Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Monday 29 August 2011

Boyz 3 vs Alisya 20

BAB 20

Alisya dan Camelia yang berada di dalam bas hanya menanti tiga orang putera yang tak munculkan diri lagi. Alisya memejam matanya mencari ketenangan tapi di sebalik tu nak hilangkan pening kepala.
“Alisya bestnya dapat jalan-jalan dekat Alamanda kan saya nak shopping habis-habis sebab esok last dekat sini,” Camelia sudah berbicara dan Alisya hanya tersenyum sahaja.
“Awak dengar tak ni saya tengah cakap dengan awak ni?” Camelia memandang wajah Alisya yang sedang memejam mata.
“Erm dengarlah, mata je pejam telinga masih dengar.” Camelia yang mendengar sudah ketawa kecil.
“Ish awak ni nak melawak pula.”
“Mana ada melawak betullah ni,” Alisya membela dirinya. Keadaan menjadi sunyi sekejap hanya kedengaran bunyi radio. Alisya yang mula terlena terkejut bila terasa ada tangan menyentuh dahinya. Matanya terbuka kecil mamai.
“Panas sikitlah dahi ni.” Mata Alisya kembali terbuka besar melihat wajah Adryan yang sedang berdiri di depannya.
“Ish terkejutlah,” Alisya menepis tangan itu dan kembali memejam mata. Dia tahu lelaki itu sedang duduk di sebelahnya kini.
“Ish apasal duduk sebelah aku pula ni,” Alisya membebel di dalam hati. Alisya mencapai sweather yang di sangkut dengan mata terpejam dan di hulurkan kembali ke lelaki itu tanpa memandang.
“Nah… terima kasih lah.”
Alisya terasa lelaki itu meletakkan kembali sweather di badannya. Alisya hanya membiarkan sebab dia memang tengah sejuk. Lenanya terganggu dengan bunyi ringtone korea. Alisya menyeluk beg silang mencari phone dengan mata tertutup. Dah dapat terus di tekan butang hijau.
“Hello,” sapa Alisya sebaik menjawab panggilan. Matanya memang malas mahu di buka bila dah sakit-sakit ni.
“Assalamualaikum minah, kita ni orang islam,” sahut suara di sana.
“Bla..bla..bla.. sorrylah. Ingat orang mana terlepas tadi. Waalaikummusalam bro,” Alisya sudah ketawa kecil.
“Ish kau dah gerak belum?” soal suara di sana.
“Erm dah gerak kot kejap aku buka mata ni kejap,” Alisya membuka matanya di lihat bas sudah bergerak.
“Hahhh dah gerak dah,” sambung Alisya.
“Kau ni betul ke tak?” soal suara di sana.
“Mereng sikit lah hari ni,” balas Alisya dengan ketawa kecil.
“Uhh bukan kau selalu mereng ke?” sakatan itu membuat mata Alisya terbuka besar.
“Kau….. Zack memang siap kau nanti, aku dapat kau tumbukan padu aku bagi tanda rindu dekat kau,” Alisya sudah memandang keluar bas.
“Ah kau punya cakap wa tak layan. See you at Alamanda okey girl, dah sampai mesej.”
“Alah kedek kreditla tu pirah,” Alisya sudah ketawa lepas tu terus letak handphone dekat beg silangnya kembali.
“Siapa tu?” soal suara di sebelah dan Alisya hanya mendiamkan dirinya sahaja. Buat apa nak jawab… tak ada maknanya.
“Adry tanya ni,” Adryan lantas mencapai tangan Alisya dan di genggam erat. Alisya cuba menarik tapi tidak berjaya.
“Awak ni kenapa,” Alisya sudah memandang Adryan geram. Lelaki itu dengan muka selamba derk je.
“Kenapa apa?” Ada ke patut di soalnya aku balik sedangkan soalan tu aku kemukakan dulu.
“Buzy body,” Alisya membalas selamba juga. Jawapannya Adryan ketawa kecil.
“Mestilah kitakan dah jadi pasangan sejak….” Alisya menanti sambungan Adryan dengan menaikkan keningnya. Lelaki itu membisikkan keramat yang membuatkan dirinya malu plus segan plus geram plus nak tumbuk je muka handsome ni.
“Ciuman paling romantik.”
“Nonsense,” Alisya lantas memejam matanya malas nak layan kalau tak makin menjadi. Adryan memandang wajah kemerahan milik Alisya dan bibirnya tersenyum menang.
“Alisya.. awak bangunlah dah sampai ni,” Adryan mengejut Alisya yang sedang tertidur di sebelahnya. Gadis itu begitu lena di sebelahnya di goyangkan lembut badan Alisya. Akhirnya tubuh itu bergerak dan mata Alisya sudah terbuka.
“Dekat mana ni?” soal Alisya dengan suara serak-serak basah baru bangun tidur.
“Dah sampai lah…. ni sedar ke tak ni?” soal Adryan dengan senyuman. Alisya meluruskan badannya dan mukanya di raup.
Alisya mencapai handphone di beg dan mendail nombor Zack. Beberapa deringan baru di angkat.
“Lampi betullah kau ni angkat phone punya lambat,” Alisya terus membebel.
“Aduh minah ni bisinglah,” Zack membalas.
“Aku dah sampai taw, kau kat mana?” soal Alisya terus.
“Aku cakap bukan kau tahu pun, apa kata kau tunggu dekat pintu depan,” cadang Zack. Alisya sudah ketawa kecil.
“Kurang asam jawe punya budak. Yelah aku tunggu dekat depan pintu okey,” Alisya lantas meletak panggilan.
“Awak tak nak turun ke?” soal Alisya bila Adryan masih setia menjadi penunggu bas kot.
Alisya melihat Adryan terus bangun dan turun. Alisya menaikkan bahu kemudian turun dari bas, di lihat Adryan berborak dengan Fakhry dan Danial. Alisya menarik tangan Camelia untuk pergi bersama.
“Kita gerak yok, kawan saya dah tunggu,” Alisya memberitahu dengan senyuman. Kaki di langkah dan menunggu di depan pintu besar Alamanda. Matanya memerhatikan kolam di belah depan itu.
“Hoi,” Alisya berpaling bila bahunya di tepuk dari belakang. Zack sudah ketawa besar melihat wajah terkejutnya.
“Agak-agaklah bro karang aku terkeluar silat, kau pengsan kang,” Alisya menumbuk bahu lelaki itu.
“Lerk lu.”
“Lerk lu… lerk lu wak lu,” Alisya membebel.
“Kau ni tak ubah-ubah lagi asyik bebel lepas tu marah,” Zack sudah menggosok rambut Alisya sampai serabut. Dengan geram kaki itu di tendang geram.
“Ngong habis rambut akulah, ada yang mengucap dekat sini nanti,” Alisya kembali membetulkan rambutnya.
“Hye awak,” Zack memandang Camelia dan gadis itu melambai tangan. Alisya sudah ketawa kecil.
“Hoi kau jangan nak usha kawan aku eah,” Alisya sudah membesarkan matanya.
“Yelah aku tahu kau jeles, baiklah aku usha kau sorang je eah,” Zack sudah ketawa, Camelia tersengih-sengih.
“Leya awak jangan layan sangat taw, dia ni sindrom kurang sihat.”
“Amboi mulut tu,” Zack menyangkal.
“HU..HU..HU lerk lu. Leya ni kawan saya dari kecik sampai dah beso (besar) ni hah, Zack nama dia,” Camelia mengangguk kepalanya.
“Alisya!!!” Alisya lantas memandang orang yang menjerit memanggil namanya. Dipandang Mairah sedang menghampirinya.
“Arrghhh kau pun ada ke?” Alisya lantas memeluk tubuh sahabatnya itu.
“Yelah takkan nak jumpa budak ni sorang je,” Mairah menonjol kepala Alisya.
“Ye tak ye juga, apa-apa pun kau dah ada dekat sini,” Alisya lantas memeluk bahu kawannya itu.
“Kenalkan ini kawan aku Leya,” Alisya mengenalkan Camelia kepada Mairah dan mereka berjabat tangan.
“Kalau jumpa Mairah punya baik siap peluk-peluk dengan aku asyik nak marah je,” bebel Zack. Alisya memandang dan tersenyum.
“Oh kau nak Alisya peluk kau lah ni?” soal Mairah pula.
“Boleh juga lepaslah juga rindu ni,” Zack sudah ketawa bersama Mairah. Camelia pula tersenyum-senyum.
“Ewah-ewah korang, sini Zack I hug you,” Alisya menghampiri Zack konon nak peluk last-last pipi Zack di tolak dan Alisya bercekak pinggang.
“Uhh minah ni memanglah, geramnya aku,” Zack sudah meletakkan tangan di pipi Alisya dan menggoyangkan. Alisya lantas menepis.
“Jomlah masuk dalam kami nak shopping ni,” Alisya lantas menarik tangan Camelia dan Mairah.
“Tengok tu aku juga yang di lupakan,” bebel Zack.
“Kau lelaki jalan sendiri. Kami takut kena culik kau tak pe,” Alisya sudah menyakat.
Alisya berpusing-pusing di Alamanda dengan Zack dan Mairah sebagai pemandu pelancong. Alisya sudah membeli beberapa pakaian, Camelia jangan cakap macam nak borong satu Alamanda aku tengok.
“Leya banyaknya awak beli?” Alisya sudah menyoal.
“Saja je lepas gian,” Alisya mengangguk kepala mendengar jawapan itu.
“Jom tengok wayang,” Mairah sudah mengajak. Alisya sudah mengangguk kepalanya.
“Erm okey juga cerita apa yang terbaru eak?” tanya Zack pula.
“The last airbender,” Mairah menjawab.
“Erm okey jugakan,” Alisya menjawab dan Camelia mengangguk kepalanya.
“Hye,” sapa suara dari belakang. Semua mata memandang ke arah suara itu muncul.
“Senior..” Camelia sudah tersenyum, Alisya memandang dengan senyuman.
“Semua nak tengok wayang ke?” soal Fakhry dengan senyuman mautnya itu.
“Ha’ah jomlah join sekali senior, ramai-ramai baru best,” ajak Camelia. Alisya pelik betul dengan Camelia murah hati mengajak lagi.
“Kalau kami join yang lain tak kisah ke?” soal Fakhry lagi memandang semua di situ.
“Taklah, lagi pun baguslah ada lelaki lain. Aku dari tadi kena buli dengan dia orang ni,” Zack sudah menjawab.
“Ewah-ewah sape (siapa) yang buli kau bagi tahu?” Alisya sudah memandang Zack geram. Lelaki itu ketawa kecil, Alisya mencubit lelaki itu geram. Wajah Adryan sudah merah menahan perasaan melihat tingkah Alisya bersama lelaki itu.
“Korang tengok sekejap je aku kena buli. Jomlah join kita orang. Nama aku Zack.”
“Jomlah senior,” ajak Camelia lagi. Alisya hanya mampu tersenyum sahaja.
“Jomlah join,” ajak Alisya last-last. Sebenarnya ajak-ajak ayam tapi dia orang join juga.
Mereka masuk bersama. Zack di belah hujung di ikuti Mairah lepas tu Camelia dan aku. Si Adryan duduk di sebelah aku manakala sebelah Adryan pula Fakhry dan akhir sekali Danial. Popcorn di tangan Alisya di suap satu persatu ke dalam mulut.
Kesejukan mula terasa bila duduk di dalam bilik wayang. Alisya melihat dengan khusyuk, Adryan mula sekejap-sekejap perhatikan Alisya di sebelahnya. Senyuman di berikan bila di lihat Alisya yang memberi tindak balas dalam cerita itu.
Alisya yang mendengar macam ada orang ketawa lantas memandang dan di lihat Adryan sedang menahan ketawa.
“Kenapa?” soal Alisya tak puas hati. Adryan memandang dirinya dengan gelengan kemudian tersenyum lagi.
“Seronok sangat tengok cerita mengarut ni,” Adryan sudah berbisik di telinga Alisya. Gadis itu memandang tak puas hati.
Alisya mencari idea kemudian senyuman bermain di bibir comelnya. Tangannya menggengam pop corn segenggam kemudian menenyeh di mulut Adryan dan senyuman di berikan. Lelaki itu membersihkan mulutnya sambil memandang dirinya tak puas hati.
“Dalam wayang tak boleh bising tahu,” Alisya berbisik perlahan. Kelat je muka Adryan dan Fakhry yang melihat sudah menahan ketawa. Danial juga turut tersenyum.
Alisya ketawa kecil melihat sisa pop corn yang berada di pipi Adryan lantas di bersihkan. Lagi pun saja je nak sakat laki tu tak habis-habis cari pasal sibuk nak kenakan dirinya. Adryan memandang tangan Alisya yang berada di pipinya.
“Ada sisa pop corn lah,” balas Alisya dengan nada berbisik dan Adryan tersenyum mendengar. Alisya yang melihat senyuman nakal lantas menolak pipi Adryan dan matanya kembali terarah ke depan.
“I like if you just care about me,” Alisya mengerutkan dahinya musykil dengan bicara lelaki ini.
“What ever.”
Alisya mula berdiri bila wayang sudah habis, terasa lenguh tulangnya. Semua sudah berarak keluar dari bilik. Adryan yang melihat orang berhimpit-himpit keluar sudah merengus. Alisya lantas memandang.
“Nama pun wayang mestilah ramai orang,” terus je komen di berikan setelah tahu apa yang bermain di minda lelaki itu.
“Lepas ni kita nak ke mana?” soal Alisya terus setelah berada di depan bowling.
“Laparlah,” Camelia sudah menjawab dan menerima anggukan dari Mairah juga.
“Erm kita makan dekat dekat chicken rice shop nak?” cadang Fakhry pula.
“Good idea,” balas Adryan.
“Sekejap okey,” Adryan lantas menelefon seseorang dan mengarah sesuatu.
“Set jom kita gerak,” Adryan lantas memberi arahan di lihat Fakhry dan Danial sudah tersenyum. Sampai di depan kedai chicken rice shop Alisya pelik bila tiada orang langsung di belah dalam.
“Kenapa tak ada orang lain eak?” soal Alisya pelik.
“Adry dah tempah tempat ni untuk kita,” jelas Adryan, Alisya menggeleng kepalanya.
“Apasal awak buat macam ni?” soal Alisya sikit tak puas hati.
“Alisya tahu Adry tak suka kalau ramai orangkan so I like this situation,” Adryan sudah tersenyum memandang wajah Alisya sambil menaikkan kening dan mencuit hidung Alisya lembut sambil melangkah masuk.
“Mamat ni memang suka buat apa yang dia nak,” bebel Alisya sambil melangkah masuk.
Makanan yang di hidangkan di jamu dengan selera. Zack yang duduk di sebelah Alisya berbual bersama. Adryan duduk di hadapan Alisya.
“Alisya ummi dengan walid dah rindu dekat kau tahu,” Zack memberitahu dan Alisya tersenyum.
“Biasalah aku ni kan anak murid kesayangan walid,” Alisya sudah ketawa kecil.
“Ah bencinya aku dengar, kau tu bodek walid je,” Zack menyanggah.
“Mairah ada orang ni tak boleh terima kenyataan lah yang aku anak murid kesayangan walid,” Alisya saja mahu menyakat Zack.
“Biasalah dia mana boleh tengok walid sayang orang lain lebih,” Mairah pula menyambung.
“Alah malas nak layan korang ni aku cakap betul-betul main-main pula,” Alisya sudah ketawa mendengar bicara Zack.
“Walid ajar orang silat lagi ke?” soal Alisya pula.
“Tak lah walid mana nak.”
Mereka lantas berborak panjang dan kemudian Alisya meminta diri bila masa sudah tamat. Di peluk Mairah kuat lepas tu Zack di tumbuk bahu itu perlahan dengan senyuman manis.
Adryan yang melihat sudah menahan rasa. Dia tidak suka Alisya rapat dengan mana-mana lelaki. Dirinya sudah ada peresaan cemburu melihata kerapatan Alisya dengan Zack. Arghhh tensionnya.



slamat hari rayew buat pembace...

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???