Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Monday 1 August 2011

Boyz 3 Vs Alisya (15 & 16)

BAB 15

Tan Sri Kamarul yang mendengar kemaafan dan kesilapan oleh anak buahnya sudah naik angin. Matanya menikam tajam wajah di hadapannya dengan garang sekali.
“Macam mana kamu buat kerja. Hal macam ni tak sepatutnya berlaku tahu.”
“Saya minta maaf Tan Sri,” jelas lelaki itu.
“Argh kamu di pecat tahu. Saya tak nak nampak muka kamu lagi faham,” jerkah Tan Sri Kamarul. Hatinya begitu sakit pendengar berita yang di sampaikan.
Lantas duduk di sofa dengan kasar. Rengusan di keluarkan geram. Matanya memandang kepada dua orang kanan yang di percayai.
“Anas saya tak nak kamu buat silap dan saya percayakan kamu. Bawa anak perempuan saya dengan baik dan jangan takutkan dia tahu. Kalau boleh jangan sampai pihak musuh tahu kedudukan anak perempuan saya. Saya amanahkan kamu sebagai pengurus anak saya dan bawa dia kemari!,” tegas arahan Tan Sri Kamarul kepada lelaki yang berumur hampir 40 an itu.
“Baik Tan Sri dan terima kasih kerana percayakan saya,” Anas segera bergerak pergi sambil di ikuti beberapa lelaki berkot.
“Sufian sila bawakan fail yang perlu saya tanda tangan,” arah Tan Sri Kamarul kepada orang kanannya.
“Ini dia Tan Sri… nampaknya Tan Sri terpaksa menghadiri jamuan makan di Hotel Royalt jemputan dari Tengku Suhaimi,” jelas Sufian sambil mencatit sesuatu di buku.
“Erm baiklah tapi bila?” soal Tan Sri Kamarul.
“Pada hujung minggu ni.”
“Erm saya nak kamu bawa Murad dan Hasnah ke rumah saya. Sudah masanya saya berjumpa mereka.” Tan Sri Kamarul memandang wajah pengurus kepercayaannya itu.
“Bila Tan Sri nak mereka hadirkan diri?” soal Sufian.
“Esok malam dan pastikan makan malam di sediakan dengan baik untuk mereka. Rasanya dah lama saya tak jumpa mereka, kita perlu sambut mereka dengan baik,” jelas Tan Sri Kamarul.
“Ye Tan Sri nampaknya dia juga dah jaga Cik muda Alisya dengan baik,” Tan Sri Kamarul teranguk-angguk mendengar pendapat dari orang kanannya yang telah lama berkhidmat dengan dirinya itu.
“Nampaknya begitulah. Mereka memegang amanat dengan baik sekali. Saya memang terhutanng budi dengan mereka. Dah cukup saya susahkan mereka selama ni.”
“Tan Sri tak menyusahkan mereka tapi meminta bantuan untuk selamatkan Cik Muda dari musuh sahaja. Saya rasa mereka faham semua tu.” Sufian mententeramkan hati Tuan Besarnya.
“Kamu rasa apa penerimaan anak perempuan saya atas kejutan ni,” Tan Sri Kamarul meminta pendapat lagi.
“Insyaallah cik muda akan terima dengan hati yang terbuka. Tan Sri jangan risau dari penglihatan kami selama ni keluarga angkatnya dah didik Cik Muda dengan baik sekali”
“Saya berharap begitulah, awasi gerakan pihak musuh jangan sampai membahayakan anak perempuan saya.” Sufian mengangguk kepala mendengar arahan yang di berikan itu.
“Saya harap begitulah. Kamu boleh pergi uruskan perkara yang saya suruh tadi,” Tan Sri Kamarul melangkah naik ke bilik tingkat atas mahu merehatkan dirinya.
Tan Sri Kamarul memandang gambar yang berada di tangannya. Wajah lembut milik isterinya dan juga wajah comel milik anaknya. Wajah dua orang yang begitu penting dalam kehidupannya. Hanya mereka sahaj yang dia ada dalam kehidupannya.
“Alisya maafkan papa sayang. Semua yang papa buat ni untuk kebaikan Alisya,” Tan Sri Kamarul mencium gambar anak perempuannya.
“Abang janji akan jaga anak kita macam yang sayang nak. Abang janji akan lindungi dia walau nyawa abang yang akan tergadai. Abang takkan sia-siakan pengorbanan sayang selama ni. Dia je harta yang abang ada dari sayang,” Tan Sri Kamarul mencium gambar isterinya pula.
Cukuplah dia kehilangan isterinya dan untuk kehilangan anaknya pula dia tidak mampu. Cukuplah hanya sekali kesakitan kehilangan orang yang tersayang.

…………………………………………………
Alisya yang sedang tidur tersedar dari mimpinya. Wajah seorang lelaki tua yang tidak di kenali memandang sayu bagaikan memohon pengertian dari dirinya. Siapakah lelaki itu????. Hatinya berbolak balik dengan mimpi itu.
Dirinya mahu melangkah pergi tanpa mempedulikan tetapi muncul wanita anggun yang berpakaian serba putih dengan wajah yang suci menggammitnya. Dirinya mencapai tangan itu dan wanita itu membawanya kepada lelaki tua yang berpandangan sayu itu.
Kemudian dirinya di pimpim oleh kedua-dua mereka dengan dirinya di bahagian tengah. Sungguh perasaan itu terlalu mengasyikkan. Mereka bagaikan sebuah keluarga harmoni. Dirinya berasa tenang.
“Apakah maksud mimpi aku tu?” bicara Alisya sendiri. Wajahnya di raup kasar.
Segera dirinya bangun untuk mandi dan membersihkan dirinya kerana mereka ada program selepas ini.


BAB 16

Alisya yang sedang bersiap di sergah dari belakang. Lantas matanya menatap garang kononnya je nak takutkan.
“Wah awak ni nampak cantik sangatlah. Lain pula bila tengok awak pakai macam ni,” bebel Camelia sambil membelek dirinya. Alisya memandang dirinya… hanya seluar skinnynya warna putih lepas tu baju belah dalam warna hitam yang sampai leher dan di sarung baju putih belah luar tanpa lengan.
“Nilah pakaian saya, tak ada bezanya pun,” Alisya tersenyum sahaja.
“Yelah mana pernah nampak awak pakai macam ni. First time tu.. selalunya baju kurung tak pun skrit labuh awak tu. Kali ni nampak hot sikit,” luahan Camelia membuahkan ketawa dari bibir Alisya.
“Mengarut betullah jomlah nanti kena tinggal tak boleh nak shopping dekat kl.” Alisya lantas menyarung kasut.
“Awak ni tengok saya macamlah pakaian saya ni pelik sangat,” sambung Alisya.
“Eah tak delah tapi saya suka tengok awak pakai macam ni pula. Nampak cute dengan rambut tu awak lilit pakai reben,” Camelia tersenyum-senyum dan Alisya menjuihkan bibirnya.
Alisya dan Camelia yang sampai terus naik bas boyz 3. Alisya mengambil tempatnya dan komiknya di telaah kembali.
“Hye girl,” sapa Fakhry yang baru muncul. Alisya memandang lelaki itu dengan senyuman.
“Hye senior Fakhry,” sapa si Camelia. Alisya mahu ketawa pula bila di lihat Camelia tersipu-sipu.
Danial naik dengan wajah selambanya itu dan tersenyum memandang dirinya. Kemudian muncul wajah Adryan dan Alisya memerhati di lihat lelaki itu yang memakai seluar skinny hitam dan kasut yang tersarung hingga paras atas buku lali. Baju lelaki itu jenis berkot yang berzip sehingga ke atas paras leher bewarna hitam.
Alisya akui lelaki itu mempunyai pakej yang cukup baik. Kalaulah sikap lelaki itu sempurna mesti dia boleh jatuh cintan tapi masalahnya perangai nauzubillah. Alisya masih lagi leka menilik lelaki itu.
“Wah fokusnya awak tengok senior Adryan,” tegur Camelia dengan nada berbisik. Alisya lantas tersedar dia sudah lama menilik lelaki itu.
“Ehem… ish awak ni mana ada,” sangkal Alisya segan. Camelia ketawa kecil.
“Ye ke tak ada tapi saya tengok macam ada pula,” Camelia masih dalam mood menyakat.
“Eah awak ni sejak bila jadi penyakat ni,” Alisya memandang wajah Camelia geram. Gadis itu menjungkit bahu dengan kening di naikkan.
“Adalah sejak beberapa kejadian yang lepas.”
“Shuuut awak ni dah lah malas nak layan.” Alisya memandang ke luar. Alisya menepuk dahinya perlahan tanda kesal tingkahnya dapat di tangkap.
“Ish aku ni pun satu lain kali jaga mata tu. Aduhai… bahaya betullah,” bebel Alisya perlahan.
Alisya menarik nafas panjang berulang kali. Kemudian dia memandang Danial yang sibuk dengan gitarnya dan Fakhry yang sibuk dengan kamera digitalnya. Alisya bangun kemudian duduk di sebelah Danial.
“Senior ni nampak kusyuk sangat dengan gitar,” tegur Alisya dan lelaki itu tersenyum memandang dirinya.
“Nyawa saya.” Sunyi keadaan mereka.
“Alisya pandai main gitar?” soal lelaki itu dan Alisya pula tersenyum.
“Erm retilah juga.”
“Macam tak confident je jawapannya,” sakat Danial dan Alisya ketawa kecil.
“Oww dah lama tak practise tu yang macam ingat-ingat lupa,” jawab Alisya perlahan. Danial mengusap kepala Alisya perlahan sambil ketawa.
“Cubalah nak tengok juga,” Danial menyerahkan gitar kepada Alisya.
Alisya memandang wajah Danial yang mengangguk kepalanya. Dilihat Fakhry sudah menghala kamera digital ke arahnya, Camelia sudah meninggung kepala memandangnya dan Adryan menaikkan kening kemudian kembali memandang ke depan. Alisya menjuihkan bibirnya kepada Adryan.
Perlahan petikan jari Alisya ke tali gitar. Muzik lagu korea di mainkan kerana memang dia memang teror lagu tu je sebenarnya. Semua di situ terpegun, perlahan bibir Alisya mengikuti lagu yang di keluarkan oleh gitar. Tepukan di berikan bila Alisya selesai memainka lagu. Senyuman manis di berikan.
“Wow terornya lagu ciptaan sendiri ke?” soal Danial dan Alisya hanya menggeleng kepalanya.
“Lagu korea minat then lagukan melalui gitar. Abang Alisya yang tolong ajar,” lembut Alisya memberitahu yang lain terangguk-angguk.
“Nanti boleh ajar Danial.”
“Nak ajar senior Danial boleh tapi kena ada interest,” Alisya saja bergurau dan Danial menarik Alisya ke kerusi belakang. Mulanya terpinga-pinga lepas tu Danial ambil air tin dari peti ais dengan senyuman dan membuahkan ketawa dari bibir Alisya.
“Senior ni..” ungkap Alisya. Camelia dan Fakhry sudah mengikuti duduk di kerusi belakang sambil Danial mengambil air.
“Eah Adry sinilah join sekali,” Fakhry sudah memanggil. Adryan memandang kemudian berfikir tak sampai dua saat dah bangun. Alisya menjuihkan bibirnya, Adryan sudah duduk di hadapannya sambil mencapai air yang di hulur.
“Alisya memang asal johor ke?” soal Fakhry dan Alisya mengangguk kepalanya.
“Sebelum ni tak niat nak sambung pelajaran dekat mana-mana ke?” sambung Fakhry lagi dan Alisya menaikkan keningnya.
“Erm baru lepas STPM so memang niat nak masuk universiti tapi tak sangka pula dapat tawaran dekat kolej pelik ni,” Alisya saja memberitahu apa yang terselirat di dalam hatinya.
“Pelik?” soal Danial. Alisya memandang wajah Camelia kemudian kedua-duanya ketawa kecil. Adryan lebih senang mendiamkan dirinya.
“Segalanya dekat kolej ni memang pelik termasuklah orang-orangnya,” label Alisya membuatkan Adryan memandang wajahnya tapi tidak di endahkan.
“Dia yang pelik,” bebel Adryan sendirian.
“Tak nak bagi tahu contohnya,” Fakhry pula menyampuk.
“Secret recipi lah senior Fakhry. Nanti bila ada masa sesuai baru saya bagi tahu eah,” Alisya mengenyitkan matanya nakal.
“Nampaknya dah sampai tempat nak lepas tension ni,” Alisya menyambung bila melihat time square di hadapan mata..
“Budak ni memang kelakarlah banyak betul idea dia,” Fakhry membebel.
“Banyak songeh adalah uhh mesti ada masalah nanti,” bebel Adryan pula. Alisya sudah bercekak pinggang geram.
“Mulut tu memang dah lama guna ke?” sangkal Alisya terus.
“Adalah dalam 22 tahun dah guna,” balas Adryan.
“Ish malas nak layan boleh kena darah tinggi tahu tak.” Alisya sudah menjeling kemudian mencapai beg silangnya dan mula melangkah turun dari bas.
“Eah awak tunggulah saya kejap,” Camelia sudah menjerit kecil. Alisya hanya menanti di bawah. Bas sudah di kerumuni oleh pelajar fanatik si Boyz 3 ini.
Bila Boyz 3 turun semua pakat menjerit memanggil. Alisya sudah menggeleng kepalanya menyampah. Uhh tak ada maknanya dan Alisya menarik tangan Camelia untuk melangkah tanpa mempedulikan yang lain.
“Leya…” panggilan itu membuatkan langkah mereka terhenti. Lantas Camelia memandang wajah Fakhry yang memanggil.
“Erm nanti lunch dengan kami okey. Dengan Alisya sekali okey girl,” Fakhry sudah mengajak. Si Camelia dengan murah hati mengangguk tanda setuju. Alisya sudah menjeling geram dengan minah sebelah dia ni. Lantas di tarik tangan Camelia agar jalan bersama dirinya.
Puas menjelajah dari satu tingkat ke satu tingkat mencari barang yang boleh di bawa balik. Camelia sibuk menilik gaun yang di lihatnya dan Alisya hanya memerhati tanpa perasaan. Mata Alisya terpandang kedai yang menjual kasut lantas bibirnya tersenyum manis.
“Leya awak tak kisahkan saya nak ke kedai depan tu,” Alisya memandang wajah Camelia yang mengangguk. Lantas kaki di arahkan ke kedai yang menarik perhatiannya itu.
Satu persatu kasut di tilik dengan senyuman. Kasut yang jenis berkotak-kotak di pandang minat. Nampak smart sekali pada pandangan matanya pada masa ini. Setelah mencuba akhirnya Alisya membuat keputusan mahu mengambil kasut itu juga. Beg plastik di tangannya di pandang gembira.
Alisya yang mahu melangkah di tahan oleh lelaki berkot lantas Alisya menajamkan matanya. Macam pernah nampak malaun ni…. Lelaki yang di bahagian depan tersenyum sambil menundukkan kepalanya dan di ikuti lelaki di bahagian belakang.
“Cik muda Alisya boleh kita berbincang,” lelaki yang di hadapan memulakan bicara.
“Err rasanya saya tiada apa yang perlu di bincangkan lagi,” Alisya menolak sambil melangkah pergi.
“Tapi saya ada benda yang mahu di bincangkan lagi pun saya nak minta maaf atas kelakuan anak buah saya semalam yang membuatkan cik muda Alisya cedera,” jelas lelaki itu membuatkan Alisya mengerutkan dahinya.
“Maaflah encik….. saya rasa encik ni salah oranglah. Cik muda…,” Alisya sudah ketawa kecil kemudian menyambung bicaranya.
“Saya ni orang biasa takkan nak panggil cik muda kot. Maaflah ye,” Alisya mahu melangkah tapi di halang kembali.
“Cik muda Alisya patut biarkan saya menjelaskan kedudukan cik muda supaya cik muda Alisya akan faham selepas ni,” lelaki itu menyampuk.
“No… saya tak nak dengar. What are nonsense here. Please go away from me,” Alisya sudah meninggikan suaranya sambil melangkah pergi. Setelah memastikan lelaki itu tidak mengikutinya baru Alisya menarik nafas lega.
“Uhh gila betullah orang sekarang ni,” bebel Alisya sendirian. Kakinya melangkah ke mana sahaja di ikuti tanpa membangkang. Matanya sibuk melihat kedai-kedai di kiri dan kanannya. Alisya yang tidak menyedari terlanggar seseorang.
“Maaf,” Alisya lantas mengucap kata maaf kepada anak muda yang seumur dengannya yang di langgar itu.
“Uhh aweks cantik langgar tak apa,” lelaki itu tersenyum memandangnya manakala empat orang rakannya ketawa kecil. Alisya merengus lantas menggeleng kepala, lantas kaki di hayun pergi.
“Eah awak yang comel ni relax la kenapa nak cepat sangat,” lelaki itu menghalang jalannya. Alisya ketawa kecil bagai memerli.
“Saya rasa dah minta maaf kan so boleh saya pergi,” Alisya lantas melangkah.
“Apa kata jalan-jalan dengan kita orang. Lagi pun best juga ada aweks teman kita orang masa ni,” lelaki itu cuba berunding kot dan Alisya mengeluh.
“Maaflah saya tak suka nak berjalan dengan orang yang saya tak kenal lagi pun awak semua ni cari lah orang lain untuk teman eah,” Alisya tersenyum setelah habis berbicara.
“Aduh sayang pula nak lepaskan aweks yang cantik ni. Jomlah kami belanja makan okey tak?” lelaki itu masih tidak mahu mengalah. Alisya memandang sekeliling mencari sesiapa yang boleh di tolong buat masa yang terdesak ini.
Mata Alisya menangkap susuk tubuh yang di yakini boleh membantunya buat masa ini. Tak apa boleh berunding kot. Lantas Alisya bergerak laju ke arah lelaki yang sibuk menilik baju itu. Budak-budak lelaki ini pula sibuk mengikutinya… ish geramnya.
Alisya lantas memaut lengan Adryan bila sudah sampai senyuman di berikan amat manis… berlakon je okey. Tolonglah ye.
“Awak ni pergi mana puas saya cari taw,” Alisya membuat suara manjanya dan Adryan yang terkejut lantas mengerutkan dahinya.
“Eah ka….” Belum sempat Adryan berbicara Alisya sudah memijak kaki Adryan. Tertunduk lelaki itu, Alisya lantas berbisik di telinga lelaki itu.
“Tolong saya nak lepas dari budak-budak yang tak cukup akal ni, hanya kali ni je,” Alisya memandang dengan senyuman dan lelaki itu menaikkan keningnya.
“Perlu ke?” bisik lelaki itu pula. Alisya mengangguk laju sambil membuat muka kesian di pandang lelaki-lelaki yang tak cukup akal memandangnya.
“Please,” rayu Alisya sambil mengelipkan matanya. Lelaki itu tersenyum.
“Sayang yang hilang nak salahkan kita pula.” Adryan lantas mencuit hidungnya dan merangkul pinggangnya. Alisya terkedu…Gulp.. tertelan air liur lagi tahu.
“Hai berangan pula dia,” Adryan lantas membetulkan anak rambut Alisya. Adryan mahu ketawa melihat wajah Alisya yang sudah bertukar merah.Comelnya wajah itu.
“Siapa semua ni?” soal Adryan pula memulakan lakonannya. Alisya memandang lelaki-lelaki tak cukup akal yang masih setia menanti.
“Entah tak kenallah,” Alisya menjawab perlahan. Adryan menarik tubuh Alisya lebih rapat membuatkan kedudukan mereka betul-betul rapat, tangan Alisya kini terletak di dada bidang milik Adryan.
“Ni mesti sayang nakal ni,” Adryan memberikan senyuman mautnya.
“Yes bro ada apa yang boleh saya tolong?” soal Adryan memandang wajah lelaki-lelaki di hadapannya itu.
“Awek ni mak we kau ke?” soal seorang lelaki itu berani.
“Ha’ah kenapa ada masalah ke?” soal Adryan pula.
“Ehem tak de papelah saja je. Kalau aweks kau okeylah kami bla dululah,” lelaki itu meminta diri.
“Eah comel lain kali jangan jalan sorang-sorang. Bahaya taw lagi pun awak cantik sangat,” Alisya lantas mengerutkan dahinya pelik. Memang tak cukup akal betul ada ke cakap makwe orang macam tu dekat depan pakwe dia sendiri (walaupun berlakon).
“Gila betul,” Adryan sudah membebel dan Alisya mengangguk kepalanya tanda menyetujui. Kepala di gelengkan dan Alisya memandang wajah Adryan di sisinya yang masih merangkul pinggangnya.
Alisya dan Adryan sama-sama terkedu. Lama mereka dalam keadaan seperti itu. Dada sudah berombak kencang.
“Korang berdua ni memang pelik dah berbaik ke?” soal Fakhry yang tiba-tiba muncul sambil kamera di tangannya. Alisya dan Adryan yang tersedar lantas menjauhi satu sama lain.
“Erm bagus juga korang dah berbaik,” Fakhry menyambung kembali.
“Bila masa kami berbaik?” soal Adryan dan Alisya mengangguk.
“Erm korang ni tak nak ngaku pula tapi tak pe kamera ni membuktikan apa sahaja,” Fakhry sudah ketawa dan Danial turut tersenyum bersama Camelia.
“Korang jangan nak fikir bukan-bukan aku tolong minah ni je,” jujur Adryan menjawab.
“Erm tak pe tolong-tolong lama-lama muncullah cinta tu,” Fakhry sudah ketawa besar dan Adryan sudah merapati kawannya sambil menumbuk bahu rakannya itu.
“Jom kita pergi makan kfc,” ajak Danial.
“Taw tak pe aku lapar cari orang yang sedang bercintan tadi tu,” Fakhry masih dalam mood menyakat lagi.
“Ada mulut yang kena tibai nanti,” amaran dari Adryan di pandang remeh oleh Fakhry.
“Dah jom pergi makan. Erm Alisya jom jangan di layan sangat dia orang ni,” Danial sudah menarik tangan Alisya yang menggeleng kepala tanda tak nak follow.
“Senior tak pelah,” Alisya mula menolak.
“Ish tak apa jom join sekali, tengok Camelia pun join taw malulah kalau dia sorang-sorang,” Danial memberikan senyumannya dan Alisya lantas menganngguk kepalanya tanda setuju.
“Erm okey,” lantas Alisya bergerak bersama dengan Danial. Sampai di kfc Alisya duduk di hadapan Adryan. Matanya di larikan dari memandang wajah itu. Malu sebenarnya lagi pun mamat tu tak agak-agak sampai nak peluk-peluk pehal (apa hal). Semua sibuk menyuap makanan ke dalam mulut bila terasa lapar setelah puas berjalan.


p/s : ssah la nak uplord gambo sbb line ternet x okey. so x de la gambo nye. uhuh sowy kalo tggu lme.. pape pun komen kowang di perlukan ye...

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???