Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Monday 25 July 2011

Boyz 3 Vs Alisya (14)


BAB 14

“Awak bangun… ohh awak bangunlah,” Alisya memisatkan matanya bila terdengar suara memanggil namanya.
“Ermmm..”
“Awak kita dah berhenti rehat ni jom turun,” Camelia memberitahu bila melihat Alisya yang masih mamai.
“Kat mana ni?” soal Alisya terus.
“Ohh dekat kawasan rehat Pagoh.” Alisya mengangguk kepalanya bila mendapat jawapan. Di lihat Adryan dan Danial yang sedang tidur di kejut oleh Fakhry.
Alisya segera membetulkan beg silangnya dan bergerak turun dari bas yang terasa memang sejuk itu. Camelia di nantikan dengan sabar.
“Uhh makan laparnya,” Camelia yang sedang turun memaut lengan Alisya.
“Sejuknya tangan awak,” Alisya mengangguk kepalanya sambil menggosok-gosok tangannya.
“Sejuklah nasib baik rehat boleh ambil udara hangat sikit.”
“Jom laparnya,” Camelia mengurut perutnya. Alisya ketawa kecil.
“Uhh kembali panas aku… geram betullah.” Rungut suara itu tdak di endah oleh Alisya. Bas yang baru sampai menarik perhatian. Di lihat peminat fanati Boyz 3 turun sambil mendekati.
“Peminat gila dan orang gila,” bebel Alisya sambil bergerak pergi menarik tangan Camelia.
Sedang duduk sambil makan di lihat Boyz 3 datang sambil memandang mereka. Si Camelia ni dengan mulia pergi panggil duduk semeja nasib baik niat baik tu di tolak baik oleh Fakhry.
“Awak ni dah tahu saya tak ngam sangat janganlah baik nak menjemput duduk semeja,” rungut Alisya geram.
“Ala awak ni.. suka gaduhlah tadi pun awak tu emosi sangatlah,” Camelia memberi pendapatnya.
“Uhh dengan Adryan poyo tu memang patut saya emosi hot taw dengan dia tu kerek tahap gaban. Peminat fanatik dia tu pandang dari segi apa pun saya tak tahu,” bebel Alisya sambil memandang wajah Camelia bagaikan meminta jawapan.
“Erm macam-macam segi for example is….. macho… kacak… hot… smart.. apa lagi eak.. kaya.. cukup lelaki idaman tahu.” Alisya yang mendengar membuat gaya mahu menjolok tekak dan muntah.
“Nak dengar pendapat saya?” soal Alisya pula dan menerima anggukan laju dari temannya.
“Dia tu lelaki yang poyo, berlagak, kerek, bajet bagus sangat tak sedar guna pun harta mak bapak dia. Lagi satu saya tak suka bila dia hina orang sesuka hati.” Laju je kutukan dari Alisya. Bila melihat Camelia mahu menyampuk segera di potong.
“Opss belum habis lagi, contoh hinaan dia tu memijak barang yang orang bagi. Agak-agaklah jangan menghina macam tu setiap manusia ada hati dan perasaan taw. Memang saya akui dia ada rupa yang kacak, macho, hot macam awak cakap. Dia memenuhi kateria lelaki idaman macam awak cakap tapi perangai dia tu buat saya tak boleh tahan tahu.” Panjang lebar rungutan Alisya.
“Awak ni bencikan senior betul-betul sampai perhatikan dia betul-betul eak,” perli Camelia.
“Saya ni buka perhatikan dia betul-betul tapi berdasarkan apa yang saya lihatlah,” Alisya meningkah geram.
“Malas nak layan awaklah beli makanan ringan lagi baik,” Alisya saja mahu merajuk sambil bangun bila melihat Camelia masih mengetawakan dirinya.
“Ish kuat merajuk betullah awak ni. Sorrylah okey jom pergi beli makanan ringan sikit,” Camelia menarik tangan Alisya ke kedai di sebelah hujung.
“Memanglah merajuk awak tu perli-perli saya,” rungut Alisya.
Alisya dan Camelia memborong makanan ringan untuk perjalanan nanti kerana lepas ini mereka akan terus ke hotel. Sedang mereka menuju ke bas sambil berbual mereka di halang oleh empat lelaki tegap yang memakai kot hitam.
“Awak punya bodyguard ke Leya?” soal Alisya terus seakan berbisik.
“Eah taklah mana saya ada bodyguard,” balas Camelia cuak.
“Ye encik boleh kami bantu?” soal Alisya terus sopan je tanya. Yelah takkan nak cari gaduh. Matanya memerhatikan lencana yang berwarna biru di kot yang di pakai.
“Cik Nur Alisya,” seorang lelaki itu menanya sambil memandang dirinya.
“Ye saya ada apa yang boleh saya bantu?” soal Alisya terus. Empat lelaki tegap itu menundukkan sedikit kepala kemudian berdiri tegak.
“Kami di minta membawa Cik Alisya ke sesuatu tempat.”
“Maaf saya tak ikut sesiapa yang saya tak kenal dan tak tahu tujuannya,” ringkas jawapan yang di beri dan melangkah pergi sambil menarik tangan Camelia.
“Maaf Cik Alisya ini arahan dari Tan Sri,” ringkas jawapan itu.
“Tan sri… maaflah saya tak kenal mana-mana Tan Sri. Jangan ganggu saya,” pinta Alisya perlahan dan meneruskan langkahnya.
“Maaf Cik Alisya kami menurut perintah untuk membawa cik,” empat lelaki itu menghadang dirinya dan Camelia.
“Encik berempat ni kenapa nak paksa saya pula,” tingkah Alisya geram. Student kolej sudah memandang dirinya dan berbisik sesama sendiri.
Di lihat Adryan, Danial dan Fakhry melalui mereka dengan wajah selamba sahaja. Tiada niat mahu melihat seperti student lain.
“Saya tak ada masa ni nak kena pergi dulu maaf.” Alisya yang baru menggerakkan langkah sudah di kepung. Camelia sudah pucat ketakutan, Alisya makin bertambah geram.
“Leya.. awak bawak barang saya ni naik dulu,” arah Alisya.
“Tapi awak?” soal Camelia ketakutan.
“Jangan takut saya tak apa-apa,” beritahu Alisya. Di lihat Camelia bergerak ke arah bas dan Alisya memandang wajah lelaki yang mengepung dirinya.
Sementara di dalam bas Camelia di soal oleh Fakhry. Danial memerhati dan lebih senang mendengar manakala si Adryan tidak mahu ambil tahu.
“Adry kau rasa kita kena tolong tak?” soal Fakhry.
“Alah kau tolong nanti kena marah baik kau biar jelah,” Adryan sudah membalas.
“Tapi Alisya perempuan nak lawan empat orang,” Camelia sudah ketakutan menjawab.
Fakhry memandang Danial meminta pendapat. Kemudian memandang wajah selamba si Adryan. Dan kemudian dia mengambil keputusan mendiamkan diri sahaja. Menjadi pemerhati dahulu.
“Cik Alisya ni panggilan dari Tan Sri,” mendengar itu lantas Alisya menjawab kasar. Geram dirinya di buat bagaikan pesalah.
“Saya tak kenal awak Tan Sri……”
“Oh what so ever.. jangan ganggu saya..”
“Suruh awak punya orang pergi jauhi saya,” Alisya tidak memberi peluang Tan Sri itu bersoal jawab banyak sangat lantas di hulurkan handphone ke arah lelaki di hadapannya.
Di lihat lelaki itu serius berbicara dan Alisya hanya memerhatikan sahaja. Bila lelaki itu selesai meletakkan panggilan segera Alisya berbicara.
“Saya dah boleh pergi sekarangkan,” Alisya yang mahu melangkah di halang.
“Maaf Cik kami di arah membawa cik jumpa dengan Tan Sri juga sekarang.” Alisya yang mendengar lantas bertambah geram.
“Kamu semua ni nak mati ke?” soal Alisya.
“Maaf,” seorang lelaki sudah memegang tangannya. Alisya yang tidak menunggu lama lantas memusingkan tangannya dan mencapai tangan lelaki itu lantas di sembamkan di jalan. Lelaki yang mahu menghampirinya di siku di perut lelaki itu kemudian tengkuk lelaki itu di hentam kuat.
“Baik awak semua pergi sebelum saya bertambah marah,” jelas Alisya tapi ternyata mereka tidak mahu mendengar dan mara.
Alisya yang geram menumbuk dada lelaki itu berdasarkan silat yang di pelajari dari ayah kawannya. Lelaki yang lagi satu menghampiri di pintas kakinya kemudian di hentakkan kepalanya di lutut.
“Huh saya tak nak menggunakan kekerasan boleh tak awak semua jangan halang jalan saya,” Alisya menjerit geram. Makin geram bila semua berdiri semula, masalahnya sekali empat-empat menyerangkan sedangkan dirinya pakai kain macam mana nak buka langkah ni. Langkahnya terbatas dan dirinya hanya mampu menggunakan pergerakan tangan sahaja.
Satu persatu di tumbuk dan akhirnya tangannya di silangkan kuat ke belakang sehingga terasa sakit.
“Auwww,” jerit Alisya segera lelaki itu melepaskan tangannya.
“Maaf Cik Alisya saya tak sengaja,” lelaki itu lantas meminta maaf. Alisya musykil kenapa mesti nak minta maaf. Adakah mereka orang baik???.
Tangan yang terasa sakit di genggam kuat. Bibirnya di ketap kuat menahan bisa yang datang sekali sekala.
“Alisya nak Danial bantu ke?” soal Danial tiba-tiba.
“Hah!!,” soal Alisya pelik.
“Maaf encik semua sila jangan buat kacau di sini,” Danial berbicara perlahan memberi arahan.
“Maaf cik Alisya,” keempat lelaki itu meminta maaf sambil menundukkan kepala dan melangkah pergi.
“Awak tak apa-apa?” soal Danial dan Alisya menggeleng kepalanya. Segera mereka melangkah ke dalam bas. Sesekali Alisya memicit tangan yang terasa sakit. Danial duduk di tempatnya dan Alisya juga duduk di tempatnya.
“Are you okey?” soal Fakhry dan Alisya hanya mengangguk. Matanya di pejam untuk menahan kesakitan rasanya tangannya tergeliat. Tangan kanannya lantas mengurut tangan kirinya.
“Uhh bermasalah betullah.” Perli satu suara itu dan Alisya tahu siapa gerangannya itu. Malas mahu melayan.
“Entah-entah hutang ahlong tu yang datang nak kutip hutang,” Alisya menahan geram dengan perlian yang di beri memang gaya nak cari pasal tapi masalahnya aku malas nak layan pasal yang di cari tu.
“Uhh buat malu je lah Iskandar High Collage berlaku kegiatan macam ni,” suara itu masih lagi berkumandang. Alisya yang geram lantas berdiri memandang wajah Adryan geram di kerusi belakang.
“Huh kenapa nak pinjam duit nak bayar balik ke?” soal mamat tu membuatkan Alisya panas. Segera melangkah dan berdiri berhadapan dengan Adryan.
“Apa masalah awak ni hah!!,” tingkah Alisya terus.
“Uh janganlah hot sangat, kau cakap je lah nak minta tolong apa. Lagi pun aku pasti tolong sebab tak nak jatuhkan reputasi kolej ni.” Adryan ketawa dengan bicaranya.
“Awak ingat saya ni buruk lantak sangat. Hei… saya pun tak hingin (ingin) nak masuk kolej pelik ni tahu tak. Saya terpaksa dan untuk pengetahuan awak … saya takkan minta tolong awak kalau saya ada masalah tahu.” Jerkah Alisya geram.
“Hoi perempuan please…. Aku cukup baik tapi kau ni sombong sangat tahu. Uhh kalau kau tak hingin kolej ni pun double tak hingin pelajar macam kau ni taw,” Adryan membalas balik.
“Kenapalah punya besar dunia ni dan awak yang serabai ni saya jumpa. First time dalam hidup saya betul-betul menyampah tengok muka awak dengan mulut yang laser era,” Alisya memandang geram.
“Hei perempuan kau ni memang emosi giler.. lerk la. Kau tu lagi mulut berapi,” Adryan melihat wajah Alisya yang sedikit pucat. Adryan menolak tubuh Alisya geram dan Alisya yang tidak bersiap sedia terkebelakang dengan menghimpit tangan kirinya yang sakit itu.
“Aduh,” Alisya sudah terduduk sambil memegang tangan kirinya keras. Adryan terkejut.
“Aku tolak perlahan je kau tak payah nak acting dekat sini,” Adryan lantas membela diri. Semua segera melangkah melihat dan Camelia segera berhadapan dengan Alisya.
“Awak kenapa ni?” soal Camelia terus.
“Tangan saya.. aduh mungkin sebab masa lawan dengan lelaki tadi,” jelas Alisya.
“Sini saya tengok,” Camelia lantas menarik tangan kiri Alisya dan jeritan yang di terima.
“Auww.. jangan Leya tak apa.” Tolak Alisya segera bangkit dari duduknya mahu mengambil ubat sapu di begnya.
Baru sahaja berdiri bas berhenti tiba-tiba membuatkan Alisya tidak dapat mengimbangkan dirinya.
Adryan lantas menarik tangan kanan milik Alisya dan menarik rapat ke tubuhnya. Bila wanita itu sudah berada rapat segera di peluk pinggang wanita itu yang kelihatan mahu jatuh.
Danial yang melihat keadaan itu hanya mampu melihat kesal. Camelia pula berpaut pada besi bas.
Alisya yang sedari memejam mata dari tadi hanya mendiamkan dirinya menarik nafas terkejut. Otaknya mula berfikir bila terasa dahinya panas, pinggangnya di peluk oleh tangan seseorang. Segera matanya di buka dan terkejut bila di lihat tangannya menggenggam baju di bahagian dada orang yang di peluk. Kedudukan mereka begitu rapat sekali dan rasanya…
“Klik….” Alisya lantas tekejut dan mendongak kepalanya. Adryan di hadapannya juga memandang dirinya.
“Uhh rasanya gambar ni romantik betullah kalau peminat fanatik kita lihat ni mesti menjerit habis.” Fakhry sudah berbicara.
“Uhh gambar hot nak letak tajuk apa eak…” sambung lelaki itu lagi. Alisya lantas menolak sedikt tubuh lelaki itu menjauhi dirinya. Dirinya terasa malu dan mahu duduk cepat.
“Terima kasih,” perlahan ungkapan Alisya dan bergerak duduk di kerusinya. Adryan terpana dengan bicara lembut Alisya pertama kali untuk dirinya.
Arghh perasaan malunya sekarang ni tak dapat di bendung lagi. Aduh Fakhry mengambil gambar mereka dalam keadaan memalukan dan yang terpenting bibir Adryan sedang berada di dahinya. Itu bermaksud… oh no.
Alisya segera memejamkan matanya melawan resah di dalam hatinya yang muncul tiba-tiba. Adryan juga kembali ke tempat duduknya dan memejam matanya. Bibirnya tersenyum kecil mengingati dia memeluk tubuh wanita itu dan mencium dahi Alisya. Kedudukan yang rapat membuatkan hatinya bagaikan berbunga kecil menimbulkan satu perasaan bahagia. Arghh tapi kenapa perlu ada rasa bahagia??? Hati Adryan sudah berdetik pelik.

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???