camelia dan kemudian Adryan menunjukkan tanda pass.
“Turn of you tiger,” sakat Adryan dan Fakhry tersenyum-senyum manakala Danial hanya memandang sahaja.
“Good morning Senior Adryan,” tingkah Alisya geram kuat macam jerit je.
“Good morning senior Fakhry, senior Danial,” lembut sahaja bila menyebut yang itu. First tadi tu je nak kena tengking.
“Nampak macam tak pass tapi okeylah junior baru. Perbaiki lagi okey girl,” Adryan ketawa besar.
Alisya yang geram melangkah masuk kemudian berhenti tepat di hadapan musuh ketat. Senyuman di berikan kemudian kaki Adryan yang terlunjur keluar di pijak kuat sehingga menjerit kuat lelaki itu.
“Watch up okey,” Alisya memberi amaran. Si Adryan memang dah tahap tak puas hatilah bila kena attack dari Alisya.
Fakhry dan Danial sudah ketawa melihat Adryan di balas balik. Camelia terkejut besar melihat keberanian Alisya yang mengenakan Adryan.
“Memang game ni best betullah, takdir ni memang menarik betullah,” Fakhy sudah berbicara kecil. Danial ketawa mendengar ungkapan itu.
“Huh tak sabar nak pergi bercuti dekat hotel five star kau tu,” Danial sudah berbicara dan Fakhry hanya menggoyangkan jari telunjuknya tanda tidak.
“Belum lagi bro, lerk lu kemenangan belum lagi jadi milik kau,” Fakhry dengan confident menjawab dan Danial hanya ketawa.
“Jangan confident sangat bro cuba kau tengok apa yang terjadi tadi.”
Alisya segera mengambil tempat duduk di belakang Camelia. Hanya memberi senyuman kepada temannya itu. Matanya di liarkan ke dalam bas di lihat bas ni memang khas punya bas. Seat depan tersusun seperti biasa manakala belah belakang di lihat ada meja dan juga kerusi yang tersusun di sekitarnya. Di dalam bas juga tersedia peti ais.
“Awak ni berani betullah Alisya nanti senior marah kang.” Mendengar rungutan Camelia, Alisya hanya tersenyum.
“Huh jangan ingat dia senang-senang nak buli saya taw. Saya memang tak boleh diam je,” rungut Alisya kemudian mengeluar komik dari beg silangnya itu.
“Awak… awak lepas tu tak habis-habis komik dia tu.”
“Asyik membebel je awak ni. Ni kan nyawa saya,” Alisya mencuit hidung Camelia. Matanya menangkap mata helang Adryan memandang dirinya tidak puas hati lantas di naikkan penumbuknya sambil menjeling.
Camelia memandang permandangan luar dan Alisya mentelaah komik di tangannya. Danial pula tidur, si Fakhry sibuk dengan online dan Adryan pula duduk sambil membaca majalah di tangannya.
“Awak nak tahu something tak?” soal Camelia tiba-tiba.
“Apa dia?” soal Alisya kembali.
“Minat awak dengan senior Adryan tu samalah membaca di masa lapang,” Camelia ketawa bila Alisya menaikkan penumbuknya.
“Okey-okey saja je nak bagi tahu sambunglah baca balik.” Alisya memerhatikan Adryan yang sedang khusyuk membaca majalah. Mungkinlah sama tapi mereka memang tak sebulu untuk berbaik.
Matanya di pandang ke arah Danial yang sedang tidur perlahan bibirnya mengukir senyuman. Lelaki itu menyenangkan matanya memandang, adakah dirinya meminati Danial???. Alisya berfikir sendiri kemudian menggelengkan kepalanya.
“Tak boleh dia hanya senior or kawan je tak boleh lebih dari tu,” bicara Alisya di dalam hati. Matanya di arahkan semula ke komik.
Alisya mahu mengambil beg di rak belah atas kepalanya segera dia bangun mahu mencapai selendang di dalam beg kerana kesejukan aircond sudah mula terasa. Keseimbangannya tergugat bila bas berhenti tiba-tiba……
“Arghh..” jerit Alisya kecil di sangka tubuhnya jatuh ke lantai pelik bila tiada terasa kesakitan. Matanya yang terpejam lantas terbuka bila bau perfume seseorang menerjah hidungnya.
Terkejut tahap beruk juga bila di lihat Adryan sedang memeluk dirinya. Pinggangnya di peluk dan tangannya di dada milik lelaki itu… ohh no….. Lama mereka dalam keadaan itu tetapi tersedar bila terasa ada cahaya yang datang tiba-tiba.
Alisya segera menolak tubuh itu menjauhinya dan memandang Fakhry yang sedang tersenyum sambil memegang kamera digitalnya. Berang Alisya di lepaskan kepada Adryan.
“Awak ni nak ambil kesempatan ke?” tingkahnya geram.
“Kau ni memang tak sedar di untung taw, aku punya baik tolong kau tahu,” marah Adryan suara sama level dengan minah kerek tu.
“Suka hatilah saya nak jatuh ke apa tak perlu nak buat baik sangat faham,” Alisya meningkah geram lagi.
“Heii minah kau ni kan.. ish geramnya aku,”
“Apa… apa awak ni memang suka amibil kesempatankan.”
“Sorry okey you not my taste!,” tingkah Adryan.
“Lelaki cakap je macam tu tapi dalam hati lain,” Alisya membalas geram.
“Uhh kau ni memang poyolah minah. Bukan nak terima kasih ke apa, susah betul jumpa manusia spesis kau ni,” Adryan sudah mendekatkan wajahnya. Merah padam wajah keduanya.
“Saya lagi tak pasti manusia spesis apa awak ni yang agak berlagak bagus tahu. Tengok muka awak je dah buat orang rasa muak tahu. Uhh kenapalah wujud manusia macam ni!!,” jerit Alisya geram kemudian kembali duduk dan lupa mahu mengambil selendang. Matanya di pejam mengawal kemarahan.
“Gila betullah minah ni. Jangan harap aku nak tolong lagi lepas ni,” Adryan meningkah marah kemudian ke peti ais dan di capai air tin serta duduk di kerusi yang tersedia meja. Kepalanya di geleng kesal dengan sikap Alisya.
“Kalau aku tahu biar je minah kerek tu jatuh tergolek-golek macam nangka busuk,” bebel Adryan geram.
“Ish dada aku kenapa pula nak berdegup laju sangat.” Sambung Adryan lagi. Haruman Alisya melekat di bajunya tapi dia amat selesa dengan itu.
Alisya yang memejamkan matanya menahan rasa mendidih plus dengan dengup jantungnya itu. Kedudukan rapat tadi membuatkan jiwa wanitanya sedikit goyah. Uhh bahaya betul dia tu musuh aku.. please my heart .
“Tapi tak patut aku marah dia sebab dah tolong aku tadi.” Ucap hati Alisya perlahan. Tanpa sedar dirinya tertidur sambil memeluk tubuh yang ke dinginan.

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???