Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Tuesday 26 July 2011

Aku Pasrah Andai Itu Kesudahannya

“Aku tak nak tengok muka kau lagi faham!!!!” jerit suara Encik Adham ke arah Umairah yang lengkap berpakaian pengantin di hadapannya.
“Papa jangan buat Mairah macam ni, Mairah minta maaf tapi tolong jangan buang Mairah dalam hidup papa,” Umairah sudah merayu sambil melutut di kaki papanya. Mencerlung mata Encik Adham memandang wajah anaknya.
“Jangan panggil aku papa faham, aku malu ada anak macam kau. Kenapalah kau tak mati dari kecil je. Dengar sini mulai sekarang kau berambus keluar, nasib baik ada mak long kau tahu kalau tak siapa nak jadi pak sanggup untuk anak dalam perut kau tu. Cakap kat aku hah,” jerkah Encik Adham kuat sambil menendang tubuh Umairah kuat.
“Papa..”
“Berambus, aku dah tak nak dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut kau,” Encik Adham melangkah pergi. Umairah hanya mampu melihat langkah itu dengan hati yang sayu. Tangannya meraup mukanya kesah. Ke mana dia harus pergi, keluarganya sudah buang dirinya. Suami??? Adakah Aidil akan menerimanya??? Ya Allah bantu lah aku.
“Mairah,” panggil suara itu lembut. Umairah lantas memandang wajah itu sayu serta merta air matanya semakin deras. Ya ini lah wajah kedua yang menerima dirinya. Mak long, malunya hanya dirinya sahaja yang tahu.
“Mak Long mana Mairah nak pergi, papa dah buang Mairah. Mama tak nak pandang Mairah langsung,” adu ku kepada dirinya.
“Mairah sekarang menantu ibu tentulah Mairah kena ikut ibu balik rumah. Jangan risau ibu selalu dengan Mairah ye. Marilah kita balik rumah ibu,” Mak long membantu Umairah bangun sambil memapah keluar dari rumah mewah itu.
Samapi di rumah banglo dua tingkat itu Umairah terpaku. Benarkah tindakannya yang mengikuti Mak Longnya ke rumah itu??? Bagaimana reaksi Aidil nanti. Umairah terasa mahu lari jauh dari semua ini.
“Bilik Mairah tu kat bilik abang Aidil, Mairah tahukan bilik abang dekat mana?” soal Mak Long membuatkan Umairah serba salah. Takkan nak geleng sedangkan dia tahu bilik lelaki itu. Lantas Umairah mengangguk kepalanya lemah. Kakinya di hayun perlahan bagai mahu dan tidak mahu sahaja. Sampai di hadapan bilik itu Umairah mengetuk pintu bilik setelah mendapat kebenaran baru di kuak pintu.
Mata yang berada di atas tilam itu terus memandang tajam bagaikan mahu menelan dirinya hidup-hidup. Umairah terasa dirinya melakukan satu keputusan yang salah. Pintu di tutup dan Umairah masih berdiri di hadapan pintu. Lama keadaan hanya sunyi sepi dan Umairah memberanikan dirinya melangkah ke sofa di hujung bilik itu.
“Siapa bagi kau kebenaran nak duduk kat sofa aku??? Eah perempuan jijik macam kau ni tak layak tahu kalau nak ikut jejak kaki kat rumah aku pun kau tak layak,” suara itu deras menampar telinganya. Umairah menahan dirinya sambil matanya di pejam mencari ketenangan.
“Eiiii kau ni tak faham ke. Aku tak benarkan kau duduk kat sofa aku ni faham!!!!” jerkah suara itu sambil menarik tangan Umairah kuat supaya bangun dari duduknya. Umairah hanya membuat wajah tanpa perasaannya sahaja.
“Eah kenapa kau nak susahkan hidup aku hah??? Mana lelaki yang buntingkan kau!!!! Cakap kat aku, kau ni memang tak guna tahu tak mempergunakan aku. Eah kau ni nak cium kaki aku pun tak layak tahu. Aku benci perempuan murah macam kau ni!!!” Umairah memejamkan matanya menerima segala cacian yang di lemparkan. Ya kerana dirinya sepupunya kini terpaksa berkahwin dengan dirinya. Ya Allah aku terlalu banyak menyusahkan semua orang di sekeliling ku. Aidil memandang wajah di hadapannya ini, dia benci melihat ketenangan pada wajah itu. Dia mahu wanita itu merayu kepadanya.
“Cakap kat aku lah, jangan buat wajah tak bersalah kau ni,” Aidil lantas menampar pipi gebu di hadapannya. Umairah menggigit bibirnya menahan kesakitan yang menjalar di wajahnya kini. Aidil melihat wajah di hadapannya langsung tiada air mata. Tamparan kali kedua di berikan kali ini membuatkan Umairah tidak dapat mengimbangan dirinya. Entah di mana silapnya kepala Umairah terhantuk bucu meja, lantas matanya di pejam celik menghilangkan rasa sakit. Tangannya menyentuh tempat yang sakit kemudian Umairah ternampak darah di tangannya.
“Ini balasan untuk kau. Jangan ingat semuanya berakhir di sini faham. Aku nak kau hidup terseksa sampai kau akan menyesali apa yang kau dah buat lepas tu menyusahkan hidup aku ni faham!!!!” jerkah Aidil sambil melangkah ke katilnya. Matanya terus di pejam tanpa rasa bersalah.
Umairah memejam celikkan matanya, kepalanya terasa berat dan semakin berat. Sekelip mata dunianya terasa gelap gelita.
……………………………………………………….
Sebulan telah berlalu sejak peristiwa malam kepalanya terhantuk. Umairah duduk termenung di bawah pokok di kampus. Keluhan di lepaskan deras, air mata yang mengalir di biarkan. Adakah dirinya tidak akan dapat hidup bahagia? Adakah ini yang perlu di lalui atas segala kebaikan yang telah di lakukan.
“Mairah,” tepukan di bahunya membuatkan dia berpaling memandang wajah itu. Lantas air matanya di kesat lemah dan senyuman yang lemah di berikan.
“Kau tak nak makan ke? Aku tengok sekarang ni kau banyak sangat termenung, tahu tak nanti baby kau keluar muka masam je dah tak ada seri,” Farah cuba menghiburkan hati rakan baiknya. Umairah ketawa kecil dan kedengaran hambar sekali.
“Mairah kau okey tak, aku dah jarang tengok kau senyum sejak peristiwa tu. Aku rindu dengan kawan baik aku yang senang bergaul, senyum selalu tapi sekarang ni aku tengok Umairah ni versi yang lain,” Farah meluahkan pendapatnya.
“Perlukah aku gembira di balik kehidupan aku yang tak indah ni Farah. Apa gunanya aku senyum tapi semua tu hanya kepuraan. Kau tahu aku dah tak ada apa yang nak di banggakan sebagai seorang perempuan. Aku kandung anak luar nikah dan aku terpaksa menyusahkan sepupu aku untuk bertanggungjawab. Aku rasa macam orang yang tak berguna langsung kau tahu tak,” lauh Umairah dengan air mata yang mengalir deras.
“Semua ni bukan kau yang minta tahu. Kau tak bersalah langsung dalam hal ni. Kau patut ceritakan hal sebenar kau family kau.”
“Dah tak ada guna buat apa aku nak cerita benda yang menyakitkan hati aku lagi. Kenapa nasib aku seburuk ni Farah, kenapa Tuhan pilih aku. Aku tak mampu nak hadapi semua ni. Suami aku keji aku,” Umairah menangis sambil menyembam wajahnya ke meja. Menyongoi seperti anak kecil. Farah mengesat air matanya yang mengalir perlahan. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk berada di samping sahabatku ini.
………………………………………
Umairah duduk di sofa berhadapan dengan majah Mak Long, Pak long dan juga Aidil. Dirinya hanya diam membisu dan mendengar segalanya sahaja.
“Ibu tak setuju Aidil, kamu dah ada isteri kenapa gatal nak kahwin lain. Ingat senang nak beristeri dua ke hah???,” marah Datin Khatijah, manakala Dato Khairul senang menjadi pemerhati sahaja.
“Ibu tak boleh nak halang Aidil sekarang cukuplah pengorbanan Aidil selama ni. Sekarang bagi Aidil nak bahagia dengan Salina. Aidil dengan dia dah lama cadang nak berkahwin sebelum perempuan ni muncul lagi,” Aidil sudah menggunakan ton yang tinggi.
“Nope ibu tak setuju. Kamu ni dengan Mairah pun tak terjaga lagi nak mengada. Ibu tak setuju faham!!!!”
“Umairah setuju kalau abang Aidil nak berkahwin lagi. Abang Aidil dah pernah bincang dengan Mairah pasal hal ni. Ibu benarkanlah abang kahwin lagi,” Umairah memandang wajah Datin Khatijah dengan senyuman yang tawar. Semua mata memandang dirinya.
“Apa yang kamu cakap ni Mairah, ibu tak suka faham dan ibu takkan setuju,” marah Datin Khatijah. Umairah melangkah perlahan kearah mak mertuanya dan melutut lemah.
“Mairah merayu ibu, cukuplah abang dah hidup susah sebab Mairah. Bagilah abang rasa hidup bahagia. Mairah tak pernah merayu pada ibu tapi kali ni Mairah merayu sangat,” Datin Khatijah memandang wajah Umairah yang suci itu lantas air matanya mengalir perlahan dan mengangguk kepalanya lemah. Aidil sudah tersenyum senang.
“Ibu nak kedua-dua menantu ibu duduk dalam rumah ni faham, no excuse kalau tak perkahwinan ni takkan berlangsung.” Umairah hanya tersenyum kelat mampukah dia hidup sebumbung dengan madunya.
…………………………………………..
Umairah memandang mempelai yang indah bersanding di persandiangan yang gah itu. Senyuman tawar di berikan lemah. Semoga mereka bergembira, dari jauh matanya meliar memandang wajah Datin Khadijah yang mesra melayan tetamu yang hadir begitu juga Dato Khairul. Perlahan kakinya menapak masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Aidil dan Salina secara mutlak selepas ini. Dirinya sendiri yang setuju berpindah bilik.
Handphone yang berbunyi di pandang sepi, di lihat nama itu dengan keluhan kecil. Bila panggilan itu mengganggunya terlalu lama lantas di angkat.
“Mairah… I’m sorry about that night,” Umairah menahan air matanya dari mengalir.
“Mairah aku janji aku akan bertanggungjawab, maaf Mairah aku buat macam tu sebab aku sayangkan kau cuma kau yang tak faham. Kenapa kau nampak abang Iskandar dari aku ni yang selalu ada kat depan mata kau. Aku cintakan kau. Please Mairah kita kahwin okey.”
“Cinta , kasih dan sayang tak boleh di paksa Iqram. Aku benci kau sebab kau dah ragut semua maruah aku. Aku dah tak boleh percayakan lelaki macam kau lagi. Cukuplah aku tak buat report polis dan aku harap kau takkan ganggu kehidupan aku lagi. Jangan risau aku takkan berhubung dengan abang Iskandar lagi.”
“Mairah please aku tak boleh hidup tanpa kau, aku rindukan kau. Please terima aku.”
“Jangan ganggu aku lagi, aku benci kau…. Aku benci lelaki macam kau, aku benci!!!!” jerit Umairah kemudian menyampak handphonenya ke muka pintu. Berdentum bunyinya di lihat komponen handphonenya sudah berterabur lantas muka di sembam ke bantal dan dia menangis semahunya.
Entah bila dirinya terlelap dan dia menangkap bunyi bising di sebelah biliknya. Umairah memisat matanya. Umairah memandang jam di dindingnya menunjukkan pukul 3.00 pagi. Lama dirinya terlelap lantas dirinya bangun dan menuju ke bilik air mahu menunaikan solat isya’. Seusai itu Umairah terasa lapar lantas dia turun ke bawah mahu menjamah biskut dan susu.
Umairah lantas membawa air susunya dan beberapa keping biskut ke dalam pinggan mahu makan di dalam biliknya. Umairah yang membelok ke tangga naik di langgar menyebabkan air yang di peganganya jatuh tertumpah. Lantas dirinya mengucap laju terkejut dengan situasi itu.
“Mata tu jangan nak letak kat lutut tahu!!! Arghhh semua perempuan menyusahkan dan penipu. Perempuan murah senang-senang nak serah diri dekat lelaki. Lepas tu nak aku bertanggungjawab. Arghh kenapalah malang sangat hidup aku ni. Kenapalah kau ni tak mati je lagi senang hidup aku tak memandang wajah kau ni!!!” jerit Aidil membuatkan Umairah terkejut. Beberapa saudara jauh yang menumpang tersedar dengan bunyi bising memandang dirinya membuatkan wajahnya kebas menahan malu.
Umairah memejam matanya setelah nafas di tarik dirinya tunduk mahu mengutip kaca yang pecah tadi. Tangannya yang luka terkena tajam kaca di biarkan. Hatinya lagi sakit dari luka yang mengalirkan darah ini. Aidil lantas bergerak meninggalkan rumah yang terasa panas.
Sampai di bilik Umairah menangis lemah. Segalanya di lepaskan tangisan hibanya. Kenapa semua ini berlaku kepada dirinya. Kenapa????
………………………………….
Hampir sebulan segalanya berlaku. Umairah melihat hubungan Aidil dan Salina sedikit renggang adakah kerana dirinya??? Umairah hanya mengeluh kecil. Kandungannya sudah berusia empat bulan. Perubahan perutnya sudah kelihatan membonjol sedikit. Umairah mengusap perlahan. Dia sayangkan janin itu biarlah mungkin ini sahaja harta yang dia ada.
Umairah menurun tangga perlahan-lahan hari ini morning sickness di rasakan teruk sedikit. Umairah memejam celikkan matanya bila terasa dunianya berpusing. Lagi empat anak tangga sahaja lagi. Satu tolakan di belakang membuatkan Umairah hilang imbangan dirinya dan tanpa di duga Umairah jatuh terduduk. Hentakan itu membuatkan Umairah memegang pinggangnya yang terasa sakit.
“Lain kali turun tu laju sikit jangan nak macam orang tak makan sebulan. Menyusahkan orang nak lalu je tahu tak!” Salina menjerkah sambil berlalu pergi. Kebetulan waktu itu Mak Limah pembantu rumah melihat lantas membantu Umairah yang masih terduduk di anak tangga.
“La kenapa yang kau duduk kat tangga ni menghalang jalan orang je ni?” soal Aidil dengan suara yang lantang.
“Aidil..”
“Tak saya duduk kejap,” balas Umairah mematikan bicara Mak Limah dari membongkar hal sebenarnya.
“Kalau nak duduk bukan kat tangga tahu,” tegur Aidil sambil melangkah pergi ke dapur. Mak Limah membantu Umairah bangun.
“Mak Limah simpan je hal tadi. Salina tak sengaja tu. Jangan bagi tahu sesiapa ke Mak Limah. Saya pergi kelas dulu,” tangan tua itu di capai dan di cium lembut. Usapan lembut mengenai rambutnya. Umairah memberikan senyuman kecil dan melangkah pergi.
Baru beberapa langkah Umairah mengusap pinggangnya yang terasa bisa. Kemungkinan akibat hentakan itu yang menyebabkan Umairah kesakitan yang mencucuk perutnya kala ini. Kakinya terasa lemah bagaikan tidak kuat menampung tubuhnya.
Aidil yang baru keluar dari dapur terkonco-konco mahu ke pejabat cepat. Tanpa di sengaja terlanggar tubuh Umairah yang berdiri di hadapannya. Umairah yang tak bersedia sudah tersembam dan perutnya terkena bucu meja.
“Eah kau ni kenapa berdiri dekat tengah jalan hah pagi-pagi buta tak tahu ke orang nak ke pejabat cepat.” Marah Aidil keras. Umairah sudah menyentuh perutya dan sesekali pinggangnya yang terasa sakit. Nafasnya bagaikan tercungap-cungap melawan kesakitan yang di rasai kini.
“Ya Allah,” ucap Umairah perlahan air matanya mengalir perlahan kerana kesakitan yang di rasainya kini.
“Kau jangan nak buat drma kat sini faham. Aku dah lambat nak pergi kerja ni!!” Aidil terus melangkah keluar dari rumah tanpa menghirau keadaan Umairah.
Umairah tahu dia tidak perlu mengharapkan sesiapa lagi ketika ini. Dengan tenaga yang ada tidak seberapa dia cuba untuk bangun. Tapi malang tubuhnya benar-benar lemah dengan kesakitan yang di rasai kini. Tangisannya mula kedengaran melawan kesakitan yang di rasai. Ibu dan bapa mertuanya keluar negara untuk beberapa hari.
Mak Limah yang mendengar tangisan Umairah lantas mendapatkan Umairah. Terkejut melihat Umairah yang terbaring sambil menangis menahan kesakitan.
“Ya Allah kenapa ni Mairah?” soal Mak Limah mendapatkan Umairah. Mak Limah menjerit kecil melihat darah yang berada di mozek.
“Sakit Mak Limah, tolong saya.. teksi.. cepat Mak Limah,” perlahan kedengaran suara Umairah sambil mengetap bibirnya. Mak Limah berlari ke luar memanggil orang untuk membantu.
Aidil berlari melangkah masuk apabila di beritahu mengenai diri Umairah. Melihat Umairah yang terbaring meringkuk lantas di halakan kaki ke arah wanita itu. Aidil memangku tubuh Umairah terkejut melihat wajah itu pucat lesi dengan berpeluh. Darah yang terdapat di mozek menakutkan dirinya.
“Mairah are you okey?” soal Aidil cemas. Umairah memejam matanya melawan sakit yang makin mendatang.
“To…long se..lama..tkan a..nak sa…ya. Sa..ya me..rayu…,” Umairah berbicara perlahan lemah bagaikan tiada tenaga lagi. Sekejap segalanya sudah menjadi gelap gelita. Aidil lantas mencempung tubuh Umairah dan berlari ke kereta.
……………………………………
Farah yang mendapat tahu mengenai Umairah lantas pergi ke Hospital. Apabila melihat wajah Aidil dia lantas ke arah lelaki itu. Melihat wajah kusut itu membuatkan Farah sedikit cemas. Pada masa yang sama Doktor keluar dari bilik pemindahan.
“Siapa keluarga pesakit?” soal Doktor.
“Saya suami pesakit Doktor. Macam mana isteri saya Doktor?” soal Aidil cemas.
“Saya dah cuba sedaya upaya, anak encik tak dapat di selamatkan.”
“Isteri saya Doktor macam mana dengan isteri saya doktor?” soal Aidil laju.
“Keadaan pesakit yang menanggung kesakitan terlalu lama membuatkan kondisi pesakit tidak menentu. Kehilangan darah juga memberi implikasi, jadi encik berdoa banyak-banyak supaya isteri encik selamat. Kami sudah melakukan yang terbaik dan hanya Allah sahaja yang akan membantu,” Doktor itu menepuk bahu Aidil lembut.
“Farah!!!! Mairah macam mana?? Mairah??? Mairah???” soal Iqram yang baru sahaja muncul lantas memegang bahu Farah.
“Apa kau buat dekat sini hah setan. Kau penyebab semua ni berlaku tahu, kau buat Mairah menderita tahu. Aku yakin bila Mairah sedar nanti dia tak nak tengok muka kau. Baik kau berambus pergi!!!!” jerit Farah dengan muka yang merah padam.
“Apa semua ni?” soal Aidil pelik. Farah memandang wajah di hadapannya berselang seli. Geram dengan ke duanya sekali. Dia harus membela nasib Umairah. Ya sekarang masanya.
“Kalau awak nak tahu, Mairah yang awak anggap perempuan murahan tu adalah perempuan paling mulia yang saya pernah jumpa. Lelaki bodoh macam awak je yang melepaskan wanita sebaik dirinya. Ni lelaki durjana yang buat hidup Umairah tunggang langgang, dia rogol Umairah dia ni penyebab Umairah di buang keluarga. Dia di hina suaminya sendiri. Aku nampak wajah Umairah yang cuba tersenyum di depan aku tapi semuanya pudar tak bermaya..” Farah menangis kecil lantas mengelap air matanya.
“Dan kau berani datang setelah apa yang kau dah buat pada dia??? Eahhhh berambuslah aku kenal Umairah bila dia dah benci muka kau pun dia takkan nak pandang tahu.”
“Aku cintakan dia,” lemah bicara Iqram.
“Cinta kau kata itu semua dendam kau sebab Umairah tak cintakan kau. Dia lebih sukakan abang kau kan. Kau cemburu jadi kau sanggup rogol dia demi kepentingan kau. Kau memang zalim tahu tak!!!” jerit Farah. Aidil lantas menumbuk wajah Iqram di hadapannya. Kebetulan mama dan papa Umairah datang lantas mata mereka mencerlung pada wajah Iqram.
“Berambus dan jangan tunjuk muka kau dekat keluarga kami lagi sebelum aku sumbat kau dalam penjara. Berambus!!!!” jerit Encik Adham. Iqram memandang bilik Umairah kemudian melangkah pergi dengan lemah. Maafkan aku Mairah, bisik hati Iqram lemah.
………………………………
Umairah membuka matanya perlahan terkebil-kebil matanya melawan cahaya terang yang memedihkan matanya. Matanya menangkap wajah mama, papa, ibu, ayah, Aidil, Farah dan seseorang itu. Matanya lama tertancap pada wajah itu air matanya mengalir lemah.
“Mairah kau sakit mana? Bagi tahu aku kenapa kau simpan sorang-sorang. Maafkan aku ye Mairah,” Farah sudah memujuk Umairah yang mengalirkan air matanya.
“Mairah… abang minta maaf apa yang Iqram dah buat selama ni. Maaf kan dia Mairah, abang doakan Mairah bahagia dengan suami Mairah. Abang selalu doakan yang terbaik untuk Mairah,” Iskandar berlalau setelah habis berbicara. Umairah mahu menahan tapi matanya tertancap wajah wajah seseorang itu.
“Maira papa dengan mama minta maaf. Mairah patut bagi tahu kami awal-awal semua ni. Mairah tak patut tanggung sorang-sorang semua ni. Papa minta maaf sayang,” Encik Adham mencium lembut dahi Umairah dan anaknya hanya membisukan dirinya tanpa sepatah perkataan pun.
“Semua pun dah penat apa kata semua balik biar Aidil yang teman Mairah malam ni,” semua yang mendengar mengangguk kepalanya tanda setuju. Semua mencium dahi Umairah dan berlalu keluar. Hanya tinggal Umairah dan Aidil, keduanya hanya mendiamkan diri, Umairah memandang siling sambil mengeluh kecil.
“Abang minta maaf,” ungkapan Aidil mematikan lamunan Umairah. Lantas pandangan di berikan seratus peratus pada wajah itu. Serta merta jantungnya berdegup kencang.
“Tak ada apa yang perlu di maafkan di sini. Semuanya dah berlalu, baby pun dah tak ada lagi. Mungkin kita boleh tamatkan semuanya sekali,” ungkap Umairah lantas matanya di pejam mencari kekuatan.
“I need time to thinks about its,” lemah suara itu dan Umairah mengangguk kepalanya sambil memejam matanya. Aidil juga memejam matanya bagaikan hatinya di tusuk sembilu.
…………………………………………..
Dua minggu Umairah di rumah hanya duduk termenung, pelik di rasakan kelibat Salina sudah tidak kelihatan langsung. Umairah sedikit tertekan berada dalam keadaan sebegini. Rasanya sudah tiba masanya dia keluar dari rumah ini. Seminggu ini Aidil bagaikan lari daripada dirinya sahaja.
Umairah melihat beg pakaian yang berada di tepi katil ya keputusannya sudah bulat. Tidak perlulah dirinya mengganggu hubungan suaminya dengan Salina walaupun di hati sudah terbit rasa sayang itu. Umairah lantas masuk ke dalam bilik air mahu membersihkan dirinya.
Sebaik keluar dari bilik air dirinya terkejut melihat tubuh Aidil yang terbaring di atas katilnya. Mata suaminya sudah melekat kepada dirinya, dan baru Umairah perasan dirinya yang hanya bertuala paras peha sahaja. Lantas dirinya berdehem tahu suaminya tiada apa-apa perasaan pada dirinya. Umairah menenangkan dirinya.
“Mairah dah kemas baju Mairah jadi dah tiba masanya Mairah keluar dari rumah ni.” Ujar Mairah sambil melangkah ke arah tilam mencapai baju yang tersedia di situ. Di lihat Aidil hanya memandangnya tanpa suara. Setelah mencapai baju Umairah segera berpusing mahu menyalin baju di tandas. Tanpa di duga tangganya di tarik menyebabkan tubuhnya hilang imbangan.
Dalam sekelip mata dirinya berada di dalam dakapan Aidil yang berbaring di atas katil. Kembang kuncup jantung Umairah melawan getaran yang muncul. Umairah cuba melepaskan diri tetapi pautan di pinggangnya kejap menyebabkan sukar untuk melepaskan diri.
“Aidil???” Umairah memandang pelik.
“I need you sayang. Abang baru sedar yang abang perlukan Umairah bukannya Salina or sesiapa yang lain,” Aidil memandang wajah Umairah yang terkejut dengan bicaranya.
“Awak apa ni, saya tak faham la. Then can you let me go?” pinta Umairah lembut. Aidil menggelengkan kepalanya laju lantas mencium wajah Umairah di setiap inci wajah itu. Umairah yang kelemasan menolak wajah itu jauh dari wajahnya.
“Abang apa ni?” tingkah Umairah geram bila suaminya membuat begitu dengannya. Aidil tersenyum mendengar panggilan itu, mulut Umairah yang muncung itu di cium lembut.
“Kita bina hidup baru sayang, kita mula dari awal. Abang minta maaf atas segala salah abang selama ni,” ungkap Aidil lembut. Umairah mengeluh perlahan.
“Salina macam mana?” soal Umairah.
“Abang dapat tahu dia ada lelaki lain selain abang. Dia curang rupanya dia perempuan simpanan lelaki-lelaki koperat dan abang rasa abang tak perlukan perempuan macam tu untuk jadi isteri abang,” jelas Aidil dengan wajah merah padam.
“Sebab tu ke abang terima Mairah?” soal Umairah kembali.
“Nope.. it cause I love you, I want you.. only you sayang,” bisik Aidil lembut di telinga Umairah meyakinkan isterinya tentang kasih, sayang dan cinta yang telah bercambah di dalam hatinya.
“Kita bina hidup baru okey, Mairah sanggup terima abang tak?” soal Aidil. Umairah memandang wajah suaminya memastikan kebenaran seusai itu Umairah segera bangun dari pembaringannya. Aidil sudah terkejut melihat reaksi Umairah.
“Sayang?”
“Mairah nak kemas balik baju dalam beg tu masuk dalam almari,” jelas Umairah. Aidil tersenyum lantas menarik tangan Umairah serentak itu isterinya sudah berada dalam dakapanya.
“Semua tu boleh buat nanti sekarang ni masa abang nak tuntut hak abang kat sayang. Ruginya abang buang masa selama ni,” bisik Aidil nakal. Umairah membesarkan matanya kemudian melihat wajah nakal milik Aidil membuatkan Umairah merelakan segalanya. Andai ini kisah di penghujungnya, aku rela untuk derita terlebih dahulu. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang merasai kebahagiaan ini. Aku pasrah andai inilah takdir yang tersirat itu.

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???