Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Monday, 4 July 2011

Boyz 3 Vs Alisya (9) & (10)


BAB 9

Adryan yang di dalam bilik membaling damak ke papannya. Dia membayangkan di tengahnya wajah perempuan yang suka cari pasal dengannya. Errr teringat kembali kek yang di lemparkan ke wajah hotnya itu. Memang tak boleh di biarkan pertama kali dalam hidupnya dan kalau boleh biar ini yang terakhir sekali.
“Wei kau tengok si Adry tu macam tak stabil je emosi dia,” Fakhry berbisik kepada Danial perlahan yang sedang bermain snuker.
“Dah tahu si Alisya tu pantang di cabar pergi cari pasal kan dah kena,” Si Danial menggeleng kepala sambil menolak bola masuk ke lubang.
“Alisya?” soal Fakhry pelik.
“Budak perempuan tu namanya Alisya,” Danial menjelaskan kepada si Fakhry.
“Wah macam mana kau boleh tahu hah?” soal Fakhry lagi.
“Hari tu terserempak tu aku saja tanya.”
“Eah tapi nampak seronok kan. Aku rasa games ni baru nak bermula kan,” Fakhry sudah ketawa kecil.
“Yelah dua-dua keras kepala mana nak mengalah. Kau rasa siapa menang?” soal Danial pula.
“Erm aku rasa si Adryan la mana dia nak kalah,” cadang Fakhry.
“Tapi aku rasa si Alisya tu yang menang sebab aku tengok budak tu pun keras kepala juga sama lah macam tu,” Danial menjuih mulut ke arah Adryan.
“Yang tu aku setuju sangat, I give you 100 % for it’s,” Fakhry tersenyum.
“Eah kalau macam tu kita deal nak tak?” Danial mengerut dahi dengan ajakan Fakhry.
“Deal?” soal Danial mahu jawapan yang lebih jelas.
“Erm kalau Adryan menang kau kena belanja aku makan dekat hotel 5 star okey,” Fakhry menjungkit keningnya.
“Okey no hallah dan kalau si Alisya menang aku nak percutian dekat Hotel 5 star kau tu 3 hari 2 malam okey?” deal Danial pula.
“Ala no hallah… kita deal okey. Kejap aku nak bagi semangat sikit dekat si Adryan,” Danial ketawa dan mempersilakan.
Fakhry berjalan menghampiri Adryan yang sedang khusyuk membaling damak. Bahu sahabatnya di tepuk.
“Woi relax la kau ni tension sangatlah,” Fakhry sudah melawa.
“Kau cakap relax muka aku ni di tempel dengan kek strawberry lagi kau tahu,” Adryan sudah merengus geram.
“Ala kau ni tu baru sikit mesti ada masa kau juga nanti,” Fakhry menjungkitkan keningnya.
“Arghh aku makin fikir makin geram kau tahu bilalah masa aku pula akan tiba nanti,” Adryan sudah menggengan tangannya.
“Alisya nama dia,” Fakhry membuka cerita sikit.
“Siapa Alisya?” soal Adryan.
“Budak perempuan comel yang kau selalu cari pasal tu,” Fakhry sudah ketawa kecil.
“Woiii bukan aku cari pasal tapi dia dulu okey,” Adryan meningkah dan Fakhry menepuk bahu sahabatnya.
“Kau ni lupa ke yang kita akan ada trip ke 5 hari 4 malam nanti,” Fakhry memperingatkan Adryan.
“Ha’ahlah ye masa tu mungkin akan tiba masa aku kot,” Adryan sudah tersenyum menang.
“Siap kau Alisya tunggu kedatangan aku Tengku Adryan bin Tengku Suhaimi,” Adryan menaikkan keningnya penuh muslihat.
Fakhry memandang si Danial yang berada di tempat snuker dan menjungkit kening, si Danial menjungkit bahu sambil menggeleng kepala dan tersenyum sahaja.
“Wei kau yakin ke dia pergi nanti?” soal Adryan pula.
“Ala semua wajib pergi kan so kau jangan risau dia mesti pergi punya. Nanti aku minta si kawan dia yang cantik tu pujuk dia pergi okey. Tapi konferm dia pergi sebab kelas dia tu wajib pergi taw,” jelas Fakhry.
“Hah bagus jalankan tanggungjawab kau tu ye. Balasan kau akan dapat nanti okey,” Adryan menaikkan ibu jarinya.
“Okey aku tuntut taw lagi pun dapat usha kawan dia yang comel dah cukup baiklah,” Fakhry sudah ketawa besar.
“Hah kau memang playboy terbesar tapi baik-baik tak pasal-pasal kau kena belasah dengan kawan dia yang garang macam harimau tu baru kau tahu,” Adryan pula ketawa.
Kemudian mereka menuju ke meja snuker dan bermain snuker bersama-sama. Gelak ketawa menghiasi bibir mereka.






BAB 10

“Alisya please.. please… please jomlah join,” pujuk Camelia yang mengikuti langkah Alisya dari belakang.
“Ala awak nanti lah saya fikirkan dulu ye,” Alisya tersenyum memandang wajah berharap Camelia. Memang dirinya tak boleh nak janji apa-apa lagi.
“Erm nanti saya boringlah lagi pun kan kelas kita wajib semua pergi,” Camelia mengelip-kelipkan matanya. Alisya sudah ketawa kecil melihat gelagat Camelia.
“Ish awak ni sabar la dulu saya nak kena tanya mak dengan ayah saya dulu lagi pun saya tak nak susahkan merekalah mesti kos nak ke sana banyak kan 5 hari 4 malam tu,” luahan Alisya.
“Ala kalau pasal tu awak tak payahlah risau nanti saya support lah awak,” Camelia memberi cadangan. Alisya mengeleng kepalanya.
“Tak naklah macam tu, tak best la awak. Kalau boleh saya nak guna duit sendiri taw,” jelas Alisya dengan senyuman.
“Awak mesti pergi taw walau apa pun mesti cuba okey. Nanti saya tak ada kawan pula,” rayu Camelia dan Alisya hanya mengangguk sambil menggigit bibirnya.
“Dah jom pergi kelas nanti lambat tak boleh masuk kelas pula,” Alisya menarik tangan Camelia menyaingi langkahnya.
“Awak nak tahu something tak?” soal Camelia.
“Apa dia?” soal Alisya balik.
“Awak nampak comellah pakai baju seragam kolej ni,” Alisya mencemberutkan bibirnya.
“Awak tahu saya tak suka sangat tapi nampak smart la. Ahaks apa-apa ajelah sebenarnya panas pakai kot ni,” jelas Alisya.
“Ala sekali sekala lah awak ni. Tengok awak pakai baju seragam ni tak ada bezanya dengan dia orang tu hah.” Alisya ketawa kecil mendengar bicara Camelia.
“Tulah macam tak ada beza pula terasa macam anak orang kaya jugalah saya ni,” Alisya saja mahu melawak.
“Kita ada perhimpunan dekat dewan taw lepas kelas ni,” Camelia memperingatkan Alisya.
“Owh ye ke… okey.” Segera Alisya dan Camelia melangkah ke kelas kerana tidak mahu lewat. Sambil menanti pensyarah masuk ke kelas, Alisya sempat memberi mesej kepada abangnya untuk memberitahu mengenai lawatan itu.
Bila melihat Puan Natilia melangkah masuk segera handsetnya di simpan di dalam poket dan mengeluarkan buku. Tumpuan di berikan sepenuhnya terhadap pembelajaran yang di berikan.
Sehabis itu mereka semua bergerak ke dalam dewan atas perhimpunan yang di khaskan. Di lihat pengetua kolej sudah siap sedia mahu memberi ucapan. Alisya memerhatikan gelagat pelajar yang berkumpul di dalam dewan.
Di lihat ramai yang sibuk memandang Boyz 3 yang sedang duduk di barisan hadapan yang di khaskan untuk mereka. Alisya sudah mengherotkan bibirnya tanda uwekkss tak suka taw. Common la berlagak betul mereka ni apa lah nak jadi.
“Memang pelik betullah dia orang ni. Student dapat tempat khas macam tu sekali,” Alisya meluahkan ketidak puasan hati di dalam dirinya sahaja.
Bila pengetua sudah berdiri mahu memberi ucapan semua mata memandang ke hadapan mahu mendengar ucapan yang akan di berikan.
“Selamat petang kepada semua encik-encik dan cik-cik semua di sini. Bersyukur dapat kita berkumpul lagi di dewan Iskandar High Collage bersama-sama.”
“Berdiri saya di sini mahu memberi tahu ke atas kamu semua yang lawatan 5 hari 4 malam yang telah di tetapkan kepada kelas yang di wajibkan tidak boleh di elakkan jika tidak kamu akan di kenakan tindakan disiplin bagi pihak atasan,” pengetua di lihat memerhatikan pelajar di hadapannya.
“Bas telah di sediakan sebanyak 2 bas dan saya berharap kamu semua dapat memberi kerjasama kerana ini telah di tanggung oleh pihak Tengku Suhaimi agar pelajar sekalian mendapat sedikit sebanyak pengajaran di atas lawatan yang kan di adakan ini dan mempergunakan di masa hadapan kelak,” sambung pengetua lagi dan mendapat tepukan gemuruh dari semua pelajar.
“Bagi pelajar yang tidak berkenaan sesi pembelajaran akan di teruskan. Sekian sampai di sini saja yang ingin saya sampaikan dan kamu semua boleh beredar ke tempat masing-masing,” Pengetua sudah melangkah turun dari stage.
“Awak kita nak ke mana ni?” soal Camelia terus.
“Erm awak saya nak balik rumah parents saya kejaplah ada hal yang perlu di uruskan. Lagi pun esok tak ada kelaskan so saya nak baliklah nanti lusa saya ke marilah ye,” Alisya memberi cadangan. Camelia sudah memasamkan wajahnya.
“Ala boring lah saya macam ni, hah ke awak nak saya tolong hantarkan?” soal Camelia pula mahu membantu. Alisya lantas menggelengkan kepalanya laju.
“Err tak payah lah bukannya jauh mana pun,” tolak Alisya tidak mahu menyusahkan.
“Ish awak ni lupa ke kolej kita ni jauh dan susah nak dapat transport,” Camelia memperingatkan pula. Mendengar itu Alisya sudah memuncungkan mulutnya tanda otaknya baru boleh berfikir mengenai perkara itu.
Bunyi handphone yang berbunyi mematikan perbualan keduanya. Lantas Alisya menjawab panggilan yang menyahut-nyahut minta di jawab.
“Yes abang… okey tunggu kejap… ye nanti Alisya keluar okey,” Alisya yang sudah menjawab lantas menutup panggilan.
“Hah abang saya dah sampai dah. Okeylah awak eah nanti abang saya tu pot pet pot pet macam orang pompuan bernanah telinga saya ni hah,” bebel Alisya sambil ketawa. Camelia juga turut ketawa kecil.
“Awak ni kutuk abang sendiri pula tak baik taw,” Camelia menepuk bahu Alisya lembut.
“Ops terlepas pula tapikan itulah realiti bukan fantasi taw,” Alisya mencemberutkan bibirnya nampak comel pada pandangan Camelia.
“Uhh ada orang ni mengganggu jalan orang lain. Both of you boleh tepi sikit tak?” Alisya memandang wajah yang cukup membuatkan darahnya mendidih. Cukup tengok muka je mesti air pun boleh masak terus.
“Wah satu kemajuan ada orang dah pandai minta sesuatu… wah Camelia nampak sopan sikitkan tak macam selalu,” perli Alisya dan Camelia hanya memandang sahaja.
“Uhh gangguan suara betullah,” perli Adryan dan Alisya yang baru mahu menjawab terbantut bila handphonenya sudah berbunyi minta di angkat.
“Yes… okey kejap bang.. ye Alisya datang ni,” pandangan Alisya terus ke wajah Adryan.
“Maaflah saya ada hallah lain kali je ye awak cari pasal dengan saya,” perli Alisya.
“Leeya saya gerak dululah nanti kena bebel pula. Bye,” Alisya lantas mencium pipi sahabatnya. Seterusnya apa lagi berlari-lari anak mahu cepat sampai sebelum kena ceramah free of charge lagi taw.
Sampai dekat kereta senyuman manis di berikan tanda minta maaf. Nasib baik abangnya tak marah atas kelambatan dirinya… fuh lega.

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???