Fieda Peace.......


weLcOme to my bLOg yeahhh !! ^_^

Me & Sister

Me & Sister

Monday, 25 July 2011

Cinta Adryan @ Adlyn

BAB 1
“Cik Adlyn Artasya,” soal seorang lelaki berumur bila Adlyn tiba di balai berlepas. Matanya tertancap pada wajah yang berumur itu dengan senyuman.
“Pak cik kenal saya ke?” soal Adlyn sopan.
“Pak cik pemandu kamu dari Dato Rashdan,” Adlyn yang mendengar lantas menganggukkan kepala.
“Owh daddy hantar untuk ambil Adlyn la ye,” ujar Adlyn sambil bergerak mendahului pemandu daddynya.
“Sini saya bawak Cik Adlyn Artasya,” pelawa lelaki itu. Lantas Adlyn menggelengkan kepala.
“Tak apa Adlyn kuat lagi. Kereta parking di mana?” lantas orang tua itu menunjukkan jari ke arah kereta.
Adlyn yang sedang duduk di dalam kereta memandang jauh ke luar melihat permandangan Johor Bahru yang lama di tinggalkan. Lapangan kapal Terbang Senai semakin jauh dari pemandangannya. Keluhan di keluarkan dari bibirnya dia pulang kerana terpaksa bukan kerelaan dirinya.
“Cik ada masalah ke, dari tadi pak cik tengok asyik mengeluh?” Adlyn hanya membalas dengan senyuman manisnya.
“Siapa nama pak cik?” soal Adlyn tanpa membalas persoalan.
“Panggil aje Pak Cik Man,” ramah orang tua itu memberitahu namanya.
“Pak cik Man dah lama kerja dengan daddy Adlyn ke?”.
“Taklah Pak cik Man baru setahun kerja dengan Dato,” Adlyn hanya menganggukkan kepala.
Lihatlah berapa lama Pak Cik Man kerja dengan daddy pun dia tidak tahu. Almaklum lah dekat 4 tahun dia di Korea. Kekecewaannya melihat mummy yang tidak mengendahkan dirinya membuatkan dia terasa terasing, walaupun daddy memberikan perhatian kepada dirinya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk sambung belajar di luar negara sahaja dengan bidang yang di minati. Puas di larang oleh daddy nya tapi dia juga menunjukkan keras kepalanya.
“Kat rumah macam mana Pak Cik Man?” soal Adlyn lagi.
“Ye, Cik Adlyn semuanya kelam kabut sedikit bila Cik Anita menghilangkan diri,” jujur orang tua itu berbicara. Adlyn yang mendengar lantas mengeluh lagi.
“Itulah masalahnya kalau tak saya pun tak perlu balik Malaysia,” luah Adlyn.
“Cik Adlyn tak rindukan keluarga dan tanah air ke?” soal Pak Cik Man.
“Saya rindukan Pak Cik Man tapi entah kenapa saya lebih selesa berada di sana. Keluarga angkat saya di sana jaga Adlyn macam anak dia sendiri,” Adlyn bercerita serba sedikit kehidupannya di sana.
“Kesian Datin pun dah mula sakit sejak akhir-akhir ni. Tertekan agaknya, Dato pun nampak macam tak cukup tangan tu sebab Cik Adlyn kena balik untuk keluarga. Macam mana pun mereka keluarga Cik Adlyn,” nasihat orang tua itu. Adlyn hanya tersenyum sambil memejamkan mata.
Keluarga angkatnya yang berada di korea bermain-main di mata. Mak dan Ayah yang menjaga dirinya dengan baik sekali. Fadhli lelaki yang menjaga dirinya juga bermain-main di matanya. Wajah sedih lelaki itu bagaikan tidak mahu melepaskan dirinya. Lelaki itu menanti cinta darinya selama tiga tahun, tapi dia tidak mahu membalas kerana dia takut akan terluka. Biarlah suaminya nanti yang akan mendapat cinta darinya. Walaupun dalam hatinya mula senang dengan lelaki yang bermana Fadhli itu.
“Cik Adlyn kita dah sampai,”Adlyn yang mendengar lantas membuka matanya. Rumah banglo milik Daddy dan Mummy nya tersergam indah di hadapan matanya. Lama sudah dia tinggalkan rumah ini ternyata dalam dirinya juga ada rindu yang bertandang.
“Terima kasih Pak cik Man, lain kali panggil saya Adlyn saja lebih mesra. Tak perlu formal sangat,” ujar Adlyn lembut lantas tersenyum.
Pak Cik Man hanya tersenyum senang sambil menganggukkan kepala tanda senang dengan anak tuan rumahnya yang baru pulang dari luar negara itu. Tidak sombong seperti Cik Anita anak sulung keluarga ini. Jika di bandingkan wajah Adlyn Artasya ini lebih cantik dan lembut dari wajah kakaknya yang sentiasa masam di hadapan orang bawahan sepertinya.
Adlyn melangkah masuk kerumah itu dengan langkah berat. Sampai di muka pintu matanya tertancap pada wajah Daddy nya yang menunggu dirinya di ruang tamu. Senyuman di hulurkan bila pandangan mereka berpaut. Ada rindu terhadap daddynya, selama ini daddynya yang banyak melayan dirinya.

BAB 2


“Daddy....,” ujar Adlyn sambil berlari memeluk daddynya.
“Anak daddy ni makin cantik nampaknya,” ujar Dato Rashdan sambil tergelak menahan rasa sedih yang bertandang. Anak manjanya itu pergi membawa diri bila terasa dirinya di pulaukan oleh mummnya sendiri. Hanya di sebabkan Adlyn tidak suka bergaul dengan orang-orang kaya seperti Anita. Adlyn lebih pendiam, tidak suka ke function syarikat dan anaknya itu memilih bidang perubatan itulah yang menyebabkan hubungan mereka tidak baik. Bagi Adlyn semua orang sama sahaja lagi pun anaknya ini low profile.
“Adlyn rindu kat daddy sangat,” lantas Adlyn mencium kedua belah pipi daddynya lembut.
“Alah ye lah tu tapi cuti semester tak pernah nak balik Malaysia,” ujar Dato Rashdan seakan berjauh hati.
“Ala daddy ni Adlyn nak kena tumpu perhatian kat study kalau tak susahlah nanti nak jadi Doktor,” balas Adlyn sambil menarik tangan daddynya duduk.
“Ala Adlyn ni banyak sangat alasan nak bagi macam lah daddy tak tahu dia tu macam mana. You are my son dear so i know you better okey,” Adlyn yang mendengar lantas tersenyum manis.
“Okey i know you know me better okey daddy,” balas Adlyn.
“Anak daddy ni makin cantik nampaknya dah pandai melawa like princess so of course has some one special right?” soal Dato Rashdan pula sambil mengusap kepala anaknya itu.
“Ala daddy ni Adlyn mana populer so mana ada some one special,” ujar Adlyn.
“Hah bagus lah macam tu jadi kami tak payah nak pening-pening kepala lepas ni. Yang si Anita ni pun satu kemana menghilang pun tak tahu lah menusahkan orang tua saja,” tingkah satu suara mematikan perbualan kedua beranak itu.
Adlyn yang melihat mummynya lantas mendapat untuk bersalaman. Salamnya bersambut biar pun dingin.
“Mummy apa khabar?” soal Adlyn.
“Kalau mummy sakit pun kau ada kisah ke Adlyn?” balas Datin Rahimah pula.
“Imah anak tu baru pulang tak boleh ke layan baik-baik sikit. Kang budak ni lari macam anak kesayangan awak tu nanti macam mana?” soal Dato Rashdan pula.
“Ala awak sajalah tu nak memperli saya. Awak tu yang menjodohkan dia dengan anak kawan awak mana dia tak lari,” balas Datin Rahimah membela Anita.
“Semua pasal anak kesayangan awak tu betul saya je yang salah. Anak kawan saya tu bukannya apa pun molek je saya tengok handsome pun iye, baik pun iye, kaya pun iye entah apa yang kurang pun saya tak tahu,” balas Dato Rashdan lagi.
“Erm apa-apa ajelah hah kamu ni dah balikkan hujung minggu ni jumpa bakal tunang kamu tu tahu. Jangan nak hilangkan diri macam kakak kamu tu buat sakit hati aja tahu!,” Datin Rahimah memandang tajam kearah Adlyn.
“Bakal tunang?” soal Adlyn sambil memandang ke arah daddynya memohon jawapan.
Dato Rashdan memanggil anak manajnya itu supaya lebih dekat dengan dirinya agar mudah mereka untuk berbincang. Adlyn sudah berada di sisi daddynya meminta jawapan.
“Daddy dan kawan baik daddy ni baru berjumpa setelah lama terpisah so fikir nak jadi rakan share. Then kami pun buka cerita pasal keluarga la, daddy dapat tahu dia ada anak teruna and then kawan daddy ni tahu daddy ni ada dua anak dara. So kami nak jodohkan agar ikatan persahabatan kami semakin kuat. Mula-mula daddy pilih kak Anita kamu tapi entah bila malam jumpa dengan anak kawan daddy tu kakak kamu tak nak pula. Mummy dengan daddy paksa sebab kita dah berjanji and then your sister gone. So daddy hoping you my dear will accept this okey. We need you to save our family also,” terang panjang lebar Dato Rashdan membuatkan Adlyn sedikit kecewa. Kenapa mesti dia yang selalu mengalah dan menjadi mangsa keadaan.
“Adlyn boleh tolak tak daddy,” tanya Adlyn perlahan.
“How you see him firstly okey my dear.” Adlyn yang mendengar mahu membantah tetapi di pintas oleh mummynya.
“Kalau kamu tak nak mummy benci kamu so mummy harap kamu boleh terima jodoh ni. Lagi pun ini untuk keluarga kita dengan syarikat kita yang ada trouble so mummy nak kamu jangan membantah,” arah Datin Rahimah.
“Tapi mummy...,” kata Adlyn di pintas.
“Kalau kamu anak mummy tolong jangan degil faham,” Datin Rahimah mula meninggikan suara. Adlyn sudah mahu menangis tapi segera di tahan.
“Rahimah please, we discuss properly,”ujar Dato Rashdan.
“Kita kena tegas bang, lihatlah waktu genting macam ni anak-anak kita buat hal. Dengan Anita yang lari tak nak kahwin dan Adlyn yang memberontok so abang nak syarikat kita ni lingkup,” Datin Rahimah mula sebak sambil memegang dadanya yang terasa sakit.
“Abang tak kisah pasal syarikat kita ni tapi keluarga lagi penting. Kita tak boleh memaksa anak-anak sangat lihat Adlyn pun baru balik dari luar negara. Bagi dia masa okey, awak pun tak sihat sangat jom kita berehat dulu,” Dato Rashdan mula menenangkan situasi yang berlaku.
“Saya kecewa bang saya ingat Anita akan bantu kita tapi lihat dia menghilangkan dirinya,” Adlyn yang mendengar ungkapan mummynya mula mengalirkan air mata.
“Kenapa dengan syarikat daddy?” soal Adlyn ingin tahu.
“Syarikat daddy di tipu so kita hampir bankrup, so kawan daddy nak bantu daddy dan perjodohan ini hanya untuk menguatkan ikatan persahabatan dan juga mengukuhkan kekuatan kedua-dua syarikat. Kami ingin bersara dan biarkan anak-anak yang jaga syarikat ni selepas ni,” ujar Dato Rashdan.
Adlyn yang mendengar sudah terdiam, dia tersepit antara keluarga atau dirinya sendiri. Lantas di picit-picit kepalanya, rambutnya yang panjang melepasi bahu di ikat dengan getah yang berada di tangan.
“Sudahlah Adlyn pergi rehat dahulu daddy tahu kamu penat nanti kita berbual lagi ya, lembut Dato Rashdan mengembalikan suasana kembali tenang. Tapi tidak lama kemudian Datin Rahimah sudah mengerang kesakitan. Adlyn sebagai seorang doktor yang telah bekerja selama setahun di Korea lantas menghampiri mummynya dah mengchek Datin Rahimah.
“Daddy kita kena hantar mummy ke hospital untuk sport chek dengan lebih detail,”arah Adlyn pula. Dato Rashdan hanya menganggukkan kepalanya.
“Mummy tak nak. Kamu janji dulu yang kamu akan terima perjodohan ini,” ugut Datin Rahimah. Adlyn sudah mula berpeluh. Dato Rashdan sudah memandang kedua-dua wanita yang di sayanginya.
“Mummy punya kesihatan lagi penting. Lepas kita pergi chek dekat hospital then kita boleh bincang tentang perkara ni,” ujar Adlyn perlahan bagaikan memujuk. Datin Rahimah lantas menggelengkan kepalanya.
“No mummy nak Adlyn setuju dulu. Ini demi masa depan family kita juga.” Adlyn sudah berdiri tegak memikirkan jawapan kepada kedua orang tuanya. Bila dia mendengar Datin Rahimah mengerang lantas dia mendapatkan mummynya kembali.
“Mummy please jangan macam ni kesihatan mummy lagi penting. Okey Adlyn ikut apa yang mummy nak so sekarang kita ke hospital dulu,” cemas Adlyn berbicara. Dato Rashdan memandang anaknya bagaikan tidak percaya.
“Kamu janji dengan mummy?” soal Datin Rahimah lagi bagaikan anak kecil memohon kepastian. Adlyn lantas menganggukkan kepalanya.
“Adlyn janji mummy,” Datin Rahimah yang mendengar jawapan anaknya itu lantas tersenyum mesra dan memeluk anaknya yang tidak di hiraukan selama ini.
Adlyn yang menerima pelukan dari mummynya terkaku sambil memandang Dato Rashdan bagaikan tidak percaya. Terima kasih Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Adkah Bintang di ciptakan Untuk bersama Bulan???