Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Thursday 11 August 2011

Boyz 3 vs Alisya

BAB 17

Mereka yang sudah sampai di hotel lantas turun dari bas. Alisya yang paling lambat turun kerana malas mahu naik lif bersama pelajar lain.
“Senior Adryan terimalah dari saya,” Alisya tersenyum melihat pelajar perempuan yang menghulurkan hadiah kepada Adryan.
Alisya melihat lelaki itu mengambil kemudian melepaskan jatuh ke tanah dan memijak. Alisya merasa itu perbuatan yang amat menghinakan sekali. Lantas Alisya berjalan malas mahu melihat agenda yang kurang menyenangkan itu.
“Berlagak betullah,” bebel Alisya bila melepasi Adryan. Lelaki itu lantas memegang tangannya. Alisya memandang tajam wajah itu.
“What?” soal lelaki itu. Alisya ketawa kecil kemudian mengetap bibirnya.
“Berlagak!!! Berlagak… berlagak,” jawab Alisya sambil menaikkan keningnya.
“Ha..ha..haah… how dare you,” Adryan mencengkam kuat lengan Alisya.
“Uhh saya memang suka cakap direct okey. So I hope you accept it’s,” ringkas Alisya menjawab sambil merentap tangannya dan melangkah pergi. Adryan memandang ke belakang kemudian memandang semula Alisya yang semakin menjauhinya. Lantas kakinya di hayun laju mahu menyayingi langkah Alisya.
Danial dan Fakhry menaikkan kening antara satu sama lain kemudian keduanya menaikkan bahu dan lantas melajukan langkah mengikuti langkah keduanya.
Alisya lantas menaiki lif yang sudah terbuka. Cepat sahaja tangannya menekan butang lif, pintu yang baru nak tertutup lantas terbuka. Alisya melihat wajah Adryan yang merah padam mungkin marah dengan dirinya. Lelaki itu melangkah masuk kemudian menekan butang supaya pintu lif tertutup. Alisya hanya membuat tidak tahu dengan kehadiran Adryan walaupun hatinya berperang ketakutan sebenarnya.
“Apa masalah sekarang ni?” soal Adryan kuat. Alisya menyilangkan tangannya di dada.
“Saya tak suka awak buat macam tu faham tak. Mungkin orang lain tak kisah tapi bukan saya. Sikap awak ni melampau tahu tak?” tingkah Alisya geram. Adryan sudah ketawa keras kemudian menghampiri Alisya.
“Masalahnya itu aku punya sukalah. Aku tak suka mereka bagi hadiah dekat aku so apa masalahanya. Mereka yang tak faham bahasa tahu,” Adryan menjerit garang. Alisya memejam matanya geram menahan rasa. Lelaki ni memanglah betullah.
“Tapi tu bukan penyelesaiannya tahu tak?” Alisya memandang wajah Adryan.
“Kenapa kau nak amik tahu hah,” Adryan memandang tajam wajah Alisya.
“Sebab tak ada orang yang tegur sifat kurang ajar awak ni tahu,” Alisya meluah berani. Adryan yang geram menolak Alisya rapat ke dinding lif, badan wanita itu di tekan kemudian Adryan mengucup bibir Alisya lama.
Sehinggalah pintu lif terbuka baru Adryan melepas Alisya yang meronta-ronta itu. Adryan tersenyum puas memandang wajah wanita itu yang kemerahan dan nafas yang turun naik. Alisya sudah mengetap bibirnya menahan air mata yang mahu mengalir.
“Awak ni memang binatang betullah!!,” jerit Alisya dengan satu tamparan di berikan. Lantas dirinya berlari keluar dari lif dengan air mata yang sudah mengalir keluar.
Bila pintu lif tertutup baru Adryan tersedar dari sikapnya. Kepalanya di pegang kasar. Terasa geram dengan tindakannya tadi.
“Arghhhh kenapa dengan aku ni,” marah Adryan terhadap dirinya sendiri. Tidak pernah dia membuat sesuatu tanpa berfikir dan wanita ini memang berani mengundang kemarahannya dan akibatnya sesuatu di luar jangkaan telah di lakukan.
Adryan yang sudah sampai di biliknya lantas mengunci biliknya. Peristiwa di dalam lif kembali terlayar di matanya. Pertama kali dia mencium seorang wanita. Arghh Adryan sudah pening kepalanya lantas kepala di garu kasar.
Tangannya menyentuh bibirnya kemudian dia memejam matanya. Tak lama kemudian dirinya tersenyum kecil. Akhirnya bertukar menjadi ketawa.
Adryan membaringkan badannya ke tilam, matanya memandang siling. Adryan mengingati wajah sedih milik Alisya selepas kejadian itu dan dirinya terasa amat bersalah. Adryan kemudian menggulingkan dirinya sambil memejam matanya.
Hatinya kini bagaikan amat gembira tapi dalam masa yang sama rasa bersalah muncul. Di fikirannya kini asyik terlayar wajah milik Alisya sahaja. Dendamnya sudah terbayar dan mesti wanita itu sedih tahap gaban sebab ciuman pertama adalah musuh sendiri.
Alisya yang berada di biliknya menangis kecil. Segala bantal di campak geram, air mata yang di kesat asyik mengalir membuatkan dirinya makin sakit hati. Dia menyentuh bibirnya dan kemudian dia menekup telinganya.
Bayangan Adryan mencium bibirnya asyik terlayar di matanya kini. Alisya menahan rasa hati kini.
“Adryan kau memang setan.. aku benci kau,” Alisya sudah menekup mukanya.
Alisya lantas masuk ke bilik air dan merendam dirinya di dalam tab mandi. Hampir satu jam baru dirinya keluar. Di lihat Camelia memandang dirinya pelik dengan wajah takut mahu bertanya.
“Saya nak turun ambil angin kejap,” Alisya lantas bergerak pergi.
“Saya teman awak ye,” Camelia lantas mengikuti Alisya walaupun tiada jawapan yang di berikan.
“Awak okey tak?” soal Camelia mahu mengambil berat dan Alisya mengangguk kepalanya sahaja.
“Tapi macam tak okey sebab mata awak merah dan sembab betullah,” mendengar luahan itu Alisya lantas ketawa kecil kemudian air mata yang mengalir di kesat kasar.
“Ye ke saya pun tak sedar.”
“Awak tak nak share dengan saya ke?” soal Camelia dan Alisya memandang wajah sahabatnya itu.
“Awak nak tahu satu perkara?” soal Alisya dan Camelia hanya mengangguk kepalanya.
“Adryan tu memang tak guna saya benci nak tengok muka dia,” Alisya sudah memandang air di kolam renang.
“Apa senior dah buat sampai awak menangis macam ni sekali?” soal Camelia dan Alisya menggeleng kepala.
“Saya malas nak ingat nanti saya sakit hati,” Alisya membalas keras.
“Alisya…” panggil Camelia.
“Erm..” sahut Alisya memandang wajah Camelia yang sudah bertukar pucat.
“Kenapa?” sambung Alisya.
“Cik Alisya binti Tan Sri Kamarul?” soal satu suara. Lantas Alisya berpaling pelik dia melihat lelaki yang berkot memandang dirinya.
“Ye ada apa masalah?” soal Alisya.
“Masalah dengan bos kami,” lelaki itu berbicara kasar. Alisya mengeluh keras.
“Kan saya dah cakap jangan ganggu saya!” marah Alisya kemudiann menarik Camelia dan mahu melangkah pergi. Langkahnya di halang oleh enam orang lelaki itu.
“Awak semua ni nak apa?” marah Alisya.
“Kami nak kamu,” lelaki itu lantas memegang tangan Alisya tapi di tepis.
“Leya awak naik bilik dulu,” keras arahan Alisya.
Dua orang lelaki sudah memegang kedua tangan Alisya menyebabkan Alisya sudah terikat. Lantas kaki Alisya menyepak keras keduanya sehingga tersungkur tapi kini tangannya kembali di paut kasar.
Cemelia yang melihat Alisya di bawa pergi kelam kabut berlari mahu meminta tolong. Air matanya sudah meleleh ketakutan.
“Leya kenapa ni?” soal Fakhry yang baru keluar lif. Danial dan Adryan memandang wajahnya juga.
“Alisya… Alisya… tolong,” gagap Camelia menjawab.
“Kenapa dengan Alisya?” soal Danial laju sambil memegang bahu Camelia.
“Lelaki tu bawa Alisya,” Camelia sudah menangis tersedu-sedu.
“Cuba cakap perlahan-lahan biar kami faham,” Adryan pula menyampuk.
“Senior tolong Alisya… lelaki tu yang pakai kot datang nak bawa Alisya pergi,” terang Camelia laju.
“Dekat mana?” soal Danial laju. Camelia menunjuk ke arah kolam renang. Lantas ketiga-tiga berlari laju mencari kelibat Alisya.
“Dah tak ada,” Fakhry lantas menjawab.
“Kita cari dekat parking,” cadang Danial.
Setelah sampai di bahagian parking di lihat Alisya sedang di bawa oleh enam lelaki ke satu kereta. Wanita itu cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya. Adryan lantas berlari kemudian menendang dua lelaki yang di belakang sekali. Danial pula menumbuk dua lelaki yang memegang lengan Alisya manakala Fakhry menyelesaikan lagi dua orang itu.
Alisya lantas terduduk di atas lantai dengan nafas tercungap-cungap. Kepenatan bila berlawan dengan enam lelaki kemudian di seret sehingga ke parking space.
“Are you okey?” soal Danial sambil cangkung di depan Alisya. Wanita itu hanya mampu mengangguk kepalanya sahaja. Alisya melihat beberapa orang yang memakai kot sedang mengepung lelaki yang berkot menarik dirinya tadi.
“Itu orang Adry,” jelas Danial dan Alisya mengangguk kepalanya. Dirinya yang bangun dan mahu berjalan. Baru beberapa langkah dia sudah mahu jatuh tapi di paut oleh seseorang.
“Eah kau ni okey ke tak?” soal suara itu. Alisya memandang bila melihat Adryan yang hampir dengan dirinya lantas di tolak kasar tubuh itu menjauhinya.
“Stay away from me,” Alisya memberi amaran perlahan. Adryan lantas menolak tubuh itu dan bergerak pergi. Danial pula membantu membangunkan Alisya di sisinya kemudian di papah wanita itu.
“Rehat baik-baik taw,” arah Danial dan Alisya mengangguk sambil tersenyum kecil.

…………………………………………

“Jomlah Alisya kita turun ada BBQ taw,” Camelia masih lagi memujuk dirinya.
“Saya malaslah awak pergilah turun, saya ingat nak rehat jelah,” luah Alisya sambil tersenyum.
“Kalau macam tu saya teman awak jelah. Awak ada dekat mana so dekat situlah saya ada,” Camelia pula menjawab dan Alisya menggeleng perlahan.
“Ish awak ni memang sajalah tu nak saya turun jugakan. Yelah jom…jom,” Alisya sudah berdiri.
“Macam tulah,” Camelia sudah ketawa kecil.
“Tak pekan saya pakai macam ni je?” soal Alisya sambil memandang Camelia.
“Tak apalah okey ape nampak sweet taw,” Alisya menjuihkan bibirnya. Dirinya hanya memakai kain bertingkat dengan baju kait bewarna pink.
Alisya dan Camelia yang baru keluar dari bilik hotel lantas menuju ke lif. Bila pintu lif terbuka wajah Boyz 3 di dalam sedang memandang dirinya. Adryan dengan wajah yang mungkin benci, Danial yang tersenyum mengambil berat manakala Fakhry dengan senyuman playboy.
Alisya dan Camelia melangkah masuk. Hanya Camelia yang berborak dan Alisya masih mendiamkan dirinya. Bila pintu lif terbuka Alisya lantas melangkah keluar dan matanya menangkap susuk tubuh lelaki berkot yang menjumpainya di times square itu. Dengan rasa marah Alisya menggenggam tangannya. Lelaki berkot itu memandang dirinya dengan menundukkan kepalanya.
“Leya awak masuk dulu saya ada hal sekejap yang nak di selesaikan,” Alisya tersenyum memandang wajah Camelia.
“Eah awak nak ke mana?” soal Camelia.
“Ada urusan yang perlu saya selesaikan,” Alisya lantas menolak tubuh Camelia perlahan.
“Senior Fakhry tolong bawa Leya masuk boleh tak?” soal Alisya dan Fakhry mengangguk kepalanya.
“Alisya nak teman ke?” soal Danial dan gelengan di berikan.
“Tak apalah senior saya nak setlekan hal saya sekejap,” Alisya hanya tersenyum dan mereka berempat sudah melangkah pergi baru Alisya mendekati lelaki berkot itu.
“Apa awak semua ni nak lagi hah?” marah Alisya geram.
“Cik muda Alisya kami nak mengawal keselamatan cik muda dan membawa cik muda jumpa dengan Tan Sri Kamarul,” jelas lelaki itu.
“Awak ni siapa hah?” soal Alisya dengan wajah yang sudah merah.
“Saya pengurus cik muda… nama saya Anas dan cik muda boleh panggil saya Pengurus Anas,” jelas lelaki itu yang bernama Anas.
“Saya malas nak layan awak semua ni. Tak cukup ke petang tadi kamu dah serang saya?” marah Alisya sambil terduduk.
“Serang… Cik muda kena serang ke?” soal pengurus Anas cemas. Alisya memandang wajah lelaki itu dengan pelik.
“Kenapa awak nak pelik sangat sedangkan kamu yang serang saya petang tadi?” Alisya memandang wajah itu tidak puas hati.
“Tak cik muda kami tak serang cik muda. Nampaknya hal ni dah makin serius,” Alisya mengerut dahi mendengar bicara pengurus Anas itu.
“Awak ni pandai berlakon betullah. Jauhi saya faham,” arah Alisya sambil berdiri.
“Cik muda Alisya adakah yang serang petang tadi pakai lambang macam kami?” soal pengurus Anas sambil menunjukkan lambang di atas bahagian dada. Alisya bagaikan berfikir sekejap.
“Saya tak pasti dan kenapa awak semua tanya pasal benda ni hah,” Alisya sudah hot tahap temper.
“Keselamatan Cik Muda mungkin dalam bahaya jadi kami nak memastikan.”
“Bob.” Pengurus Anas mengambil sesuatu dari lelaki yang bernama Bob itu. Satu buku di halakan ke Alisya.
“Orang yang memakai kot itu ada lambang ini ke cik muda?” soal Pengurus Anas. Alisya berfikir mahu mengingati kemudian mengangguk kepalanya.
“Nampaknya mereka dah dapat menjejaki kesan cik muda,” Alisya yang mendengar sudah kecut perut. Aduh masalah apa lagi ni….
“Mereka??” soal Alisya.
“Bob kerahkan orang awasi cik muda mulai sekarang dan beritahu Tan Sri mengenai pihak sebelah sana dah tahu siapa cik muda Alisya,” arah Pengurus Anas.


p/s: sowyla ye gambo mke srat die x dpt upload.. hope kowang ske ye...komen please.. uhuhu

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???