Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Monday, 4 July 2011

Boyz 3 Vs Alisya (7) & (8)


BAB 7

Alisya yang sedang duduk di satu bangku di taman yang di sediakan di kolej ini tersenyum. Komik di tangannya di telaah dengan kusyuk. Duduk di bawah bangku yang terlindung dari pandangan orang dan yang penting sekali di bawah pokok membuatkan suasana begitu damai sekali.
Petikan gitar membuatkan Alisya terhenti dari membaca. Petikan yang begitu merdu tapi yang di mainkan adalah lagu sedih. Alisya bangun dan mencari arah bunyi gitar itu. Kakinya terhenti bila mendapati susuk tubuh lelaki yang memakai kemeja dan baju yang di sarungkan di belah luar.
Dia memerhatikan sambil tersenyum lelaki yang khusyuk memetik gitar tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Bila di perhatikan betul-betul wajah itu baru dia dapat tangkap gerangan lelaki tampan itu.
“Danial,” bisik Alisya sendiri.
“Sedihnya lagu dia mainkan macam baru putus cinta je,” luah Alisya sendirian.
Petikan gitar terhenti dan serta merta pandangan lelaki itu menghadap ke wajahnya. Alisya yang kelam kabut hanya mampu tersenyum, habis tertangkap aku akhirnya.
“Eah teruskanlah.. maaf ye saya kacau,” Alisya mahu melangkah pergi.
“Err what your name?” soal Danial.
“Hah?” Alisya sudah pelik. Haruskan tahu nama musuh. Eah cuit yang bermusuhan aku dengna Adryan bukan Danial dan Fakhry.
“Your name?” soal Danial lagi sekali. Alisya tersenyum.
“Alisya,” ringkas jawapan Alisya berikan.
“Duduklah sini,” Danial mengajak Alisya duduk di sebelahnya. Dalam sekelip mata mereka sudah duduk bersebelahan.
“Err senior Danial selalu duduk dekat sini ke?” soal Alisya.
“Ermmm,” ringkasnya jawapan fikir Alisya. Suasana sepi antara mereka, Danial memetik gitar dan lagu sedih di mainkan lagi.
“Senior nampaknya suka main lagu sedih,” luah Alisya lagi dan Danial terhenti memetik gitar.
“Eah janganlah berhenti teruskanlah. Okeylah saya gerak dululah eah nanti kawan saya cari saya pula,” jelas Alisya mahu bergerak pergi.
“Alisya…” panggil Danial perlahan.
“Ye saya,” sahut Alisya memandang wajah Danial di hadapannya dengan senyuman.
“Nice to meet you. Nampak macam seronok pula sebab tak ada siapa lagi yang berani cari gaduh dengan Adryan selain awak,” Alisya yang mendengar sudah ketawa kecil. Manis pada pendengaran Danial.
“Tu lah tak pasal-pasal jadi popular juga. Susah betullah macam ni.” Jelas Alisya dengan lambaian dan langkah di bawa pergi semakin menjauhi.
Alisya yang sedang berjalan tersenyum kecil dia mula tertarik pada Danial. Sifat baik pada Danial sopan tak macam Adryan yang berlagak je tahunya.
“Uhhh bila fikir Adryan je mesti mood aku jadi tak baik… Uhhh nyampahnyeee,” bebel Alisya sendirian sambil mencemberutkan mulutnya.
“Baik aku jangan ingat dia lagi baik…. Lerk Alisya cool bebei,” Alisya mengurut dadanya.

BAB 8

Alisya dan Camelia yang sedang makan kek potong yang di belinya duduk di bangku belah luar.
“Ermmm laparnya,” luah Camelia.
“Uhh nampak sedapnya,” sambung Alisya. Kemudian keduanya ketawa kecil sambil mencuit kek yang di beli ke dalam mulut.
“Ermmmm sedap betullah kek coklat ni lembut je taw,” Camelia menyuakan kepada Alisya di hadapannya. Lantas Alisya mencuit sedikit.
“Ha’ahlah kek coklat ni sedaplah tapi jangan lupa kek strawberry ni pun sedap taw. Test awak rasa nah,” Alisya mahu menyuap dan Camelia sudah membuka mulut lantas di suakan.
“Ha’ah lah not bad, tapi tak boleh makan selalu nanti gemuk habislah Leeya,” Alisya yang mendengar sudah ketawa kecil mendengar bicara temannya itu.
“Ala nanti petang-petang kita pergilah jogging pula,” cadang Alisya dan Camelia mengangguk kepalanya.
“Betul.. betul.. betul.. berat Camelia macam dah naik better kita jogging nak tak petang ni?” ajak Camelia.
“Ala Alisya tak kisah boleh aje.”
“Uhh rasa hot pula jalan dekat sini,” satu suara sudah membuatkan Alisya rasa kembali hot spicy. Buat derk lagi baik.
“Fakhry… Danial.. rasanya kita salah jalan. Opsss tak juga nikan jalan aku so ada orang yang tersesat masuk kandang,” perli suara itu lagi.
Kali ni memang Alisya tak boleh sabar lagi dah lantas pandangan tajam di berikan kepada wajah “musuh ketatnya” kini.
“Uhh kalau rasa nak cari gaduh straits to the point tak payahlah nak perli-perli okey,” Alisya menyanggah pula.
“Uhh ada orang terasa pula that means it’s you lah ye?” Adryan menaikkan kening. Alisya tersenyum sinis menyampah punya tahap senyuman di berikan.
“Memanglah saya terasa sebab saya dengan kawan saya je dekat sini!,” jerit Alisya geram. Adryan sudah ketawa besar, si Fakhry sudah tersenyum dan Danial menggeleng kepala sambil tersenyum.
“Do I care?” soal Adryan. Alisya mengecilkan matanya geram memandang si mamat tak faham bahasa ni.
“Awak ni anak orang kaya kan so tak ada masuk kelas tata tusila ke?” perli Alisya berubah wajah si Adryan.
“Oww kenapa orang miskin ada pergi kelas tata tusila ke?” soal Adryan balik.
“Mulut awak ni memang tak ada insurans la,” tingkah Alisya.
“Habis mulut kau tu ada insurans ke?” soal Adryan lagi.
“Arghhh tensionnya cakap dengan awak ni,” jerit Alisya.
“Aku lagi tension tengok muka kau ni,” Adryan menyakitkan hati si Alisya.
“Saya double triple menyampah plus sakit hati plus tension tengok muka awak yang berlagak macam handsome sangat ni tahu,” Alisya meluahkan kegeramannya.
“Masalahnya itulah realitinya so kau kena terima,” Adryan tidak mahu kalah kepada perempuan seego ini.
“Muka macam tapai basi kat tepi jalan tak payah banyak cekadak okey,” marah Alisya wajahnya sudah berubah merah.
“Muka kau tu macam cekodok tak siap tak kisah pula,” Adryan merapatkan wajah antara meraka hanya tinggal beberapa inci sahaja lagi muka mereka akan bersentuhan.
“Oh do I care,” perli Alisya tidak mahu kalah juga.
Si Fakhry, Danial dan Camelia sudah memandang pelik melihat dua orang yang tak boleh berjumpa ni. Ni makin parah dua-dua tak nak kalah nampaknya. Mereka hanya memerhatikan sahaja apa yang berlaku.
“I also don’t care about it’s,” Adryan sudah tersenyum. Alisya yang perasan wajah mereka begitu hampir sehingga dia terasa jantungnya berdegup laju lantas menolak tubuh itu menjauhinya.
“Malas nak layan awaklah.”
“Leeya jom kita gerak,” sambung Alisya sambil mengambil kek di atas bangku.
“Cekodok tak siap lu boleh blalah, kau ingat aku nak sangat ke layan kau,” Alisya yang memang geram lantas berpaling lepas tu senyuman di berikan.
Adryan hanya diam je pelik melihat senyuman yang tersungging di bibir perempuan itu, macam ada muslihat je. Alisya menghampiri Adryan dan…
“Pup” kek di tangan Alisya sudah beralih arah ke wajah handsome milik Adryan. Alisya sudah ketawa kecil perli namanya tu.
“Oww baru nampak muka macam tapai basi kat tepi jalan macam ni,” Alisya lantas bergerak pergi dengan ketawa kecil.
“You… arghh..” jerit Adryan. Danial dan Fakhry yang mulanya terkejut lantas ketawa besar melihat kawannya yang ‘di buli’ itu.
“Nampaknya cerita ni makin menarikkan Danial?” soal Fakhry dalam ketawa dan Danial hanya mengangguk sambil ketawa.
“You will die,” jerit Adryn geram.

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???